Friday, September 12, 2008

SIANG MALAM MERACAU

Wak kesian tengok pemimpin-pemimpin PKR yang siang malam dok cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa dalam masa terdekat akan memerintah Malaysia. Mereka seakan-akan tidak berpijak di bumi yang nyata dan dalam keadaan separuh sedar akan realiti politik semasa.

Bila Wak melihat keadaan yang sebegini, Wak teringat masa Wak kena demam panas tak lama dulu. Ibu Wak kata, siang malam Wak dok meracau-racau. Sebenarnya pada waktu itu Wak sendiri tak tahu apa yang Wak cakap kerana kesan demam tersebut. Menurut ibu Wak, pada waktu itu Wak cakap yang Wak akan membina rumah macam rumah Elvis Presley kat kampong. Wak nak panggil tok imam main gitar. Wak juga cakap yang Wak nak jadi Superman supaya Wak boleh terbang dan bantu semua orang. Wak mahu bagi kat semua keluarga Wak RM5 juta seorang. Begitulah hebatnya Wak pada masa itu.

Rupa-rupanya semua anggota keluarga Wak amat risau keadaan Wak yang berperangai luar biasa. Mana lah tahu kalau-kalau dah ada tanda-tanda awal nak pergi ke dunia lain. Tapi, syukur sampai sekarang wak masih bernafas.

Wak rasa PKR sekarang nie pun sedang demam juga. Tapi demam dia ini, meracau-racau dalam keadaan sedar. Ini demam kemaruk kuasa namanya. Bila dah terlalu kemaruk kuasa, maka macam-macam yang dia cakap. Kadang-kadang apa yang dia orang cakap langsung tak boleh masuk akal. Langsung tak boleh diterima akal logik. Ini namanya syok sendiri.

Umum mengetahui 16 September dah tak jadi kenyataan. Jadi nak tutup malu dan nak menaikkan semangat penyokongnya, Anwar akan mencipta sesuatu yang boleh menggembirakan penyokongnya. Tapi pada Wak, jika nak mereka cipta sesuatu cerita biarlah logik sikit wahai bang Nuar oii. Jangan lah dok anggap rakyat nie bodoh sangat. Sekarang rakyat dah mendapat pendidikan yang sempurna. Dah terpelajar pun. Wak rasa yang masih duduk di bawah tempurung ialah Anwar n the gang.

Wak nak sarankan kepada mereka yang terlibat, bawa-bawalah bertenang. Tenangkan jiwa anda semua dengan memperbanyakkan ibadat kepadaNYA. Janganlah dek terlalu tamak kuasa hingga lupa kepadaNYA. Dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja. Di sana jua yang kekal selama-lamanya. Insaflah.

No comments: