Friday, September 5, 2008

JANGAN JADI PENAKUT

Wak ada dengar khabar angin menyatakan BNBBC akan mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara untuk mendalami pengetahuan tentang maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian mulai 7-19 September 2008. Dan serentak dengan itu juga beberapa laman web telah menyiarkan berita ini dan mengaitkan dengan usaha untuk membawa lari Ahli Parlimen kerana bimbang melompat parti.

Pada Wak, BNBBC kena gentlemen dan jangan nampak sangat imej takut dengan bayang-bayang atau dilihat usaha terdesak untuk mempertahankan kuasa. Kalau dah nampak sangat takut, baik jangan jadi pemimpin. Pemimpin perlu yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi apa jua situasi semasa. Bukan melarikan diri. Rakyat sekarang bukan bodoh. Rakyat boleh melihat dan menilai apa yang berlaku sekarang.

Kalau iye pun nak buat lawatan ke luar negara, tangguh dulu. Tak perlu gelabah dan takut. Lawatan itu boleh dibuat pada bila-bila masa. Jangan gelabah dengan permainan perang saraf Anwar. Tunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedikit pun tidak tergugat pada 16 September. Itu lebih meyakinkan rakyat daripada membawa lari Ahli Parlimen BN ke luar negara.

Apa yang perlu dibimbangkan? Bukankan sebahagian besar Ahli Parlimen telah memberi waadat untuk tidak meninggalkan BN? Jika tidak percaya kepada komponen BN, nak percaya kepada siapa lagi? Wak bimbang jika tidak ada kepercayaan kepada pemimpin Ahli Parlimen BN, nanti mereka betul-betul menyeberang baru semua melopong.

Wak harap BNBBC dan sesiapa saja tidak lagi membuat kerja karut seperti ini lagi. Hadapi keadaan dengan tenang. Jangan dok takut dengan bayang-bayang sendiri. BN perlu atur strategi gerak saraf sendiri untuk melawan strategi gerak saraf pembangkang. Apapun Wak tetap yakin bahawa 16 September ini tak akan ada perubahan kerajaan.
Percayalah.

No comments: