Wednesday, September 10, 2008

16 SEPTEMBER – PEMBANGKANG SENDIRI DAH TAK YAKIN

Wak dah hampir pasti boleh confirm – tidak akan ada kerajaan baru pada 16 September ini. Saban hari Wak dok baca rentak pembangkang. Pada peringkat permulaan mereka cukup yakin akan memerintah Malaysia menjelang 16 September. Tiba-tiba sepanjang minggu lalu dah ada perubahan ketara mood tersebut.

Wak tengok bancian awal oleh KL Post menyatakan seramai 86 peratus yakin Anwar akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September. Tiba-tiba undian pada 10 September yakni 6 hari menjelang hari keramat tersebut undian untuk Anwar menjunam dan hanya tinggal 55 peratus sahaja. Adusssss….. apasal tiba-tiba jadi macam ini??? Takkan dah tak yakin kat idola sanjungan mereka??? Wak percaya pada 16 September ini angka bancian tersebut akan tinggal 0 peratus. Maka meraung-raunglah penyokong PKR kesedihan kerana hajat tak tercapai. Pada hari tersebut mereka pasti akan mencari seribu satu alasan untuk menutup malu.

Wak buka pula Harakah Online. Hahahaha... Wak ketawa pasal pemimpin2 PAS pun dari awal-awal lagi pun dah tak yakin sangat terhadap tarikh 16 September. Nik Aziz misalnya berkata bahawa parti itu tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu tetapi komited ke arah perubahan kerajaan menggantikan kerajaan yang ada hari ini. Manakala Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali memberitahu 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Hadi Awang pula dilaporkan tidak pernah memberi sebarang komitmen kepada kerajaan 16 September yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim. Beliau sebaliknya hanya menekankan perlunya sebuah kerajaan yang berteraskan Islam. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah Ansari Abdullah pula tidak yakin pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan baru pada 16 September tetapi beliau tetap yakin pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan pada suatu masa lain kelak.

Nampaknya pembangkang dan penyokong-penyokong mereka kini sudah berpijak pada bumi nyata dan telah sedar dari mimpi kosong. Dulu semua dah kena bius dengan Anwar. Seolah-olah Anwar benar2 mampu menarik lebih dari 30 ahli Parlimen dan akan jadi PM pada tarikh tersebut. Maka mereka terlena panjang dibuai lagu hindustan. Bila kesan bius dah hilang maka baru nampak dunia realiti. Baru nampak yang benar dan batil. Baru nampak Anwar hanya cakap kosong.

Wak dah awal-awal lagi cakap, jangan asyik dok syok sendiri. Itu tugas juak-juak Anwar sebagai perang psikologi untuk menggambarkan bahawa dia sudah bersedia memerintah Malaysia dengan sokongan yang cukup kuat dan mantap. Bagi mereka yang belajar strategi geraksaraf dan perangsaraf, mereka hanya akan ketawakan Anwar kerana Anwar ternyata gagal merealisasikan agendanya. Jangankan nak dapat 40 orang Ahli Parlimen, nak dapat 5 orang pun belum tentu.

Wak nak nasihatkan Anwar dan penyokong-penyokongnya. Tunggulah pilihanraya ke 13. Sabar sikit. Kalau nak ambil alih kerajaan, lakukan dengan cara terhormat dan bermaruah, bukannya dengan cara mengesyorkan Ahli Parlimen melompat parti. Biar rakyat jelata menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan. Belajarlah cara menghormati rakyat. Jangan belakangkan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan. Jika Ahli Parlimen melompat parti, itu bukan kehendak rakyat. Itu kehendak nafsu dirinya sendiri. Rakyat tidak memberi mandat untuk Ahli Parlimen untuk melompat parti. Wak nampak perkembangan semasa Ahli2 Parlimen masih waras. Yang tak waras ialah Anwar dan juak-juaknya.

No comments: