Wak rasa ludah PKR kini sudah terjatuh ke hidung sendiri. Kalau dulu bukan main seronok menuduh BN berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Kononnya mereka tidak mahu beliau jadi Perdana Menteri. Itulah pelbagai konspirasi politik untuk menjahanamkannya dilakukan untuk menjatuhkannya.
Pada hari ini, nampaknya Anwar cuba untuk berpakat dengan beberapa pihak untuk menjatuhkan kerajaan BN. Bila berpakat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dilantik oleh rakyat, apakah namanya yang sesuai boleh diberikan? Bukankah itu konspirasi juga namanya? Alahai Anwar….Kalau benda yang dia buat, dia tak kata konspirasi. Dia kata rakyat mahu perubahan. Tapi kalau kena kat orang lain, dia kata konspirasilah...rasuah ler... hai... macam-macam ada.
Itu belum jadi Perdana Menteri. Kalaulah dia jadi PM nanti, Wak tak tahu apa akan terjadi kepada rakyat dan negara ini. Kalau masa jadi TPM, Nallakarupan kata banyak lesen judi dia luluskan dan dakwaan menerima 60 juta dari Magnum, apatah lagi akan terjadi nanti. Kalau Masa jadi TPM dah pandai menari dengan pompuan bukan muhrim, apa akan terjadi jika jadi PM????
Wak tak tahu mengapa Anwar takut sangat bersumpah jika dia tak bersalah. Mungkin takut dimakan sumpah.Tapi yang hairan, bila menang kat Permatang Pauh, boleh pula mengangkat sumpah kat Parlimen? Mungkin dia berani angkat sumpah kat Parlimen kerana dalam sumpah tersebut tak sebut nama Saiful. Kalau dalam sumpah tersebut ada nama Saiful, mungkin sampai hari ini Anwar tak berani jejak Parlimen.
Wak doakan supaya Anwar tidak berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi PM. Cukuplah dengan beban yang dihadapi oleh negara akibatnya perbuatannya. Marilah kita mendoakan semoga Tuhan akan mengurniakan kepada kita seorang pemimpin yang betul-betul komited untuk membangunkan negara dan rakyat serta seorang yang bertakwa kepadaNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul tu wak aku sokong....
sampai bilalah si anwar tu nak mempermainkan perasaan rakyat jelata nie...
Post a Comment