Tuesday, September 16, 2008

DAH CUKUP AHLI PARLIMEN MELOMPAT PKR - TAPI BILA LAGI??

Wak dah rasa teramat bosan dengan permainan politik Anwar. Asyik putar belit sahaja. Alasan yang diguna tak umppphh langsung. Baik minum Teh Lipton ada juga Umphhh. Adusss….Anwar oh Anwar.

Biar Wak cakap terus terang. Anwar sebenarnya tidak cukup korum lagi nak tubuh kerajaan. Wak tak nafi mungkin ada MP BN yang akan melompat tapi bilangannya tak sampai 5 orang. Tapi Anwar dah pukul gendang akan tubuh kerajaan pada 16 September. Satu dunia dah dengar dan tahu 16 September akan ada kerajaan baru di Malaysia. Tapi….adusss sekali lagi..Wak malu ler nak cakap. Pasal semua itu hanya kelentong dan retorik politik saja.

Sebenarnya Anwar perlu lebih banyak masa untuk memujuk ahli parlimen yang lain. Caranya ialah dengan melengah-lengah masa dengan mencipta pelbagai alasan. Alasan yang terakhir ialah menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik. Demokratik??? Hahaha….budak darjah 3 pun akan ketawa dengan alasan yang diberikan oleh Anwar. Mana ada demokratiknya bila dah curi team lain. Demokratik maknanya sekiranya dipilih oleh rakyat. Bukan mencuri wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Itu pun Wak nak kena bagi tahu ke?? Satu lagi bukti dulu siapa nak join PKR. Bukti dulu 31 orang keluar BN. Baru orang percaya. Kalau masuk mahkamah cakap macam tu tanpa bukti sahih dan sah, satu galeri kat mahkamah akan ketawa.

Bagi Wak, kalaulah benar Anwar dah boleh tubuh kerajaan, nak tunggu apa lagi. Kan 16 September merupakan tarikh keramat. Ada ke logiknya dah cukup korum tapi mengabaikan 16 September. Pentingnya 16 September kerana satu dunia dah tahu tarikh tersebut pembangkang akan mengambil alih kerajaan pusat. Jadi apa nak tunggu lagi bila dah cukup ahli parlimen. Bagi Wak semua itu adalah pembohongan semata-mata. Dari dulu lagi Wak dah kata 16 September tak akan menjadi realiti dan tak akan ada kerajaan baru.

Sekarang baru orang ramai tahu siapa Anwar sebenar. Wak tak ada hak nak halang orang dari terus percaya kat Anwar. Tapi Wak nak sedarkan mereka supaya sedar dari dipukau oleh Anwar dengan pelbagai taktik dan strategi kosong. Buat penat dan letih sahaja. Habuk pun tak ada. Tak apa... itu hak mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.

No comments: