Wak tak tahu siapa yang memberi mandat kepada Zaid Ibrahim untuk mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri. Pada Wak kenyataan Zaid adalah sesuatu yang amat melucukan dan tidak kena pada kedudukannya yang bukan dipilih oleh rakyat. Pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bukan atas tiket sebagai Ahli Parlimen pilihan rakyat tetapi atas tiket Senator yang tiada kaitan langsung dengan rakyat.
Wak tak kisah jika Zaid cuba mempertahankan Perdana Menteri atas sifatnya sebagai Menteri di JPM tetapi beliau tidak ada hak untuk menyuruh Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan. Siapa Zaid ? Wahhh…sungguh berkuasa si Zaid ini senang-senang nak suruh orang lain letak jawatan. Wak nak tanya, apakah kenyataan beliau ini mewakili suara rakyat sedangkan bertanding dalam pilihan raya pun tidak. Kalau nak menonjol diri kerana strategi menjelang Disember ini, Wak rasa tak payah lah. Zaid tak akan kemana dalam politik UMNO.
Zaid perlu faham yang Sri Muhyiddin Yassin berani bercakap begitu kerana kedudukan beliau sebagai wakil rakyat dan Naib Presiden UMNO yang mendengar suara rakyat dan anggota UMNO di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju serta kepimpinan parti. Beliau cuma menyampaikan hasrat majoriti ahli UMNO yang meminta Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tarikh peralihan kuasa memandangkan tarikh yang dijadualkan pada 2010 terlalu lama. Beliau tidak suruh PM letak jawatan segera. Beliau berkata dipercepatkan. Mungkin dipercepatkan ke awal tahun 2009 ke atau pertengahan 2009. Itu Zaid kena faham. Zaid kena faham juga bahawa kalau UMNO tak nak dengar suara akar umbi, maka dalam pilihan raya akan datang UMNO akan menjadi lebih parah.
Dalam hal ini Zaid kena cermin diri dulu. Sedarlah siapa dirinya. Setakat mana penerimaan rakyat terhadapnya. Setakat mana apa yang dilakukannya semenjak memegang jawatan sebagai Menteri di JPM yang menjaga undang-undang mendapat sokongan dari rakyat dan ahli UMNO. Feedbacks yang Wak dapat dari orang ramai terhadap Zaid banyak negatif dari positif.
Terdapat laman Web dan blog yang mempertikaikan Zaid. Misalnya Sang Kalembai mendakwa Zaid adalah penagih tegar arak. Wak tak tahu sejauh mana dakwaan ini benar atau tidak. Tetapi jika ternyata benar, Zaidlah yang sepatutnya meletak jawatan sebagai Menteri di JPM. Kalau hukum al quran pun dia boleh langgar, apatah lagi hukum dunia yang dibuat oleh manusia. Pemimpin kena pimpin dirinya dahulu baru boleh memimpin orang lain. Jika dah mabuk dan jalan pun terhuyung hayang, macam mana nak pimpin orang lain supaya dapat berjalan dengan betul. Itulah yang Wak cakap kita kena cermin diri dulu sebelum bercakap. Wak cakap perkara ini bukan dituju kepada Zaid, tetapi kepada semua yang mengaku dirinya sebagai orang Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment