Wak nak kongsi sikit tentang 16 September ini. Jika Pakatan Rakyat memperoleh 40 orang ‘baru’ dalam pakatan tersebut, adakah mereka boleh membentuk kerajaan? Wak rasa tidak.
Takkan Pak Lah nak tengok macam itu saja? Mestilah Pak Lah akan membubarkan parlimen untuk diadakan semula pilihan raya umum. Mana boleh Pakatan Rakyat dapat kuasa tanpa melalui proses mendapat restu dari rakyat majoriti. Biar rakyat majoriti yang menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan secara demokratik. Itu kuasa rakyat. Kita tak nak pencerobohan kuasa rakyat oleh wakil rakyat yang bakal melompat parti. Wak percaya majoriti orang Melayu Selangor menolak projek babi 100 juta dan lain-lain isu semenjak Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Begitu juga dengan lain-lain negeri di mana Pakatan Rakyat memerintah. Maknanya 16 September ini tak akan menjadi kenyataan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.
Bila diadakan semula pilihan raya, maka nasib wakil rakyat seramai 40 orang yang melompat akan terpelanting. Mereka sudah tak boleh bertanding atas tiket BN. Mahu kah orang PAS, DAP dan PKR bagi kerusi kepada mereka?. Satu atau dua kerusi mungkin tetapi tidak 40 kerusi. Jadinya, meranalah mereka dan sekutu mereka. Berani buat berani tanggung.
Apa pun Wak amat yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berjaya memerintah Malaysia pada tanggal 16 September. Yang Wak percaya pada tarikh tersebut Anwar sudah menyediakan alasan untuk menutup malunya. Itulah Anwar Ibrahim. Dan Wak tetap yakin bahawa penyokongnya akan tetap percaya apa yang dikatakannya. Itulah dunia PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment