Tuesday, September 16, 2008

16 SEPTEMBER TERJAWAB - ANTARA FAKTA DAN AUTA

Akhirnya terjawablah desas desus 16 September. Perdana Menterinya masih Dato Seri Abdullah Badawi. Timbalan Perdana Menteri masih lagi Dato Sri Najib. Menteri-menteri kabinet masih orang yang sama. Timbalan-timbalan Menteri masih lagi seperti yang diwartakan. Tak ada apa-apa perubahan berlaku.

Habis, mana janji Anwar semasa berkempen di Permatang Pauh dulu? Mana janji Anwar semasa berucap di depan penyokong-penyokongnya semalam?? Dulu yakin sangat. Apakah Anwar sekarang boleh digelar munafik kerana membohongi rakyat berhubung dengan isu 16 September? Mana 30 Ahli Parlimen yang akan melompat? Kalau dah tak bercakap benar, itu munafik namanya. Kalau 30 orang belum lagi confirm, janganlah sebut kat orang ramai. Orang ramai teramat teruja dengan tarikh 16 September. Tapi cerita 16 September nampaknya dah jadi antiklimaks. Dah letih orang ramai tunggu 16 September. Namun hanya janji kosong sahaja yang mereka dapat. Anwar boleh bagi 1001 alasan. Tetapi yang pastinya 16 September tidak ada apa-apa berlaku.

Jadi kalaulah janji penting 16 September pun Anwar tak dapat tunaikan, adakah Anwar mampu untuk menunaikan lain-lain janji manis yang ditaburkan kepada orang ramai semasa pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh tempoh hari????? Wak rasa kabur sikit dengan janji Anwar ini. Apa yang Wak lihat ramai dari kawan-kawan Anwar sudah lari daripada Anwar kerana Anwar tidak tunaikan janji. Nalakaruppan, seorang yang amat rapat dengan Anwar pun dah tak tahan dengan janji palsu Anwar.

Sekarang Anwar tiba-tiba berjanji kepada Sabah dan Sarawak untuk memberi peningkatan yang agak ketara royalti minyak dan lain-lain janji politik yang menghiburkan. Persoalannya mengapa sekarang? Tidak masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dahulu??? Wak ucapkan syabas kepada pemimpin dan rakyat Sabah dan Sarawak kerana bersikap setia kawan tidak mudah tunduk kepada umpan dan habuan hanya semata-mata nak memuaskan nafsu golongan tertentu.

Kepada Anwar dan PKR, sekali lagi Wak harapkan supaya tunggu pilihan raya ke 13 untuk menubuhkan kerajaan pusat. Wak tahu Anwar tak akan berhenti untuk membuat kacau. Itu perangai Anwar. Jadi kalau Anwar tak mahu berubah, Wak syorkan supaya rakyat berubah dan jangan ambil pusing lagi apa yang Anwar lakukan atau uar-uarkan. Lama-lama letihler dia. Biar dia menari seorang diri. Jangan ikut rentak dia.

Kalau keadaan politik sebegini berterusan, siapa yang akan rugi??? Adakah pelabur nak datang ke Malaysia??? Adakah pelancong nak datang ke negara yang politiknya tidak menentu??? Bila berlaku demonstrasi, jalan raya selalu sesak giler... siapa yang susah??? Dan banyak lagi perkara buruk akan berlaku. Yang nak tanggung semua ini ialah rakyat. Bukan Anwar.

Api senang sahaja dinyalakan. Seorang budak kecil pun boleh menyalakan api. Tetapi bila berlaku kebakaran besar, adakah si budak kecil ini akan bertanggungjawab atau padamkan api tersebut??? Budak kecil ini akan melarikan diri bersembunyi dan berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku. Akibat perbuatannya, ramai yang menjadi mangsa dan menanggung sengsara . Rumah musnah, harta benda musnah, ternakan musnah dan silap-silap nyawa pun boleh musnah. Orang yang mencetuskan kebakaran tidak rugi apa-apa pun.

Begitulah juga yang akan berlaku jika api permainan politik yang keterlaluan dimainkan. Kalau kita tidak berhati-hati, negara pun boleh musnah. Pada Wak kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang mestilah berhati-hati dalam berpolitik. Elakkan sesuatu yang boleh mencetuskan api yang boleh membakar rakyat dan negara. Bacalah sejarah negara kita. Kenalilah siapa Sikitul dan akibat perbuatannya. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

No comments: