Monday, September 15, 2008

DESPERATE ANWAR

Wak nampak ucapan dan air muka Anwar Ibrahim akhir-akhir ini amat menggerunkan. Gerun kerana beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak. Manusia bila berada dalam keadaan yang terdesak akan melakukan apa sahaja. Wak percaya orang yang dalam keadaan terdesak ini minda dan perlakuannya sudah tidak stabil. Beliau rela melakukan sesuatu yang tidak dijangka semata-mata mengejar kuasa. Pemergian rombongan PKR ke Taiwan menceritakan segala-galanya. Ada yang ketawa sinis dan tak kurang juga yang berkata “apa dah nak jadi PKR, perangai macam budak-budak”. Strategi yang diguna macam budak-budak tadika. Main kejar-kejar.

Kalau dalam puisi yang ditulis oleh Dr. Mahathir Mohammad yang bertajuk “Perjuangan Yang Belum Selesai” yang memaparkan usaha berterusan untuk membangunkan rakyat dan Negara, maka dalam konteks Anwar sekarang Wak nak buat satu sajak untuk Anwar yang bertajuk “Perjuangan Yg Terdesak” untuk diabadikan kepada Anwar yang amat terdesak nak masuk ke Pejabat PM di Putrajaya. Nanti siap sajak tersebut Wak akan siarkan dalam blog ini. Tungguuuu….

Besok 16 September 2008 adalah tanggal keramat bagi PKR dan pengikutnya untuk memasuki Putrajaya. Anwar dengan rasminya akan menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mulai besok marilah kita memberi penghormatan kepada Anwar Ibrahim. Opsss…sorry…YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 6. Wak percaya ini akan berlaku kerana Anwar sudah BERJANJI dengan penyokongnya bahawa 16 September 2008 semuanya akan berubah. Mana boleh dia mungkir janji. Dalam pilihan raya di Permatang Pauh, beliau dengan tegas, jelas,nyata dan bersungguh-sungguh menyebut pada tarikh tersebut beliau akan jadi PM. Harga minyak akan turun lagi 70 sen. ISA akan dikuburkan. Ketuanan Melayu akan diganti dengan Ketuanan Rakyat. Uitm akan dibuka 10 peratus kepada bukan Bumiputera. Kebanyakan Naib Canselor di Universiti akan ditukar, Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) dimansuhkan. Pilihan raya umum akan diadakan segera, institusi kehakiman bebas daripada kawalan politik(kes liwatnya mungkin akan gugur - kan bebas daripada kawalan politik), Gaji minima RM1500 untuk semua pekerja dan lain-lain mimpi indah. Itulah langkah atau usaha terakhir Anwar untuk meyakinkan orang ramai.

Pada mata Wak, Anwar kini sedang berilusi dan berangan macam Mat Jenin. Beliau memang nampak betul-betul, benar-benar, sungguh-sungguh, amat sangat, ingin benar-benar untuk masuk ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Macam cerita Mat Jenin yang nak kahwin dengan anak raja. Akhirnya apa yang berlaku??? Sampai sekarang orang menjaja cerita Mat Jenin. Wak tak mahu suatu hari nanti dalam tahun 3000 masihi, orang akan membuat perpatah yang berbunyi “Bagaikan Anwar Bermimpi Putrajaya” yang bermaksud seseorang yang terlalu ghairah nak dapat kuasa tanpa menggunakan saluran yang sah dan akhirnya kecewa besar.

Wak nampak sebenarnya Anwar hanya cuba untuk meyakinkan dirinya atau menyedapkan hatinya sendiri bahawa beliau akan ke Putrajaya. Wajahnya menampakkan bahawa beliau sangat lapar dengan jawatan Perdana Menteri. Tak boleh dengan cara pintu depan, aku guna pintu belakang. Tak boleh dengan demokrasi cara sah, demokrasi cara tak sah akan aku gunakan. Tak boleh cara bermaruah, cara tak bermaruah aku gunakan. Apa aku peduli. Asalkan aku dapat kuasa.

Tapi adakah orang ramai percaya beliau akan jadi Perdana Menteri ke 6 besok?? Dan apakah beliau akan jadi Perdana Menteri besok??? Sama-sama kita tunggu.

No comments: