Monday, October 6, 2008

Haji Hadi Dewakan Barat Pula?

Wak amat terkejut dengan kenyataan Haji Hadi yang membuat komen tentang gelagat penyokong Hindraf yang bertindak biadab pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu di PWTC. Di samping bertindak biadab, mereka juga membuat kecoh dengan bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudah pun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Mereka juga membuat bising dan ini menakutkan bagi pengunjung lain yang datang untuk meraikan bersama hari kebesaran Islam.

Hj. Hadi yang dilihat mempertahankan kumpulan haram tersebut juga mengulas tentang demokrasi ala barat. Hj Hadi membuat kenyataan berikut dalam Harakah Online bertarikh 5 Oktober 2008 “...mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah”

Wak tak tahu apa sebenarnya definisi biadab serta demokrasi bagi Haji Hadi. Haji Hadi nampaknya sudah terpengaruh dengan ide demokrasi Barat yang bebas untuk melakukan apa-apa saja atas nama kebebasan. Sejak bila Hj Hadi memuja demokrasi ala barat Wak tak tahu kerana Hj Hadi sejak dari dulu lagi yang Wak tahu memang tak suka dengan Barat. Mungkin Anwar berjaya melembutkan hati Hj. Hadi supaya menerima Barat kerana mereka bakal membawa keuntungan politik Pakatan Rakyat.

Wak Cuma nak peringat Hj. Hadi supaya jangan lihat keuntungan jangka pendek. Sebelum membuat sebarang kenyataan fikir dulu masak-masak. Adakah demokrasi Barat bersesuaian dengan prinsip Islam. Adakah demokrasi Barat berkesan dalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Ummah? Adakah demokrasi Barat selama ini memberi keadilan kepada manusia sejagat? Mahu kah kita lihat acuan demokrasi barat seperti kebebasan hubungan sejenis (homoseksual dan lesbian) menjadi budaya di Malaysia kerana mengagungkan demokrasi ala barat?

Dan satu lagi soalan yang Wak nak tanya Hj. Hadi - adakah negara-negara penganjur demokrasi betul-betul demokratik?

Jika kita lihat di Amerika Syarikat sendiri pun tiada demokrasi. Contohnya, medianya melakukan self censorship, tidak melaporkan apa sebenarnya yang berlaku di Iraq. Calon Presiden McCain dan Obama juga dalam kempennya tidak berani sepatah pun bercakap terhadap Israel yang menduduki bumi Palestin secara haram dan membunuh jutaan umat Islam.

Barat acap kali kecam Malaysia kerana menahan orang di bawah ISA. Tetapi apa yang berlaku di Iraq? Tahanan tidak pernah dibicarakan malah diseksa. Ingat kah kita apa yang berlaku di kem Guatemala? Demokratik sungguh Barat. Ini kah manusia yang hendak membawa kebaikan kepada dunia yang diagungkan oleh Hj Hadi.

No comments: