Thursday, May 24, 2012

KETEMU LAGI KITA

SALAM SEMUA. DAH LAMA WAK TAK AKTIF DALAM DUNIA BLOG. KEMELUT POLITIK YANG BERLAKU KEBELAKANGAN INI DI NEGARA TERCINTA INI MEMBUAT WAK KEMBALI KE DUNIA BLOG. DAH TAK TAHAN DENGAN MACAM-MACAM PUNYA HAL DAN KERENAH PIHAK TERTENTU YANG CUBA MENGUCAR-KACIR KEAMANAN NEGARA DAN YANG PALING WAK TAK BOLEH TAHAN IALAH PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN YANG DILAKUKAN OLEH PUAK DESPERADO YANG KEMARUK KUASA.

WAK AKAN KEMBALI MENULIS.
 TUNGGU....

Wednesday, October 7, 2009

PELUKLAH ISLAM WAHAI GOBALAKRISNAN

WAK TAK SALAHKAN GOBALAKRISNAN BILA BELIAU MULA MEMETIK AYAT-AYAT SUCI ALQURAN DALAM CERAMAHNYA. PADA PENDAPAT WAK, MUNGKIN GOBALA SUDAH MULAI MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK BAHAWA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH AYAT-AYAT ALQURAN PENUH DENGAN KEBENARAN DAN FAKTA YANG JELAS. BELIAU MEMETIK AYAT ALI IMRAN AYAT 54 YANG BERMAKSUD Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

WAK PERCAYA GOBALA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH AYAT-AYAT TERSEBUT. KALAU TIDAK MASAKAN BELIAU MAHU DAN DENGAN PENUH YAKIN MENYEBUT AYAT-AYAT SUCI TERSEBUT. JIKA BELIAU SUDAH SEPENUH HATI MENGAKUI AKAN KEBENARAN AKAN AYAT-AYAT SUCI INI, MAKA WAK NAK MENYARANKAN KEPADA GOBALA SUPAYA CEPAT-CEPATLAH PELUK ISLAM. ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR, INDAH LAGI ADIL.

JANGAN BERLENGAH-LENGAH LAGI WAHAI GOBALA. KALAU BOLEH HARI INI JUGA PELUKLAH ISLAM. HIDAYAH SUDAH TERPANCAR DI HADAPAN. SERU SUDAH TIBA. KEYAKINAN TERHADAP ISLAM SUDAH MENEBAL.
KALAU GOBALA TIDAK YAKIN DENGAN ISLAM, MASAKAN BELIAU MAHU MENYEBUT AYAT-AYAT SUCI TERSEBUT. INI BERMAKNA BELIAU AMAT YAKIN DENGAN APA YANG TERKANDUNG DENGAN AYAT-AYAT ALQURAN. AYUH…MENGUCAPLAH DUA KALIMAH SYAHADAH.

Tuesday, September 29, 2009

PAKATAN RAKYAT TERIMA DIVIDEN SAHAM YANG DILABUR

Wak ketawa besar bila melihat kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam baru-baru ini.
Demonstrasi tersebut dilakukan kerana penternak yang terlibat dalam tragedi ladang ternakan dihempap runtuhan sampah mendakwa kerajaan negeri Selangor dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram yang telah mengorbankan ternakan mereka.
Penternak tersebut juga amat kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa musibah. Mereka juga turut mendesak Exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.

Wak ketawa besar bukan kerana penternak membawa lembu dalam lori pergi ke SUK tetapi kerana kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat yang selama ini selalu mengajak rakyat untuk melakukan demonstrasi kini sudah terjerat dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat adalah juara demonstrasi. Sikit-sikit demonstrasi. Tujuan pakatan Rakyat mengajak rakyat untuk keluar ke jalanan untuk berdemonstrasi adalah untuk menyemai perasaan benci rakyat kepada kerajaan BN. Mudah sahaja analoginya. Kalau rakyat dah benci kepada Kerajaan BN, maka mudahlah Pakatan Rakyat mendapat kuasa.

Apa yang dilakukan oleh Pakatan rakyat memanglah berbaloi. Selangor, Perak, Kedah dan W.Persekutuan Kuala Lumpur telah dikuasai oleh mereka. Maka bersorak riuh rendahlah Pakatan Rakyat. Maka mereka meneruskan agenda mengajak rakyat untuk berdemonstrasi dengan harapan akan dapat menawan satu Malaysia (bukan 1Malaysia) dan menerajui kerajaan pusat.

Tetapi langit tak selalu cerah. Senjata jika tidak bijak bermain akan memakan diri sendiri. Kini apa yang mereka canangkan sudah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat.
Rakyat diajar jika tak puas hati, maka kita kena berdemonstrasi. Maka penternak-penternak pun berdemonstrasi kerana tak puas hati. Tercungap-cungap juga kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu ini. Esok lusa ada lagi isu… demonstrasi lagi dan lagi dan lagi.

Begitulah akibatnya jika rakyat diasuh dan dididik dengan cara yang tak betul akhirnya akan berbalik kepada diri sendiri. Jika pemimpin dah ajar benda yang tak betul, maka rakyat pun terikut jadi tak betul sama.
Hari ini kerajaan pakatan Rakyat baru tahu bukan mudah untuk menguruskan dan mentadbir negara. Cakap cukup mudah tapi nak melaksanakan bukan seperti bercakap yang menggunakan modal air liur. Kalau dulunya cakap semua apa yang kerajaan BN buat tak betul. Hari ini bila dah memerintah baru tahu. Bila dah kena batang hidung sendiri baru tersentak.

Hari ini orang ramai sudah mula mempermainkan dan mempersendakan kerajaan Selangor. Kerajaan negeri Selangor kini di cap sebagai kerajaan lembu kerana kebelakangan ini sebahagian besar isu yang melanda Selangor adalah berkaitan dengan lembu. Lembu sudah jadi macam badi kepada kerajaan Selangor.
Wak masih ingat masa mula-mula Khalid Ibrahim jadi MB, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak. Kemudian pada bulan Ogos baru-baru ini, sekali lagi lembu jadi isu apabilai kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu.

Kini 75 ahli Persatuan Penternak berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lembu. Lepas ini apa lagi? Tungguuuuu…..

Monday, August 31, 2009

ISA MASIH RELEVAN

Ekoran insiden mengarak kepala lembu ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam beberapa hari yang lalu, terdapat beberapa pihak dalam pembangkang dan juga blog pro pembangkang mahukan supaya pihak yang terlibat perarakan tersebut dikenakan ISA. Misalnya, pemimpin pembangkang merangkap Exco Selangor, Rodziah Ismail telah mengesyorkan supaya mereka ini dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Wak dah mula pening dengan tindakan pembangkang yang tidak konsisten. Kejap minta ISA dimansuhkan. Kejap mahu ISA dikekalkan. Kalau kena kat geng dia, ISA itu zalim. Tapi bila kena kat geng musuh dia, oh..ISA itu baik. Begitulah realitinya dunia politik.

Wak percaya, jika pembangkang dapat membentuk kerajaan pada 2004 atau 2008, ISA tidak akan dihapuskan. Negara kita masih memerlukan ISA. Kalau tidak kerana ISA, negara yang kita bina ini sudah lama hancur, terutama dalam isu-isu yang melibatkan perkauman. Hari ini dunia liberal Barat juga mengakui akan pentingnya undang-undang pencegahan dalam memelihara keselamatan. Sejarah telah menunjukkan bahawa ISA telah menyelamatkan negara kita beberapa kali dari api perkauman.

Cuba kita renung sekejap. Jika ISA sudah tiada, sudah tentu puak-puak tertentu akan bermaharajalela. Mereka tidak lagi takut untuk melakukan sesuatu yang lebih besar jenayahnya. Undang-undang pencegahan sudah tidak wujud lagi.

Wak selalu dengar pesan doktor. Kalau kita tidak mahu dijangkiti dengan sesuatu penyakit, kita kena mengambil tindakan pencegahan. Jangan sampai dah kena baru nak cegah. Pada masa itu tak ada apa yang boleh dibuat lagi.

Dalam konteks ‘penyakit’ negara, pun perlu kepada langkah pencegahan. Bagi mereka yang suka menimbul kekacauan atau mencetus konflik berpanjangan untuk mencapai cita-cita tertentu, maka mereka akan terus menerus akan cuba membangkitkan kekacauan demi kekacauan. Jika keadaan ini berterusan, maka ini akan mendatangkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan kehidupan rakyat dan negara. Oleh itu perlu ada ubat untuk mencegah penyakit tersebut. Ubatnya pencegahannya ialah ISA.

AlMaunah contohnya. Jika tidak ada ISA, Wak tak tahu apa akan terjadi. Mungkin kita sekarang ini dah jadi macam Indonesia dengan siri pengeboman.

Sekarang dengan adanya ISA pun ada pihak sudah tunjuk ’samseng’ dengan berani melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dan perlembagaan negara. Jika tidak ada ISA, sudah tentu sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku.

Jika tanpa ISA selepas ini, mungkin ada pula gerakan untuk mansuhkan Islam sebagai agama Persekutuan dan jadikan semua agama adalah agama negara atau pun gerakan mansuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa ini, barulah rakyat sedar betapa perlunya ISA.

Kita kena ingat bahawa ISA diwujudkan demi keamanan dan ketenteraman negara. ISA mampu menyekat ataupun mengelakkan sesuatu perkara yang boleh membahayakan rakyat dan negara.

Pada Wak mudah saja. Orang yang takut dengan akta ini adalah orang yang selalu menimbulkan masalah.

Sunday, August 23, 2009

KEMANA NIK AZIZ NAK BAWA AGAMA ISLAM?

Semakin banyak Nik Aziz bercakap, semakin terdedah siapa sebenarnya Nik Aziz. Semakin hari semakin ramai yang terkeliru dan mula mempersoal apakah Nik Aziz ini seorang ulama yang sejati atau ulama politik. Kenyataan yang dibuatnya kebelakangan ini cukup mengelirukan. Apatah lagi kenyataan tersebut dibuat menjelang pilihan raya di Permatang Pasir.


Nampaknya nafsu politiknya sudah tidak dapat dibendung Semakin jelas bahawa Nik Aziz lebih utamakan kuasa dari melakukan sesuatu yang boleh memberi impak positif terhadap agama Islam sepertoi pertautan persaudaraan dalam kerajaan perpaduan.


Hati Nik Aziz sekarang ini sudah terlalu keras. Dendamnya sudah tidak berkesudahan. Wak rasa sudah tiba masanya pemimpin PAS yang lain untuk tidak memperdulikan lagi apa-apa msaranan Nik Aziz yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.


Biarkan Nik Aziz dengan dunianya. Marilahlah kita perkuatkan lagi tali persaudaraan sesama Islam yang selama ini cukup mendukacitakan. Kembalilah kita kepada seruan memperkukuhkan tali persaudaraan sesuai dengan ajaran Islam yang sebenar yang berbunyi:


“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Ali Imran: 103);


”Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.” (Ali Imran: 105)’


“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu (Muhammad) terhadap mereka.” (al-An’am: 159).


وَلاَ تَخْتَلِفُوْا فَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ اخْتَلَفُوْا فَهَلَكُوْا.
“Dan janganlah kamu berselisih, karena sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah berselisih, maka dari itu mereka binasa.” (Shahih Bukhari, hadits no. 2410).


Wak yakin tanggapan bahawa Nik Aziz adalah ulama tersohor adalah salah. Mustahil ulama tersohor tidak mahu melihat umat Islam bersatupadu. Jauh lagi kalau nak cakap benda merepek seperti Tuhan Mencarut, boleh kawan dengan syaitan, penyokong UMNO tak masuk syurga dan terakhir berkonfrantasi dengan Majlis Fatwa.

Tak payahlah lagi kita melayan orang yang tak mahu mengikut ke jalan Islam sebenarnya walau apapun statusnya kini.

Waalahualam.

Saturday, August 22, 2009

LAKONAN, TIPU DAYA DAN MUSLIHAT DALAM POLITIK

Kebelakangan ini Wak lihat politik Malaysia nie macam dengan cerita Hindustan. Macam-macam ada. Wak seakan-akan sedang menyaksi pelakon-pelakon sedang beraksi dalam sebuah filem yang hebat. Dalam menyaksikan filem tersebut,ada masanya Wak rasa sedih, ada masanya Wak ketawa dan ada masanya Wak marah. Apapun, inilah realiti dunia politik hari ini. Penuh dengan lakonan.

Dalam politik, lakonan adalah sebahagian dari strategi. Lagi baik lakonan seseorang, lagi dekat dia akan mencapai matlamatnya. Biasanya dalam politik, matlamat seseorang atau sesebuah pertubuhan siasah ialah untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepadanya. Jika lakonannya hidup dan menarik, maka rakyat akan memberi sokongan kepadanya. Jika tidak, siapa akan peduli.

Pada satu ketika dulu, seorang jeneral sebuah parti politik telah berjaya memperdayakan rakyat dengan lakonannya yang begitu berkesan. Beliau memggambarkan dirinya sedang sakit tenat sehingga hendak berdiripun kena papah. Rakyat mengalir airmata kerana melihat betapa sengsaranya pemimpin tersebut. Sakit belakangnya hanya boleh diubat di luar negara. Jeneral tersebut juga dikatakan terkena racun arsenik. Dikhalayak ramai, sakitnya bertambah menjadi-jadi. Tapi yang hairannya, bila berada dalam biliknya, boleh pula berdiri sendiri, boleh berjalan kesana kemari tanpa bantuan dan boleh ketawa lagi.

Hari ini, lakonan jeneral tersebut telah diwarisi oleh anak-anak buah dan rakan seangkatan dengannya. Ada yang jatuh sendiri tetapi kata orang lain yang menyebabkan dia terjatuh. Lepas itu, cakap patah tangan dan berbalut lengan ke mahkamah menggunakan kerusi roda untuk mendapat simpati dan publisiti.

Tak sampai seminggu, datang lagi ke mahkamah terhencut-hencut menggunakan bantuan alat sokongan kaki. Tapi kali ini lakonannya tidak berapa hidup. Sebahagian besar kawan Wak yang menyaksikan peristiwa tersebut dalam TV ketawa terbahak-bahak. Bukan apa. Sepatutnya dia kena belajar dari mentornya dulu bagaimana nak menjiwai sesuatu watak dengan berkesan. Wataknya amat kaku dan dilihat berpura-pura sakit. Tapi tak kelihatan sakitpun. Cara dia berjalan menggunakan alat bantuan pergerakan kakipun dan nampak temberangnya. Mana mungkin orang sakit kaki jalan pantas. Mungkin dia tak boleh melakukan sebagaimana mentornya lakukan. Lakonannya gagal. Ramai yang menyampah melihatnya.

Wak percaya, lakonan ini akan berterusan. Terserahlah kepada orangramai sama ada nak melihatnya sebagai suatu lakonan atau kebenaran. Wak rasa rakyat dah cukup matang untuk menilai sesuatu.

Tuesday, August 18, 2009

NIK AZIZ WAL MARAPU AL MERACAU

Wak rasa Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dah bekerjasama dengan kawannya yang bernama syaitan. Kan dia kata boleh kawan dengan syaitan. Wak kata macam tu pasal akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi Nik Aziz membuat 'fatwa' yang menyeleweng. Terakhir, beliau berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya lagi terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno. "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Siapa awak wahai Nik Aziz yang boleh menentukan seseorang itu boleh masuk ke syurga atau neraka? Yang boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka hanya Allah swt. Nik Aziz pun belum tentu masuk syurga. Banyak dosa yang Nik Aziz buat. Tak payah tanya apa dosa-dosa Nik Aziz. Bacalah tulisan Wak yang lalu.
Wak rasa sudah sampai masanya Jabatan Agama Islam mengambil tindakan kepada Nik Aziz yang sudah melampaui batas-batas agama. Wak berharap pihak berkuasa agama janganlah pilih bulu atau takut mendakwa Nik Aziz atas tuduhan mencemarkan kesucian agama Islam. Tuduhan yang dibuatnya terhadap UMNO amat serius dan berbentuk pembohongan serta pendustaan. Jika kita masih takut nak ambil tindakan terhadap Nik Aziz, maka percayalah cakap Wak. Nik Aziz akan lebih banyak melakukan pendustaan dan lebih banyak merapu.
Ya Allah ya Tuhanku. Bukalah hati Nik Aziz. Kembalikanlah beliau ke pangkal jalan. Janganlah biarkan dia terus menerus melakukan sesuatu yang merugikan agamamu yang suci ini seperti kenyataanya bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam. Berikanlah kepadanya kekuatan untuk kembali ke ajaran agama Islam yang sebenar. Janganlah biarkan dia terus menerus melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan perpecahan demi perpecahan dalam kalangan penganut agamamu. Bukalah hati pengikutnya supaya tidak menurut kata-katanya yang dusta itu. Perkuatkanlah perpaduan antara kami umat Islam supaya boleh kami junjung agamamu dan perkembangkan syiar Islam. Elakkanlah kebencian kami sesama Islam kerana ini akan membawa bencana. Amin.