Wednesday, October 15, 2008

MELAKA OH MELAKA

Wak pening kepala dengan kerajaan Melaka. Bukan setakat hari ini saja Wak pening, malah beberapa tahun dulupun Wak dah pening dengan gelagat kerajaan negeri Melaka melakukan sesuatu yang dilihat tidak betul dan menimbulkan tanda tanya orang ramai. Hari ini Wak nak ulas sikit tentang pemberian darjah kebesaran kepada mereka yang dipertikai jasa dan sumbangan kepada negeri Melaka dan Malaysia.

Wak tak nafikan itu hak kerajaan Melaka untuk memberi apa-apa anugerah kepada sesiapa. Tapi dalam masa yang sama Wak nak ingatkan kerajaan Melaka supaya tidak sewenang-wenangnya memberi pingat kebesaran demi menjaga martabat,darjat dan kedudukannya supaya ia dilihat sesuatu yang tinggi dan besar nilainya. Jika pingat dan bintang kebesaran diberi sesuka hati dan dalam jumlah yang terlalu banyak kepada penerima, nilainya akan susut dan tidak akan dihargai lagi.

Wak lihat dari rekod, Melaka adalah sebuah negeri kecil yang memberi anugerah bintang kebesaran yang paling banyak. Wak tak nafi memang ada yang besar jasa mereka kepada negeri dan negara. Tetapi bila terlalu banyak yang menerima Datuk, Wak tak tahu apa sebenarnya jasa mereka. Selalunya kita akan dengar peranan penerima Datuk yang namanya begitu harum kerana penglibatan mereka sama ada dalam membangunkan negara, pengorbanan yang tinggi dalam pelbagai bidang dan terbukti mereka layak menerima gelaran tersebut. Tetapi yang paling menghairankan, mereka yang tidak pernah didengar nama atau yang pernah berkhidmat di Melaka dan jasa mereka yang tak seberapa pun boleh dapat gelaran Dato’ Melaka. Kawan Wak pun ramai yang dapat Datuk Melaka. Wak tengok jasa mereka tak lah besar sangat sehingga boleh dapat Datuk. Tapi mereka aktif dalam politik dan lain-lain badan yang mungkin ada kepentingan dengan pihak tertentu. Jadi Wak sangat faham situasi ini. Mungkin permainan garu mengaru berlaku.

Terbaru, Wak lagi terkejut bila bintang Bollywood India Shah Rukh Khan pun boleh dapat Datuk. Wak mendapat maklumat bahawa penganugerahan gelaran Datuk kepada pelakon Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia. Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka.

Wak tertanya apa ini namanya jasa besar Shah Rukh Khan kepada Melaka dan rakyat Malaysia? Hanya filem lakonannya yang berlatarbelakangkan Melaka sahaja membolehkan beliau mendapat Datuk? Ramai pelakon lain sama ada dalam negara dan luar negara yang buat filem berlatarbelakang negeri Melaka. Apakah itu jasa besar namanya?

Sebenarnya Shah Rukh Khan tidak ada niat langsung untuk mempromosikan negeri Melaka dan Malaysia. Mereka macam juga kita hanya makan gaji. Dia cuma pelakon. Penerbit dan pengarah filem yang buat keputusan di mana penggambaran hendak dibuat. Dia hanya menurut arahan dan berlakon sahaja. Kebetulan lokasinya di Melaka, maka dia ikut perintah majikannya. Jadi apa jasa besar Shah Rukh Khan?

No comments: