Saturday, October 18, 2008

AMANAT HAJI HADI MASIH RELEVAN DALAM PAKATAN RAKYAT??

SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,

KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SHAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM. KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU, KITA TIDAK PERLU MASUK KRISTIAN, TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

Wak masih ingat akan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Wak saja nak mengingatkan dan mengaitkan petikan diatas dengan suasana politik semasa kepada para pembaca supaya boleh menilai sendiri betapa PAS tidak konsisten dengan matlamat perjuangannya. Kalau dulunya mereka berapi-api dan amat bersemangat menegakkan daulah Islamiah. Tetapi kini, nampaknya perjuangan tersebut sudah hanyut sedikit demi sedikit.

PAS seperti lain-lain parti politik tak lebih hanya mahukan kuasa pemerintahan dan bukan merealisasikan prinsip perjuangan seperti yang ditetapkan. Kalau dulunya prinsip atau konsep negara Islam amat tegas dan tiada kompromi dalam perjuangan mereka. Tetapi dalam pilihan raya yang lalu, isu penubuhan Negara Islam tidak banyak bergema dan seoalah-olah dipinggirkan.

Wak nampak dengan jelas bahawa konsep yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang mana PAS merupakan sebahagian dari gabungan tersebut, dalam perjuangan mereka tidak meletakkan Islam sebagai teras perjuangan. Jika mereka tidak meletakkan Islam sebagai teras, mengapa PAS terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dan lebih dasyat dari itu. mengapa PAS sanggup bersekongkol dengan mereka yang jelas menolak konsep Negara Islam seperti DAP? Apakah konsep 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU' akan diamalkan oleh PAS jika Pakatan Rakyat berkuasa? Tidakkah ludah itu kini terjatuh di atas hidung sendiri?

Apakah hukum bekerjasama dengan orang kafir seperti yang diamalkan oleh BN adalah haram tetapi bila dilakukan oleh PAS dibolehkan pula? PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984). Tetapi apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah. Apakah Pakatan Rakyat akan menghapuskan perlembagaan warisan penjajah dan menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai Perlembagaan Negara? Kalau ya, alhamdulillah.

Apakah pemimpin-pemimpin PAS masih mahu menipu ahli dan penyokong-penyokongnya dalam kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka? Kalau benar, mengapa pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh yang bermulut celupar berani menyatakan ‘ langkah mayat aku dulu jika nak tubuh Negara Islam’.

Kalau dah Pakatan Rakyat tidak mahu Negara Islam, bagaimana PAS hendak merealisasikannya? Dan yang paling Wak hairan ialah PAS terus menerus menyokong Pakatan Rakyat walaupun tahu mustahil perlembagaan Islam dapat ditegakkan di Malaysia. PAS kena isytiharkan kepada ahli-ahlinya bahawa perjuangan penubuhan Negara Islam bukanlah menjadi agenda utama PAS sekarang ini. Biar penyokong tahu hala tuju sebenar PAS sekarang ini. Biat mereka menilai sendiri. Jangan biarkan mereka terus tertipu dengan konsep Negara Islam yang amat sukar dilaksanakan dibawah Pakatan Rakyat.

No comments: