Friday, September 5, 2008

JANGAN KHINATI PENGUNDI

Penyokong PKR dan pakatan pembangkang sedang dibuai dengan mimpi terlalu indah kerana mendakwa dengan penuh keyakinan bahawa Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru pada 16 September 2008. Kawan-kawan Wak khususnya dari PKR sedang membuat persediaan dan persiapan untuk menyambut Perdana Menteri baru yang bernama YAB Anwar bin Ibrahim.

Wak melihat senario ini dengan penuh kehairanan dan kebingungan. Hairan kerana Wak lihat penyokong PKR terlalu percaya dan yakin bahawa Anwar akan ke Putrajaya pada tarikh tersebut. Siap nak kasi cuti umum pada tarikh tersebut mungkin untuk merayakan kemenangan PKR takluk kerajaan pusat. Bingung pula kerana jika ini berlaku, maka makna dan definisi demokrasi perlu di rombak semula. Demokrasi ala PKR mungkin boleh diberi definisi keputusan rakyat bukan mutlak dalam memilih pemimpin dan kerajaan. Yang boleh memilih atau menumbang kerajaan ialah wakil rakyat (yang dipilih oleh rakyat walaupun rakyat memilih yang lain).

Contohnya Wak telah pilih parti X dalam pilihan raya lalu. Wakil rakyat parti X menang. Tetiba wakil rakyat X seberang kepada parti Y. Wak tak puas hati kerana Wak tak undi parti Y. Jadi Wak rasa Wak ditipu oleh wakil rakyat tersebut. Maka sistem yang selama ini kita pertahankan sudah tidak boleh digunakan lagi. Rakyat sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Maka kita boleh namakan sistem baru ini sebagai Sistem ‘Wakil Rakyat Suka Suka Kasi’ untuk menggantikan sistem demokrasi.

Adakah ini satu keadilan kepada rakyat yang telah membuang undi pada bulan Mac 2008 yang lalu? Pada Wak nama parti sahaja parti Keadilan, tetapi tidak menghormati dan memberi keadilan kepada pengundi. Siapa PKR yang pandai-pandai membuat anggapan bahawa majoriti rakyat menolak kerajaan BN? Sebenarnya sebahagian silence voters mereka masih tetap bersama BN. Cuma mereka malas nak layan cara provokatif PKR. Kalau mereka layan, maka PKR akan lebih menjadi-jadi. Banyak dah yang bercakap ke mana hala tuju orang Melayu jika PKR memerintah Malaysia. Baru 7 bulan pakatan pembangkang memerintah 5 negeri, dah nampak orang Melayu semakin hanyut.

Wak terus terang cakap, dalam beberapa pilihan raya yang lalu Wak pernah undi BN, pernah undi PAS tetapi tak pernah undi PKR dan DAP. Wak mempunyai alasan tersendiri mengapa Wak menolak parti tersebut. Tak perlu Wak sebut satu persatu kerana takut tak cukup ruang kerana terlalu banyak perkara yang Wak tak setuju dengan parti tersebut.

Cuma Wak nak ingatkan kepada semua orang Melayu, jika PKR berjaya merampas kuasa dari BN pada 16 September ini, maka Melayu Malaysia bersedialah untuk menjadi seperti Melayu Singapura. Hak keistimewaan orang-orang Melayu semakin hari akan semakin terhakis(contohnya cadangan kuota 10 peratus UITM dibuka kepada kaum lain). DEB sudah tak relevan. Mungkin dalam perkhidmatan awam pun orang Melayu akan berkurangan. Sekarang nak kerja di syarikat swasta pun susah kerana terdapat syarikat yang meletakkan syarat penguasaan bahasa tertentu untuk diambil bekerja. Kedudukan ekonomi orang Melayu pun masih belum mantap. Melayu akan jadi penumpang di negara sendiri. Dan suatu hari nanti tak mustahil jika kita dihalau di bumi sendiri angkara tertentu termasuk kehadiran penjajah.

Wak nak warga Malaysia fikir betul-betul. Jangan sampai bumi diinjak menjadi milik orang kerana kerakusan individu yang rakus mengejar kuasa. Belajarlah dari sejarah. Hargailah apa yang kita miliki sekarang. Jangan rosakkan bangsa dan Negara.

No comments: