Friday, September 12, 2008

CUKUPLAH PKR

Wak dah rasa jemu, jelak, bosan, menyampah, muak, mual dan letih dengan PKR ini. Wak nak cakap kepada mereka…SUDAHLAH. Jangan lagi membohongi rakyat yang tak berdosa. Jangan tambah masalah kepada rakyat dan Negara. Kalau PKR dah tak dapat memerintah secara sah melalui pilihan raya, terima sahajalah. Tak payah dok ganggu orang lain. Jagalah maruah parti PKR. Tak perlu merayu dan pengemis kepada Ahli Parlimen BN. Percayalah, mereka tak akan masuk PKR. Kalau adapun mungkin jumlahnya tak akan membolehkan PKR membentuk kerajaan.

Tindakan Anwar menghantar Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh dan pakar strategi parti itu, Saifuddin Nasution ke Taiwan untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pada Wak perbuatan memalukan diri sendiri. Ibarat pepatah 'Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Nampak sangat PKR ini terlalu kemaruk kuasa. Kalaulah Ahli Parlimen yang dimaksudkan nak melompat parti, mereka akan pergi jumpa PKR bukan PKR terhegeh-hegeh nak jumpa mereka. Tindakan PKR pergi ke Taiwan hanya gimik politik sahaja. Strategi mereka Wak boleh jamin 100% tak akan berjaya punya.

Wak lihat PKR sekarang ini sedang mengacau pemikiran rakyat. Mereka akan berterusan berbuat demikian. Itulah taktik PKR yang cuba untuk memastikan politik negara terus bergolak. Mereka tak fikir kesannya kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Apa yang mereka fikirkan ialah nafsu untuk berkuasa. Itulah wajah sebenar pemimpin PKR.

Cuma satu sahaja yang Wak respek kepada PKR ini. Mereka adalah PAKAR memberi alasan. Cuba tengok bila 16 September tak jadi kenyataan, mereka kata 20 September pula. Nanti bila 20 September tak jadi kenyataan, mereka akan memberi pelbagai alasan untuk tunda lagi tarikh. Letih Wak dengar alasan demi alasan. Rasa macam nak muntah dengar alasan yang tak masuk akal.

Wak nak menyeru kepada semua warga Malaysia. Tak payahlah layan parti seperti ini. Kalaulah ada yang tak mahu sokong BN tak apa. Banyak lagi parti yang boleh disokong seperti PAS. Jangan memperjudikan negara ini kepada mereka yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perbuatan mereka yang boleh menjahanamkan negara dan sistem yang diamalkan. Mereka melaungkan demokrasi tetapi apakah tindakan mereka yang mahu menubuhkan kerajaan dengan menyeru Ahli Parlimen BN melompat parti itu bersifat demokratik??? Cakap tak serupa bikin.

No comments: