Wednesday, September 10, 2008

HA HA HA.. KAN DAH KATA

Anwar Ibrahim berkata tarikh 16 September untuk beliau membentuk kerajaan baru terpaksa ditangguhkan dengan alasan perlu menunggu Ahli Parlimen BN yang kini berada di Taiwan. Wak dah kata siang-siang Anwar hanya cakap kosong saja. kalaulah benar ada Ahli Parlimen BN yang taksub dan setia kepada Anwar, Wak percaya mereka tak akan pergi ke Taiwan. Apa peduli nak ke Taiwan jika mereka benar2 nak melompat.

Rupa-rupanya selama ini Anwar berbohong kepada rakyat Malaysia. Kalau sebelum ini Anwar begitu angkuh dan sombong dengan tarikh keramat 16 September 2008, sekarang mana nak letak muka. Cuba kita lihat balik ucapannya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh. Mulutnya tak pernah lekang dengan tarikh 16 September. Semalam pun beliau masih yakin tarikh 16 September. Tut...tut hari ini ubah cakap pula.

Itulah rupa Anwar sebenarnya. Rakyat Malaysia dah kena tipu. Penyokong PKR pun dah kena tipu. Kawan-kawan Wak yang begitu taksub dengan tarikh 16 September pun dah kena tipu. Tapi Wak tak pernah kena tipu dengan Anwar kerana Wak tahu siapa sebenar Anwar. Kaki cakap pusing-pusing. Betullah kata Nalakaruppan. Hari ini Anwar cakap lain, esok cakap lain. Hanya jauhari jua mengenal manikam.

Kepada sesiapa yang nak percaya sandiwara Anwar...teruskan. Wak tak rugi apa-apa. Tapi Wak takut jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka banyak perkara yang tak dijangka akan berlaku. Orang yang suka cakap pusing-pusing tak boleh percaya.

Cuba buka balik youtube ucapan Anwar di Permatang Pauh. Kalau kita dengar, confirm 16 September akan menaiki takhta Perdana Menteri. RTM patut ulang siar balik bagaimana Anwar menipu rakyat berhubung isu ini. Tak apa lah Anwar. Teruskan dengan sandiwaramu sepuas hati. Biar rakyat yang menjadi hakim. tapi ingat. Tipu sekali orang boleh percaya. tapi kalu dah tipu banyak kali orang akan naik bosan dan meluat.

No comments: