Friday, September 19, 2008

DEMOKRASI SONGSANG ANWAR

Wak tak faham dengan Anwar. La ni dia dok merapu cakap tentang demokrasi. Wak tak faham apa maksud atau definisi demokrasi bagi Anwar. Di setiap ucapannya, Anwar begitu lantang memperjuangkan demokrasi dan mengecop kerajaan sebagai tidak demokratik.

Tetapi yang Wak hairan, adakah pembentukan kerajaan melalui pintu belakang yang diperjuangkan oleh Anwar itu juga demokrasi namanya? Itu bukan demokrasi. Itu dia mau curi namanya. Nak curi orang BN untuk bentuk kerajaan. Kerajaan curi lah namanya. Kerajaan curi mana ada demokratiknya. Curi itu salah. Kerajaan macam ini biasanya tak akan mendapat keberkatan kerana perbuatan mencuri Ahli Parlimen tersangatlah hina, jelik dan tidak bertanggungjawab. Orang macam Anwar ini pada Wak tak layak jadi pemimpin kerana tak ada prinsip.

Kita kena sedar bahawa sistem demokrasi yang kita amalkan ini ialah untuk membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Rakyat memilih pemimpin melalui pilihan raya. Bila rakyat sudah membuat pilihan, maka parti yang memperoleh majoriti akan membentuk kerajaan. Mereka akan merangka polisi dan mentadbir negara. Parti yang tidak mendapat majoriti tidak akan dipinggirkan begitu sahaja. Mereka juga diberi peluang untuk turut serta dalam proses membuat undang-undang, perbincangan mengenai dasar dan polisi negara melalui perbahasan di dewan dan lain-lain. Mereka bebas menegur, mengkritik, membahas dan memberi pendapat mengenai sesuatu isu.

Tetapi kebelakangan ini Wak nampak tujuan dan matlamat pembangkang setelah kehadiran Anwar hanyalah untuk menggulingkan kerajaan dan bukan menjalankan tugas sebenar mereka. Jika hari-hari pembangkang membuat percubaan menggulingkan kerajaan, bila pula mereka nak berkhidmat untuk rakyat? Bila masa pula mereka nak bawa permasalahan rakyat di parlimen? Bila pula mereka nak melayan dan menguruskan hal berkaitan rakyat? Masa terbuang begitu saja. Sepatutnya masa digunakan dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat kerana rakyat yang meletakkan kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen.

Tindakan mereka ini sebenarnya menyusahkan rakyat. Bila dah hari-hari buat kacau, pelabur pun takut nak datang ke Malaysia. Dengan secara tak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Adakah ini yang Anwar mahukan??? Adakah Anwar berfikir jika ekonomi tak stabil maka rakyat akan bangun memberontak?? Kalau ini pendapat Anwar, Wak rasa Anwar ini adalah usaha mensabotaj ekonomi. Tak patriotik langsung. Kehidupan rakyat akan terganggu. Mengapa mahu rakyat dan negara menghadapi masalah?

Wak dah berulang kali cakap kat pembangkang, tunggulah pilihan raya ke 13 kalau nak ambil alih kerajaan. Kalau rakyat dah tak nak BN, PR akan memerintah. Rakyat majoriti dah beri mandat kepada BN pada pilihan raya 2008. Biar mereka mengurus negara dan pembangkang jadi check and balance. Wak tahu Anwar tak sabar nak tunggu tahun 2013 untuk pilihan raya umum. Beliau nak kuasa sekarang juga. Itulah tabiat anwar dari dulu hingga sekarang. Cuba lihat semasa beliau dalam UMNO, beliau naik begitu mendadak dengan menggunakan strategi yang tak profesional seperti mana yang dilakukannya kepada Tun Ghafar Baba semasa merebut jawatan Timbalan Presiden. Orang UMNO lebih tahu perkara ini.

Cubalah bawa bersabar wahai saudara Anwar. Bukankah sabar itu separuh dari iman? Kalau hati tak tenang dan sentiasa resah gelisah, bawa-bawalah baca Al-Quran secara lebih kerap lagi. Itulah ubat penenang jiwa. Dekatkan diri dengan Tuhan. Muhasabah diri. Minta ampun dari Tuhan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Mana ada bumi yang tak ditimpa hujan. Manusia pun ada buat silap dan salah antara sesama manusia dan Tuhan. Tak perlulah menyusahkan rakyat dengan tindakan menghuru-harakan keadaan politik negara.

1 comment:

redbox said...

memangpun wak...saya rasa nawar ni dah mental disoder and sewel..dia berucap hari tu masa nak cover apesal 16 september tak jadik..dia kata dia bg masa yg cukup utk pak lah serah jawatan n katanya lah dia buat cam ni pasal kepentingan se m'sia..tak mo huru hara...biasala wak..dia cakap dgn penuh "kejujuran"..org yg taksub jek boleh percaya cakap dia..

klau lah sy ada kat situ mau nye saya tanya..dah tu nak merampas kuasa dgn ajak MP BN lompat parti tu tak huru hara kan m'sia lah? tak jatuhkan ekonomi lah? itu ke yg namanya pentingkan rakyat se malaysia? huh..boring betul dgn penipuan al-juburi nih