Monday, February 16, 2009

SOALAN CEPUMAS KEPADA PAS DAN PENYOKONG PAS

Dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau, jika BN letak calon India, PKR pun letak calon India, maka tiba-tiba muncul seorang calon bebas yang berbangsa Melayu dan beragama Islam turut menyertai pilihan raya kecil tersebut, maka kepada calon manakah ahli-ahli PAS akan memberi undi ????

Bukan apa. Semalam Wak bermimpi perkara ini berlaku. Wak lihat dalam mimpi tu, penyokong PAS dalam keadaan tertekan nak buat pilihan. Nak telan mati mak, nak luah mati bapak. Ini soal berat. Nak pilih pemimpin mesti lihat sama apa yang pemimpin tersebut boleh sumbang dalam konteks agama. Apakah PAS akan tolak calon yang seagama dengannya atau sekurang-kurangnya yang boleh mengucap dua kalimah syahadah? Apatah lagi jika calon tersebut memang mahir dalam bidang agama yang sekurang-kurangnya boleh mengimamkan sembahyang.
Tapi sayang baru aje Pengurus Pilihanraya Bukit Selambau nak umum keputusan pilihan raya tersebut, Wak terjaga dari tidor. Tak tahu apa keputusannya. Mungkinkah calon bebas akan menang sekali lagi di Bukit Selambau ? Mungkinkah kali ini calon Melayu pula yang akan menang ?

Seronok juga sekali sekala bermimpi politik.

1 comment:

mohaf said...

Nik Aziz saheh kampen suruh pangkah hindu PKR. Janji UMNO tumbang. Matlamat politik orang tua tu bukan jauh sangat. cuma sekadar nak jatuhkan UMNO saja. Islam cuma landasan perjuangan capai tak capai tak kisah. Sebab tu dia mengaku boleh berkawan dengan setan (Setan Karpal).