Saturday, April 11, 2009

TAHNIAH NAJIB TAK LANTIK KHAIRY

Wak nak ucapkan tahniah kepada Najib kerana keberanian luar biasa dengan tidak melantik Khairy menganggotai kabinet. Pada Wak jika Najib masih ditahap takutkan Khairy seperti dulu (sebenarnya bukan takut, tapi menghormati pak mertua Khairy) maka UMNO akan semakin hancur.

Ramai dari kawan-kawan Wak lega kerana Khairy tak tersenarai. Dulu menang Ketua Pemuda pun dah ada unsur-unsur rasuah. Kalau pegang menteri kabinet, ntahlah apa akan berlaku. Ini isu yang selalu dimainkan oleh pembangkang...rasuah. Dan inilah salah satu sebab mengapa rakyat semakin hari semakin menolak BN.

Kepada menteri-menteri dan semua barisan baru yang dilantik, bekerjalah dengan satu matlamat...amal makruf dan nahi mungkar. Lupakan kepentingan diri. Utamakan rakyat. Ingatlah...rakyatlah yang memberi undi kepada kita.

Jika pemimpin BN sudah tidah dapat berkhidmat kepada rakyat secara jujur dan penuh integriti, maka bersedialah untuk jadi pembangkang di Parlimen. Mungin Pakatan PAS/PKR/DAP akan menjadi kerajaan.

Andainya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, harapan Wak cuma satu sahaja. Biarlah PAS yang pegang jawatan Perdana Menteri, kerana kekuatan sebenar diperingkat akar umbi ialah parti PAS. Rugilah jika PAS kasi kat PKR atau DAP. Tapi...apapun..jangan sesekali kasi Anwar jadi PM. Rosak negara nanti.

3 comments:

Razif Sekretariat said...

Salam,

hebat ....waksapu habis

WAK SAPU said...

Kan Wak dah cakap...Wak akan sapu siapa saja yang Wak nampak tak betul...tak kira Najib ke, Nik Aziz ke..Karpal Singh ke... Tapi kalau mereka buat sesuatu yang baik Wak akan puji. Itulah Wak.

kayumanis said...

Sapu Wak!! Sapu...!