Sunday, April 5, 2009

ANWAR BOHONG LAGI….

Dalam ruangan wak semalam, Wak dah jangkakan yang Anwar akan meneruskan gimik serta mainan politiknya bahawa satu pengumuman penting mengenai Najib akan dibuat dengan harapan puluhan ribu akan keluar untuk mendengar. Maka beribu-ribu orang keluar untuk mendengar berita buruk mengenai ‘Najib’.

Tetapi, ramai yang pulang hampa kerana tiada berita Najib dikeluarkan oleh Anwar. Anwar membuat alasan lagi. Kali ini alasan yang diberi oleh Anwar ialah “Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu”.

Hahahaha….rakyat masih tak serik dengan kelentong Anwar. Cubalah kita fikir secara logik dan rasional. Jika ada berita besar yang boleh menjejaskan politik Najib, mengapa nak umumkan selepas pilihan raya kecil. Inilah masanya, yakni sebelum pilihanraya supaya pengundi menolak BN. Kalau selepas pilihanraya, dah tak beerti lagi.

Anwar oh Anwar. Kalau nak buat strategi kelentong pilihanraya tu, buatlah secara profesional. Rakyat dah makin matang dan bijak. Sekali boleh dibohong. Dua kali mungkin boleh lagi. Tapi masuk kali ketiga, rakyat dah muak dan tak ambil peduli lagi. Janganlah memperbodohkan rakyat sepertimana dalam kes 16 September.

5 comments:

toytian said...

Warna-warni politik kita baik untuk rakyat malaysia yang semakin matang memikirkan alatuju.what next?
Jangan takut,senario ini yang memcelikkan kita dari penjajahan BN.kearah system dual party.
Syabas rakyat malaysia....fikir sesecara positif.
Hasil selepas ini rakyat bertambah peka dalam semua.(sosial ekonomi dan politik)

hatiminda said...

bisala wak, kalau x membohong dan menipu bukan lah anwar namanya!! Anwar manusia yg mengalami sakit jiwa yg kritikal tetapi mampu membuatkan fikiran pengikutnya bertukar fungsi spt otak seekor lembu....hanya masyarakat yg celik dan tahu meneliti yg pasti menolak fikiran dan cerita dongeng anwar...sebenarnya anwar amat sakit hati atas perlantikan dato' najib sbg perdana menteri....

Razif Sekretariat said...

salam,

wak cerita sikit pasal PRK Bukit Gantang dari pengamatan wak semasa kempen, hari pengundi dan keputusan undian.

Wak dah lama tak tulis mungkin wak pun kesana kut. Saya, wak 4 hari terakhir tu disana lah kempen ikut bos.

Ada satu perkara yang pastinya saya bersetuju dgn wak pasal pengundi hantu... sambung sikit wak

WAK SAPU said...

Saudara Razif,

Wak sedang membuat analisis kesemua pilihanraya. Nanti Wak akan buat satu artikel mengenai perkara tersebut. Tentang pengundi hantu, sebenarnya tidak jelas kerana tiada bukti kongkrit kecuali di Batang Ai kerana di sana ada Lubuk Antu. Maka antu pun banyak. Tapi antu tu tak boleh mengundi, hanya boleh kacau orang tido aje. Hehe...

Razif Sekretariat said...

Salam

Wak, sebenarnya saya jadi terharu juga bila mendengar keluhan org yg dituduh hantu tu.

Apa kata org yg dituduh hantu tu ' Apa salah kami, mana bukti kami pengundi hantu .... kami dtg untuk memberi sokongan kepada parti kami, adakah itu salah? sambung mereka lagi ' kalau kami dtg untuk sokong parti kami salah, tuan-tuan yg dtg ramai-ramai ni buat apa?

Sebenarnya saya berada betul2 di Kuala Terong semasa penahanan 5 bas tersebut dan akhirnya menyuraikan bersama bos saya setelah mendapati ada kebenaran hujjah hantu2 tersebut. Saya simpati teramat sangat dgn hantu-hantu tersebut.

Maaf wak, kisah hantu setiap PRK ni susah nak kawal minda org PR.