Tuesday, March 24, 2009

SAH…PAS SEMAKIN BERPECAH

Wak rasa ada sesuatu yang besar berlaku dalam PAS. Sepanjang Wak mengikuti perkembangan politik PAS, Wak tak pernah melihat pemimpin-pemimpin PAS menunjukkan ketidaksepakatan secara terang-terang. Biasanya jika terdapat perbezaan pendapat antara mereka, ianya akan diselesaikan dalam ‘kelambu’ PAS sahaja. Tetapi kebelakangan ini dah nampak masalah mereka sudah tidak dapat diselesai dalam ‘kelambu’ lagi.

Sudah jelas antara Murshidul Am PAS yang mendakwa dirinya sebagai ‘Nakhoda’ dan Hj Hadi yang juga Presiden PAS ( yang sebenarnya Nakhoda) sudah tidak sehaluan lagi. Misalnya dalam konteks cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS-UMNO dalam memantapkan kedudukan orang Melayu telah dipersetujui oleh Hj. Hadi tetapi telah ditolak bulat-bulat oleh Nik Aziz.

Yang terakhir ialah pemilihan calon PAS Bukit Gantang. Nik Aziz awal-awal lagi tidak setuju untuk mencalonkan bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin. Tetapi semalam tiba-tiba Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Padang Kota, Taiping telah mengumumkan Nizar sebagai calon PAS.

Ini jelas melanggar arahan Tok Guru Nik Aziz. Nampaknya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah bertekad untuk tidak tunduk lagi kepada Nik Aziz. Mungkin beliau berpendapat apa gunanya jadi Presiden PAS jika tidak boleh buat keputusan. Selama manakah beliau akan dikongkong oleh Mursyidul Am Pas?. Apakah Presiden PAS hanya jadi posmen sahaja?

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS mungkin ada betulnya. Beliau sudah tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan Nik Aziz selama ini yang menunjukkan seolah-oleh beliau amat berkuasa dan berpengaruh dalam PAS serta mahukan arahannya sahaja diikuti.

Tetapi risiko Datuk Seri Abdul Hadi Awang cukup besar dalam perkara ini. Misalnya, jika Nizar kalah dalam pilihanraya Bukit Gantang, maka ahli-ahli PAS akan menyalahkan beliau kerana tidak ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz. Tetapi jika PAS menang, sudah pasti imej dan kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meningkat dan beliau boleh membuat keputusan dalam lain-lain perkara tanpa memperdulikan lagi Nik Aziz.

Sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti. Yang pastinya…PAS semakin retak kerana antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz mempunyai penyokongnya masing-masing.

3 comments:

hellboy82 said...

tak payah jd batu api..akni mengadu domba..tak cium bau syurga 10000 tahun perjalanan....rasa ko wak..p mkn tempe ngn toyo...

MerdekaBooks said...

haaahh.. wak makan tempe dgn toyo pun bagus.. cari kebenaran lebih baik dari buat spekulasi. pemikiran rakyat malaysia skang pun dah makin maju dan bertambah cerdik. tak perlulah kita memperdohkan diri. salam yg terbaik buat wak.

WAK SAPU said...

Wak tak jadi batu api. Wak cuma jual kayu api. Kalu orang nak beli, Wak jual. Kalau orang tanak beli Wak tak kisah.

Syurga hanya Tuhan sahaja penentunya. Bukan Nik Aziz atau hellboy.

Tempe boleh membina otak yang cergas. Spekulasi..semua orang buat. Tapi fitnah lebih dasyat. Najib berani bersumpah 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' menafi kaitannya dengan Altantuya tapi Anwar and Group termasuk beberapa pemimpin PAS masih menuduhnya. Kalau tak betul tuduhan tersebut, fitnah jadinya.

Siapa yang memperbodohkan diri? Apakah mengata Tuhan Mencarut, Tuhan Samseng itu bijak? Itulah yang paling bodoh sekali.

Salam yang terbaik juga untuk Merdekabooks.

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA