Thursday, March 26, 2009

KHAIRY – MENANG KETUA PEMUDA UMNO TAPI KALAH DI HATI RAKYAT

Wak amat hairan. Kemana sahaja yang Wak pergi, ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kemenangan Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Wak tak tahu sejauh mana luahan perasaan ini boleh dijadikan maklumbalas umum atau ianya hanya bersifat setempat sahaja. Jika ianya bersifat setempat, maka tidak ada apa-apa masalah kepada Khairy. Tetapi jika rata-rata rakyat tidak menyenangi Khairy atas jawatan Ketua Pemuda, maka UMNO akan menghadapi masalah besar.

Wak kata masalah besar kerana UMNO perlu memperkasa dan memperkuat kedudukannya setelah mengalami tsunami politik dalam pilihan raya yang lalu. Apa yang perlu dibuat ialah untuk mendapat semula kepercayaan orang ramai terutama golongan muda untuk terus menyokong UMNO dan kerajaan.

Jika Ketua Pemudanya sudah tidak disukai dan disenangi, macam mana Khairy nak tarik sokongan orang ramai kepada UMNO. Malah kemungkinan besar mereka akan menjauhkan lagi diri daripada UMNO atas faktor bencikan Khairy. Kalau rakyat sudah menjauh diri dari UMNO, maka UMNO akan terus kehilangan pengaruh dan sokongan dan akhirnya hanya akan tinggal sejarah.

Wak berharap pembaca yang melayari blog ini dapat memberi respon melalui komen. Soalan yang Wak nak tanya, adakah tuan-tuan dan puan-puan bersetuju pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kerjasama anda amat diharap. Terima kasih.

2 comments:

hatiminda said...

sedih..pemuda memilih liability yg menjadi faktor kuat kekalahan umno sebagai ketua pemuda..


Hazwan Itu Pendek
said...

ekonomi gawat
scomi kuat
anything possible kan ?