Monday, March 9, 2009

ANTARA DUA DARJAT

Pagi nie Wak nak berkongsi dengan para pembaca tentang dua peristiwa penting yang berlaku ditempat yang sama dan sambutan terhadap majlis yang dianjurkan.

Pada 7 Mac 2009, bertempat di Masjid Negara telah diadakan satu perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurut akhbar Harakah Online, seramai 150, 000 orang telah hadir dalam perhimpunan tersebut.

Perhimpunan yang dianjur oleh GERAKAN MEMANSUHKAN PPSMI yang disokong (dan juga turut didalangi) oleh pakatan pembangkang telah berjaya menarik kehadiran audiens yang begitu ramai. Dengan ini mereka berjaya membuktikan kepada dunia bahawa pengaruh mereka amat kuat dan tidak boleh dibendung oleh kerajaan. Peristiwa ini diakhiri dengan pertempuran di antara mereka dengan pihak polis. Ini mengakibatkan seluruh Kuala Lumpur sesak sehingga mengganggu orang ramai yang berurusan di ibu kota dan menimbulkan ketakutan orang ramai.

Pada 8 Mac 2009, bertempat di Masjid negara, satu majlis ceramah Maulidur Rasul telah diadakan. Ceramah ini diadakan untuk menghayati perjalanan dan perjuangan baginda Rasullah s.a.w. dalam membawa misi agama Allah s.w.t. untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Dalam ceramah tersebut hanya 500 orang sahaja yang hadir (bukan 5,000, 15,000, 50,000 atau 150,000).

Wak amat sedih. Sepatutnya jika sesuatu yang bersangkutan dengan agama, prioriti perlu diberikan oleh umat Islam. Jika fasal demonstrasi, satu negara sanggup berkumpul di masjid negara. Mengapa fasal ceramah maulidur rasul hanya 500 orang sahaja yang hadir? Apakah agama sudah tidak lagi penting bagi kita? Apakah tajuk ceramah maulidur rasul tidak penting? Apakah pesanan dan pengorbanan baginda sudah dipandang sepi oleh orang ramai sehingga tidak ramai yang hadir?

Atau alasan terlalu jauh untuk pergi ke Masjid Negara maka mereka tidak hadir? Pepatah Melayu ada berkata, mahu seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih. Jika dalam hal demonstrasi, kita masih ada masa. Tapi dalam hal agama, kita dah tak ada masa.

Itulah yang menyebabkan Wak terfikir panjang. Apakah parti-parti yang berlebelkan agama hanya lebih mementingkan cara untuk dapat kuasa adalah lebih penting dari mempraktikkan ajaran agama. Wak amat sedih bila Nik Aziz kata lain-lain agama boleh guna Allah untuk rujukan kepada Tuhan. Adakah ini tindak populis Nik Aziz hanya untuk mendapat sokongan politik kaum-kaum lain? Atau ada udang disebalik batu. Wak berpendapat Nik Aziz telah banyak buat kesilapan yang boleh membawa kepada kesan negatif kepada negara dan rakyat termasuk lah kes kata Tuhan Mencarut, Tuhan Samseng dan lain lain.

Wak doakan semoga Tuhan akan membuka kembali hati dan minda umat Islam di Malaysia supaya kembali ke jalan yang benar. Ikutlah ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. Nik Aziz contohnya, walaupun beliau banyak mengetahui tentang hal ehwal agama, namun ini bukan beerti beliau seorang maksum. Beliau juga melakukan banyak kesalahan.

Tetapi kesalahannya seakan-akan dihalalkan dan dilindungi oleh penyokong fanatiknya. Tapi ingat, hukum Tuhan tetap sama samaada kepada Nik Aziz atau kepada sesiapa sahaja. Tuhan tidak memilih dalam hukumannya. Nik Aziz juga tidak terkecuali akan dihumban ke dalam neraka jika beliau mengingkari akan hukum dan peraturan Allah s.w.t. Dalam hal ini hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu akan niat sebenar Nik Aziz. Bersedialah di akhirat kelak. Janganlah anggap diri kebal. Mungkin kekebalan hanya di dunia tetapi tidak di akhirat.

Mungkin ramai yang marah kepada Wak kerana menyentuh Nik Aziz dalam perkara ini. Wak tak kisah. Kerana Wak juga dah lama mengikuti perkembangan Nik Aziz. Cakapnya dah tak konsisten. Hari ini kata lain, esok kata lain. Boleh berubah-ubah mengikut selera politik, dan bukan mengikut hukum agama. Kalaulah Nik Aziz boleh cakap yang benar, maka Wak akan respek beliau seumur hidup.

Tapi kalau cakap politik, tak payah percayalah. Ulama tak boleh ikut selera politik tapi kena ikut kebenaran seperti mana yang ditunjukkan oleh alquran dan hadis. Adakah Nik Aziz juga terikut-ikut dengan kedah matlamat menghalalkan cara?

Apakah benar Tuhan Samseng? Tuhan Mencarut? Tanyalah Datuk Harussani. Jika benar Tuhan Samseng, Tuhan mencarut, siapa yang nak percaya bahawa agama Islam boleh membawa kepada kesejahteraan?

Jika kita benar-benar ikhlas dalam menghayati dan memuliakan agama Islam, sepatutnya kehadiran ceramah maulidur rasul di masjid negara semestinya mencecah 150,000 orang juga sebagaimana yang hadir dalam demonstrasi PPSMI. Mengapa mereka tidak boleh menggunakan pengaruh mereka yang kuat ini untuk menarik orang ramai hadir ke majlis anjuran Masjid Negara itu?

Renung-renungkanlah.

No comments: