Saturday, August 22, 2009

LAKONAN, TIPU DAYA DAN MUSLIHAT DALAM POLITIK

Kebelakangan ini Wak lihat politik Malaysia nie macam dengan cerita Hindustan. Macam-macam ada. Wak seakan-akan sedang menyaksi pelakon-pelakon sedang beraksi dalam sebuah filem yang hebat. Dalam menyaksikan filem tersebut,ada masanya Wak rasa sedih, ada masanya Wak ketawa dan ada masanya Wak marah. Apapun, inilah realiti dunia politik hari ini. Penuh dengan lakonan.

Dalam politik, lakonan adalah sebahagian dari strategi. Lagi baik lakonan seseorang, lagi dekat dia akan mencapai matlamatnya. Biasanya dalam politik, matlamat seseorang atau sesebuah pertubuhan siasah ialah untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepadanya. Jika lakonannya hidup dan menarik, maka rakyat akan memberi sokongan kepadanya. Jika tidak, siapa akan peduli.

Pada satu ketika dulu, seorang jeneral sebuah parti politik telah berjaya memperdayakan rakyat dengan lakonannya yang begitu berkesan. Beliau memggambarkan dirinya sedang sakit tenat sehingga hendak berdiripun kena papah. Rakyat mengalir airmata kerana melihat betapa sengsaranya pemimpin tersebut. Sakit belakangnya hanya boleh diubat di luar negara. Jeneral tersebut juga dikatakan terkena racun arsenik. Dikhalayak ramai, sakitnya bertambah menjadi-jadi. Tapi yang hairannya, bila berada dalam biliknya, boleh pula berdiri sendiri, boleh berjalan kesana kemari tanpa bantuan dan boleh ketawa lagi.

Hari ini, lakonan jeneral tersebut telah diwarisi oleh anak-anak buah dan rakan seangkatan dengannya. Ada yang jatuh sendiri tetapi kata orang lain yang menyebabkan dia terjatuh. Lepas itu, cakap patah tangan dan berbalut lengan ke mahkamah menggunakan kerusi roda untuk mendapat simpati dan publisiti.

Tak sampai seminggu, datang lagi ke mahkamah terhencut-hencut menggunakan bantuan alat sokongan kaki. Tapi kali ini lakonannya tidak berapa hidup. Sebahagian besar kawan Wak yang menyaksikan peristiwa tersebut dalam TV ketawa terbahak-bahak. Bukan apa. Sepatutnya dia kena belajar dari mentornya dulu bagaimana nak menjiwai sesuatu watak dengan berkesan. Wataknya amat kaku dan dilihat berpura-pura sakit. Tapi tak kelihatan sakitpun. Cara dia berjalan menggunakan alat bantuan pergerakan kakipun dan nampak temberangnya. Mana mungkin orang sakit kaki jalan pantas. Mungkin dia tak boleh melakukan sebagaimana mentornya lakukan. Lakonannya gagal. Ramai yang menyampah melihatnya.

Wak percaya, lakonan ini akan berterusan. Terserahlah kepada orangramai sama ada nak melihatnya sebagai suatu lakonan atau kebenaran. Wak rasa rakyat dah cukup matang untuk menilai sesuatu.

No comments: