Wednesday, August 12, 2009

1MALAYSIA NAJIB DAN KEKACAUAN PEMBANGKANG

Sebagai pemimpin kepada rakyat berbilang kaum di negara ini, DS Najib sedang berusaha gigih untuk mempromosikan konsep 1Malaysia. 1Malaysia bermakna negara yang bersatu padu; bermakna perpaduan erat rakyat berbilang kaum dan agama. Seperti mana dijelaskan beberapa kali oleh DS Najib, perpaduan ini akan dicapai berdasarkan Perlembagaan Malaysia, berpandukan prinsip dan matlamat Rukun Negara.

Perpaduan merupakan teras utama dalam mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. DS Najib mempunyai impian yang tinggi iaitu mahu melihat rakyat yang dipimpinnya hidup dalam suasana aman dan damai, bersatu padu, maju dan sejahtera. Jika Malaysia ingin berjaya, agenda perpaduan perlu diberi keutamaan. Dengan perpaduanlah akan mewujudkan kestabilan negara dan diikuti dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi serta akan memberi faedah kepada rakyat jelata. Dalam lain perkataan perpaduan rakyat berbilang kaum ini merupakan pemangkin kepada pembangunan rakyat dan negara.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat pihak-pihak tertentu yang nampaknya cuba untuk menimbulkan suasana tegang dan ketidaktentuan dalam masyarakat. Bersikap kontra dengan apa yang dilaksanakan oleh DS Najib, kumpulan ini dilihat cuba untuk meretakkan perpaduan dalam rakyat Malaysia dengan menimbulkan pelbagai isu dan spekulasi. Dari kekacauan demonstrasi GMI, diikuti spekulasi kematian Teoh Beng Hock dan serangan kepada isteri DS Najib, kini pembangkang sudah sampai ke tahap memainkan isu peringkat zon bahaya iaitu menggunakan isu perkauman dan agama seperti yang disuarakan oleh Jeff Ooi, Loke Siew Fook dan Ronnie Liu.

Tatkala DS Najib melakukan sesuatu yang positif melalui satu konsep 1Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia dengan penuh harapan dan kegembiraan, pihak pembangkang dilihat cuba untuk terus menerus menimbulkan kekecohan, kekalutan, kesangsian, huru hara, dan ketegangan dalam kalangan masyarakat. DS Najib ajak rakyat buat baik. Pembangkang ajak rakyat melakukan sesuatu yang boleh membawa bencana dan kesengsaraan kepada rakyat dan negara.

Wak faham bahawa kebelakangan ini pembangkang terasa tertekan kerana rata-rata rakyat sudah menunjukkan reaksi positif, terutama konsep 1Malaysia. Maka ini sudah tentu akan merugikan pembangkang, kerana pengaruh mereka di kalangan rakyat terutama yang di atas pagar semakin merosot. Jadi untuk meneruskan survival politik mereka, maka sesuatu harus dilakukan. Dan sesuatu itu dilihat sebagai matlamat menghalalkan cara.

Wak Cuma nak bagi tahu pembangkang. Jika sekalipun nak berpolitik, janganlah berpolitik sepanjang masa yang boleh memudaratkan rakyat dan negara. Selepas pilihan raya, rakyat telah buat keputusan. Biarlah kerajaan yang dibentuk melaksanakan program pembangunan negara. Jika hari-hari nak berpolitik, bila masa pula nak tumpukan usaha menjaga rakyat dan usaha pembangunan negara. Kalau nak dapatkan kuasa, tunggulah pilihan raya umum akan datang. Berkempenlah sepuas-puasnya.

1 comment:

Unknown said...

Banyakkan kajian dengan THE NEW WORLD ORDER , dan boleh lah tgk video the ARRIVALS, search la kat internet nih. dan banyakkan kajian, saya muda lagi, dan kawan2 saya yg mana mak bapak masing2 org kuat UMNO takkan sokong UMNO dan PARTI KEADILAN, satu lambang helang n satu lambang "satu mata", diketuai oleh lambang pusat firaun.. simbol yg banyak persamaan. kaji yer wak SAPuuu. Kami hanya sokong 1 ALLAH