Saturday, June 6, 2009

TAHNIAH HJ HADI – IDEA KERAJAAN PERPADUAN

WAK INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA TOK GURU HAJI HADI YANG TELAH BERANI SECARA TERUS TERANG MEMPERTAHANKAN IDEA ATAU GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN YANG MENJADI TOPIK AGAK PANAS DALAM MUKTAMAR PAS.

SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR YANG LAIN, HJ HADI DILIHAT MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG PROFESIONAL DAN BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA. WALAUPUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG WAK TAK BERAPA SETUJU DENGAN HJ HADI, TAPI DALAM HAL INI WAK SOKONG 150%. WAK DAH KATA DARI AWAL-AWAL LAGI. JIKA PERKARA KEBAIKAN, WAK AKAN SOKONG. TAK KISAH SIAPA ATAU MANA PARTI POLITIK PUN.

WAK AMAT BERSETUJU DENGAN KERAJAAN PERPADUAN ANJURAN HJ HADI KERANA INI SAHAJA KAEDAH DAN CARANYA YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH NEGARA DAN MASALAH PERPADUAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DINEGARA INI. WAK MELIHAT GAGASAN INI BOLEH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA PIHAK.

RAKYAT SUDAH MUAK DAN BOSAN DENGAN PELBAGAI KERENAH DAN PERMAINAN POLITIK YTANG MELANDA NEGARA. DAH PENING KEPALA. DAH LETIH. ITULAH ANTARA KELUHAN RAKYAT. SEKARANG RAMAI YANG MAHUKAN SUPAYA NEGARA KEMBALI SEPERTI DULUKALA - AMAN, DAMAI DAN SEJAHTERA.

TAPI WAK TAK TAHU SAMPAI BILA IDEA KERAJAAN PERPADUAN INI DAPAT DILAKSANAKAN. HUSAM ( KRONI ANWAR) NAMPAKNYA AKAN LAWAN HABIS-HABISAN IDEA INI. MENGAPA? KERANA JIKA KERAJAAN PERPADUAN INI DIBENTUK, ANWAR TAK MUNGKIN JADI PERDANA MENTERI. NAMPAKNYA KEPENTINGAN PERIBADI MELEBIHI SEGALA-GALANYA. ORANG SEPERTI INILAH YANG HARUS KITA TOLAK.

3 comments:

aizam said...

nak bagi najib ke jadi PM kerajaan perpaduan? .. tlg jelaskan... tak berapa nak jelas lah..

WAK SAPU said...

Perkara ini boleh dibawa perbincangan. Mungkin parti yang mendapat majoriti sokongan rakyat akan jadi PM. Tak kiralah PAS ke, UMNO ke, PKR ke. Tp lebih molek jika PAS dan UMNO dibubar dan tubuh parti baru yang mewakili orang Melayu dan Islam. Baru ada kekuatan sebenar. Kemudian biar perwakilan yang menentukan siapa jadi Presiden. Tak kisah siapa pun Wak boleh terima. Sebenarnya kerajaan perpaduan masih lagi kabur konsepnya. Tapi kalau dapat dibentuk, Wak yakin akan dapat menyatupadu semua rakyat terutama orang Melayu Islam.

future phenomenon said...

salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

wassalam