Thursday, January 15, 2009

DAP TOLAK HUDUD, PAS TERUS MENGALAH

Wak amat terguris bila DAP secara terang-terangan memberi mesej kepada PAS dan umat Islam di seluruh Malaysia bahawa mereka tidak menerima dan menolak pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang diperjuangkan oleh PAS di Negara ini. Walaupun Wak bukan ahli PAS tapi sebagai umat Islam Wak percaya dengan penuh hati bahawa pelaksanaan hukum hudud dan qisas perlu diperjuang dan dilaksanakan dinegara ini.

Wak sebenarnya amat marah dengan DAP kerana masih tak faham-faham akan prinsip dalam agama Islam. Tetapi Wak faham mengapa DAP yang bukan beragama Islam membangkitkan isu ini. Tetapi Wak amat marah marah marah marah marah kepada PAS kerana cepat mengalah dengan DAP berhubung dengan isu ini. Tidak ada demonstrasi secara besar2an dibuat. Tidak ada bantahan secara bersungguh-sungguh dibuat. Tidak ada kenyataan balas yang keras dibuat. PAS nampaknya terlalu berlembut dengan DAP. Nak jaga hati DAP dan pengundi cina dalam Pakatan Rakyat kononnya. Atau PAS dah nak ikut atau bersetuju dengan cara DAP nak memerintah Malaysia. Tidakkah ahli-ahli PAS sudah lupa tujuan sebenar penubuhan PAS?

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

Kalaulah dengan sergahan DAP pun PAS dah mengalah, bagaimana nak tarik keyakinan rakyat untuk beserta PAS untuk merealisasikan penubuhan negara Islam. Pada Wak, perkara yang menjadi pokok tidak boleh dikompromi. Kalau ia melibatkan ranting-ranting kita boleh berkompromi dengan DAP. Ini persoalan agama. Jangan korbankan prinsip agam kerana nak menjaga hati orang lain. Janganlah PAS kerana terlalu fikir nak berkuasa sehingga terpaksa mengorbankan prinsip utama agama. PAS kena tegas dalam perkara ini.

No comments: