Thursday, January 15, 2009

DAKWAAN EZAM TERHADAP HUSAM AMAT SERIUS



Wak teramat terkejut dengan pendedahan dan dakwaan yang dilakukan oleh Ezam bahawa Husam sebenarnya tahu akan perangai Anwar brahim tapi sebab politik “kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia”. Pengakuan yang dibuat oleh Ezam berserta dengan lafaz sumpah ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ yang beliau bercakap benar. Dalam lain perkataan apa yang Wak faham ialah Husam terpaksa bersekongkol dengan Anwar semata-mata untuk mencapai hasrat politik yakni ingin berkuasa. Betul atau tidak apa yang dibuat oleh Anwar, tolak sebelah dulu. Yang penting bagaimana kita boleh dapat kuasa.

Kalaulah benar apa yang diluahkan oleh Ezam, maka terserlahlah bahawa PAS sebenarnya bukanlah sebuah parti yang benar benar MENGIKUT LANDASAN iSLAM. Niat Husam selaku naib presiden PAS tidaklah tertumpu kepada perjuangan Islam yang hakiki. Dalam alquran mengajar kita akan amal maaruf nahi mungkar. Kalau kita tahu seseorang dah buat banyak salah dan dosa, maka tak perlu kita jadikan dia imam kita.
Kalaulah Husam tahu akan hakikat siapa itu Anwar Ibrahim sebenarnya seperti yang di dakwa oleh Ezam, maka wajib bagi Husam untuk tidak bersekongkol dengan Anwar lagi. Mana boleh memberi sokongan kepada mereka yang melakukan sesuatu yang boleh membawa musibah kepada masyarakat dan negara. Maka ini sudah tentu akan membawa satu lagi polemik politik Pakatan Rakyat. Satu demi satu pekong dibuka. Biar rakyat menilai sendiri perkara ini.

Untuk berlaku adil, bersama ini Wak sertakan petikan berita yang Wak dapat dari Agenda Daily.

PANAS...PANAS...Husam Musa sendiri dedahkan PAS tahu 'perangai' sebenar Anwar dan cuma nak ‘kudakannya'
Oleh: ROSLAN BIAN
Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.

Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS.
Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.

“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya. Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.

“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.

“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.
“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.

“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.

Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.

“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya.

Mengenai surat Anwar yang diserah padanya pada 8 September,1998 itu untuk disampaikan kepada Dr Mahathir sebenar adalah untuk mendedahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu bersikap hipokrit dan munafik yang berbahaya kepada negara.

Menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir.

“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” katanya. Menurut Ezam bekas bosnya itu adalah jenis yang boleh bercakap dengan Lim Kit Siang lain dan kemudiannya cakap lain dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Katanya, surat itu sudah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri selepas terlewat sampai untuk menyerahkan surat berkenaan.

Ezam menegaskan, selepas 17 Januari ini beliau akan ke seluruh negara melakukan perhitungan dengan Anwar bersama kawan-kawannya dengan surat ini dan beberapa kotak-kotak tersebut yang belum selesai.

Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Beliau turut menjawab kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar kononnya Anwar akan membongkar surat Ezam kepada Perdana Menteri yang meminta jawatan politik sebelum masuk UMNO.

Ezam menafikan ada membuat surat memohon jawatan atau secara lisan berbuat demikian.
Ezam turut mencabar Anwar meletakkan jawatan daripada politik jika selepas tujuh hari beliau gagal meunjukkan surat berkenaan.

“Saya juga cabar dalam tempoh kempen pilihan raya Kuala Terengganu, Anwar tunjukkan surat itu. Kalau ada, saya akan berhenti politik. Tetapi selepas 7 hari jika dia tak buat juga, saya cabar dia lepaskan jawatan daripada politik,” katanya.

“Kalau dia ada maruah , dia mesti letak jawatan. Kalau dia tak buat, jatuhlah maruah dia kerana berbohong,” tegas Ezam yang percaya Anwar tidak pernah menjawab isu yang dibangkitkan termasuk ketika berkempen di Permatang Pauh. S
Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.


YAB Datuk Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Azizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

No comments: