Monday, August 4, 2008

SIAPA YANG REBAH?

Wak terasa nak ketawa besar apabila pengarah pilihyanraya negeri PKR Mustafa Kamil Yusuf menyebut bahawa Mohamad Ezam Mohd Noor "lebih senang diperebah" jika terpilih sebagai calon BN menentang bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Menurut Mustaffa Kamal Yusuf, strategi yang akan diguna jika Ezam dijadikan calon UMNO di Permatang Pauh ialah dengan memasang balik rakaman Ezam dulu-dulu. Ini maknanya ucapan Ezam masa dalam PKR yang mengecam UMNO.

Wak rasa nak ketawa pasal jika strategi itu digunakan untuk melemahkan Ezam dan UMNO, maka UMNO pun akan menjalankan strategi yang sama. UMNO akan menyiarkan balik ucapan Anwar masa beliau masih dalam UMNO yang menghentam PAS, DAP, memuji Mahathir dan macam-macam lagi. Tidak susah kan. Jadi Wak rasa strategi tu dah tak boleh pakai. Wak nak nasihatkan Mustafa Kamal supaya carilah strategi yang lebih berkesan dan tidak memakan diri.

Menyentuh tentang pilihanraya di Permatang Pauh, walaupun Wak rasa Anwar boleh menang tetapi majoritinya tidak akan sama seperti mana yang didapati oleh Wan Azizah. Ramalan Wak majoriti yang akan diperolehi oleh Anwar akan jauh merosot. Silap-silap haribulan, majoriti tak sampai 3,000 undi. Ramai yang akan kata ramalan Wak gila-gila. Dulu kalau Wak kata Selangor akan jatuh ke parti pembangkang, kawan-kawan Wak kata Wak dah nyanyuk dan ramalan Wak langsung tak boleh pada akal orang yang waras. Depa kata Wak tak waras ler tu. Tapi bila keputusan keluar, mereka mengaku sebenarnya mereka yang tak waras. Seminggu Wak makan free. Asyik makan free pekena teh tarik sampai kena kencing manis. Tak per lah. Itu habuan Wak.

Apa pun, kita lihat nanti. Wak dah dengar kawan-kawan Wak yang atas pagar dulu sebahagian besarnya akan berbalik kepada UMNO. Dulu mereka kata nak buat undi protes. Tapi depa tak sangka tsunami jadinya. Kali ini mereka bertekad untuk memberi tsunami pula kepada PKR. Dengar kata orang PAS pun dah berbulu dengan PKR. PAS yang kerja kuat dalam pilihan raya..tut tut PKR yang dapat kuasa dan kerusi yang lebih. Dalam banyak perkara, pendapat PAS diketepikan seperti mana yang berlaku di Selangor. Contohnya kedatangan Ella dibantah oleh PAS tetapi PKR tetap berkeras. Jadi apa gunanya PAS menyertai pakatan hanya sekadar jadi melukut di tepi gantang. Sepatutnya DAP yang menjadi melukut di tepi gantang. Tapi DAP dah dapat lebih dari apa yang diminta termasuk kandang babi teknologi moden bernilai jutaan jutaan ringgit. PAS dapat apa??? Dapat makan hati aje. Konsert Protes minyak dah jadi protes PAS pula kerana terdapat unsur yang tidak dipersetujui oleh PAS. Apa respon kerajaan negeri terhadap tuntutan PAS??? Tepuk dada tanya MB.

Sebenarnya ketidakpuasan hati penyokong PAS terhadap PKR sudah lama terpendam. Itulah yang Wak dapat maklumat bahawa terdapat sebilangan dari mereka akan membuat undi protes kepada PKR dengan tidak mengundi Anwar. Lagipun jika benar pembangkang yang akan memerintah Malaysia, PKR tidak layak jadi PM kerana tunggak kepada pakatan pembangkang ialah PAS. PAS lah sebenarnya yang kuat dan sepatutnya mendapat kerusi PM. PKR hanyalah sebuah parti baru yang masih mentah dan tidak mempunyai grassroot yang kuat. Kekuatan grassroot sebenarnya datangnya dari penyokong PAS. Merekalah yang bekerja kuat siang dan malam. Pergilah kemana-mana tempat mesti ada cawangan PAS dan ahlinya yang begitu komited terhadap perjuangan parti. Cawangan PKR boleh dibilang dan nampak macam hidup segan mati tak mau. Jadi realitinya, jawatan PM seharusnya diberi pada PAS bukan PKR. Jadi inilah masanya untuk memastikan PAS mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Inilah realiti politik. Politik adalah seni serba kemungkinan. Jika Anwar jadi PM, PAS akan terus melopong. DAP akan ketawa besar. Orang Melayu akan terus terawang-awangan.

2 comments:

2tiga said...

Wak,tak kesahlah sapa pun asal dapat kita ubah pemerintah yg korup, sombong, bongkak dan perbodohkan rakyat.Anwar tu secara kebetulan je, kalau PAS ada tokoh berkaliber macam dia, apa salahnye jadi PM. Asyik cakap melayu melayu je tapi 50 tahun pemimpin melayu, apa orang melayu dapat. ni nak cakap lagi ketuanan melayulah hak orang melayulah selama ini pemimpin melayu buat apa, isi kantung sendiri. Anak kita suruh pergi sekolah kampung anak dia antar luar negeri. Balik nanti anak dia tuan melayu anak kita kuli dia. Wak, kita kat kampung ni ok je, tak kisah cina ke india ke semua dari kecik lagi dah rapat macam sedara. Bila cakap melayu melayu diaorang pun tau kecik hati juga dah lah tak dapat peluang sama.

Muhammad Najib said...

Salam.

Saya bukan orang politik tapi sejak akhir2 ni saya "terpaksa" menceburi bidang politik ni kerana memikirkan tentang bangsa "melayu" yang sedang diperkotak-katikkan oleh bangsa2 lain di malaysia ni. Apa puncanya saya pasti adalah pemerintahan kerajaan BN yang ada sekarang tidak relevan. Sebenarnya bukan BN yang x relevan tapi pemimpin2 yang ada sekarang ni yang masih tidak tau dan tak nk ambil tahu permasalahan rakyat dan ape kehendak rakyat di malaysia ni. Lagi satu, kelemahan sistem pentadbiran dan pemerintahan cukup jelas, mana pegi cerdik pandai yg lahir di bumi malaysia yang bertuah ni?? mana pegi para ulama dan pemimpin agama yang berwibawa di negara kita untuk menghadapi situasi fitnah memfitnah yang berleluasa skrg ni? mana pemimpin2 melayu yang handal2 untuk mempertahankan bangsa "melayu" yang diperlekehkan? Mari kita pikirkan sama2 mana arah yang kita hendak tuju, apa matlamat yang nk kita capai untuk mengukuhkan perpaduan MELAYU di Malaysia.