Gesaan pemimpin Pakatan Rakyat supaya diadakan Sidang Khas Parlimen pada 23hb September lalu masih terngiang-ngiang di telinga Wak. Pada ketika itu Anwar beria-ia meminta disegerakan sidang khas itu kerana mereka mendakwa PM sudah hilang kepercayaan dari majoriti ahli parlimen. Anwar pada ketika itu berlagak macam ayam sabung yang hendak berlaga, kira nak menyerang saja bila jumpa ayam laga yang lain.
Maka mereka pun menetapkan usul. Usul yang hendak dibawa oleh Pakatan Rakyat berbunyi “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” Menurut Anwar, gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa.
Tambah Anwar lagi, sebarang kelengahan dari pihak Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif. Begitulah ghairahnya dan tidak sabarnya Pakatan Rakyat untuk menunggu sambungan persidangan dewan pada bulan Oktober.
Pada waktu itu Pak Lah yang tahu akan permainan gerak saraf/perang saraf Anwar tidak melayan tuntutan Anwar. Pak lah kata buang masa saja layan Anwar. Pak Lah kata sabar, apa-apa pun tunggu dewan bersidang semula kalau nak buat apa-apa pun. Bukannya lama sangat. Tapi Anwar bak burung Merak mengepak sayapnya menuduh Pak Lah takut menghadapi realiti politik semasa dan bimbang kehilangan jawatan Perdana Menteri kerana jika undian dibuat pasti pak lah akan kalah.
Tapi yang Wak hairan ialah bila dewan kembali bersidang, tak kedengaran pun usul itu dibawa. Kalau dulu macam dah tak sabar-sabar lagi nak kemukakan usul, seakan-akan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tak mendapat sokongan lagi dari Ahli Dewan Rakyat. Rupa-rupanya dalam berani-berani Anwar, ada juga perangai pengecut dan penakutnya.
Wak faham, kerana jika Anwar kemukakan usul tersebut pasti tidak akan berjaya punya. Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat ke pembangkang hanya retorik Pakatan Rakyat sahaja. Kalaulah Anwar dah betul-betul dapat 31 orang ahli Parlimen, beliau tidak akan tunggu lagi. Kan kita semua dah tahu akan sikap gelojoh dan tidak sabar Anwar dalam mengejar impian untuk jadi Perdana Menteri. Mana boleh kalau dah ada kekuatan, tapi cakap tunggu dulu. Macam cerita 16 September dulu. Cakap buka main, tapi akhirnya habuk pun tak ada.
Lepas ini apa pula strategi Anwar??? Kita tunggu dan lihat. Tapi kali ini kita jangan ambil serius sangat dengan apa yang akan dikatakan oleh Anwar. Anggaplah apa yang akan dikatakan oleh Anwar nanti sebagai satu hiburan dan bual-bual kosong. Dengar boleh tapi percaya jangan.
1 comment:
Wak,
Satu Malaya dah tahu temberang Si Anuar Pin ni. Bebuih mulut cakap. Tapi penyokongnya masih membuta tuli menyokong!
Post a Comment