Tuesday, October 28, 2008

APA STRATEGI ANWAR SETERUSNYA?

Wak terkejut monyet bila mendengar kata-kata Ketua Umum Pakatan Rakyat, Nuar Brahim bahawa beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini. “Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Wak terasa ada sesuatu yang tak kena dengan Pak Habib Anwar kita nie kerana sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan. Beliau dengan bersifat ‘budiman’ dan baik hati berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini. Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Alahai…apa pula strategi dan permainan politik Anwar pada kali ini pulak??? Anwar memang diakui seorang pakar strategis. Beliau kini berundur setapak untuk merancang sesuatu yang boleh diguna pada masa hadapan. Wak dah nampak apa yang mungkin akan dibuatnya. Ini pendapat dan andaian Wak. Anwar tahu bahawa beliau tak mungkin akan menjadi PM sekiranya UMNO masih mendapat kepercayaan orang Melayu. Untuk membolehkan beliau mencapai hasratnya dengan cepat, UMNO perlu diporak-perandakan.
Masa yang sesuai ialah sekarang.

Mengapa sekarang? Kerana sekarang merupakan masa pemimpin-pemimpin UMNO sedang asyik merebut tempat tertinggi dalam pemilihan parti. Bila berebut pasti ada konflik. Bila ada konflik tentu ada perpecahan. Tugas pihak ketiga (musuh-musuh UMNO tak kira siapa pun) ialah hanya menabur racun (fitnah sama ada melalui sms atau merekrut orang dalaman UMNO yang masih setia dengannya untuk membuat kacau) dan menambahkan lagi kecelaruan semasa pertandingan. Dengan cara ini UMNO akan terus bergolak dan akhirnya akan berpecah. Maka bila Jong pecah, Yu jua yang kenyang.

Itulah bila Wak mendengar Shahrir Samad mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas, maka Wak terfikir bahawa ini mungkin permainan pihak ketiga yang mahu menimbulkan permusuhan sesama ahli dan pemimpin UMNO dengan bertujuan untuk menghancurkan UMNO. Dan siapakah pihak ketiga ini? Fikir-fikirkan.

1 comment:

CUCU TOK KEDU said...

Wak!

Itu semua andaian saja wak! Pemimpin Umno jitu dengan prinsip mereka! Bukan boleh dipecahkan begitu mudah dengan sms!

Mereka sama mereka ada tembelang dalam poket masing-0masing. Jangan nak hantuklah!

Bagaimana pun ada yang tersiratnya! Buat apa cerita pada semua orang! Dulu cerita orang tak percaya! Tak apalah. Buat apa nak cerita lagi kalau orang dah tak percaya. Perkaranya pun dah tak terjadi! Biarkanlah mereka mengketawakan DSAI! Satu hari ketawanya akan terhenti juga!

Maaflah Wak masuk menyampuk. Nak tolong sapu tak terdaya!

http://rp-semantan.blogspot.com