1) Rakyat melihat gelagat kebudak-budakan Ahli-ahli Yang Berhormat.
2) Rakyat melihat Ahli-Ahli Yang Berhormat lebih mementingkan kuasa dari memperjuang kepentingan rakyat.
3) Rakyat melihat sebilangan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menghormati institusi Dewan dan bertindak samseng dan ganas seperti berdiri di atas meja, menjerit-jerit, membuat cemuhan, tolak menolak dan lain-lain.
4) Rakyat melihat Speaker terpaksa diusung keluar dewan. Yang biasa diusung ialah orang mati, diusung ke kubur.
5) Rakyat melihat sesuatu yang melucu dan meloyakan berlaku dalam sejarah politik Perak.
6) Rakyat melihat segelintir Ahli-ahli yang Berhormat sudah tidak menghormati Raja. Raja Dr. Nazrin terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan persidangan.
7) Rakyat melihat akan betapa dahsyatnya tahap hawa nafsu politik Ahli-ahli Yang Berhormat.
8) Rakyat melihat apa yang berlaku di DUN Perak hampir sama seperti berlaku di parlimen Taiwan.
9) Rakyat melihat sebahagian Ahli-ahli DUN Perak sudah hilang pertimbangan akal.
10) Rakyat melihat aksi sarkas di DUN Perak.
11) Rakyat melihat Ahli-ahli Yang Berhormat nekad ‘ apa nak jadi, jadilah’.
Wak sapu: Bahaya…bahaya….bahaya….
2 comments:
Kalau tak nak rakyat melihat, apalah salah buburkan dun. Kembalikan kepada rakyat. Kita tahu ahli yang berhormat melakukan kewajipan utk mempertahankan hak rakyat. Inilah sebabnya kalau manusia sudah tidak takut sama TUHAN.
salam wak.
Dalam situasi sekarang,di mana kerakusan pr untuk berkuasa perkara paling buruk mungkin akan melanda seluruh negara sekiranya tuntutan sebilangan orang untuk adakan pilihan raya negeri perak diadakan semula.
sudah pasti berbagai isu panas akan dimainkan untuk membakar emosi rakyat.
kalau galagat samseng di dalam dewan yang mulia boleh berlaku dan dilakukan pemimpin2 pr rasa-rasanya tidak sukar untuk kita membayangkan apa yang akan mereka akan lakukan semasa kempen secara terbuka kelak demi untuk meraih undi.
hak bn untuk mentadbir telah ada,maka mereka perlu jalankan hak itu dengan berani dan penuh keinsafan untuk membela rakyat.
sekadar berkongsi keresahan dari jauh.
salam lepa-lepa.
Post a Comment