Wak melihat betapa PAS kini berada dalam keadaan tertekan akibat dari percaturan kuasa dua kumpulan. Umumnya sudah mengetahui bahawa dua kumpulan ini adalah terdiri dari pro muqabalah dan satu lagi kumpulan Erdogan – kumpulan yang ingin mengubah wajah PAS.
Apa yang Wak nampak ialah PAS kini berada di ambang perpecahan dan tidak mustahil sesuatu yang dahsyat akan berlaku yang akan mengakhiri apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Sudah ada usaha pihak ‘profesional’ dalam PAS untuk mengambil alih tampuk kepimpinan dengan mengetepikan golongan ulama yang menjadi teras kekuatan PAS selama ini.
Dulu, PAS berada dalam keadaan yang amat stabil dan mantap. Tetapi di saat PAS sudah hampir ke puncak kuasa, perkara buruk yang amat tidak diingini berlaku akibat percaturan pihak tertentu. Akibatnya, berlaku perpecahan dalam PAS. Mengapa perkara ini berlaku di saat PAS sudah hampir berkuasa?
Jawapannya…lihatlah apa yang berlaku kepada UMNO. Mengapa UMNO hancur? Siapakah yang mendalangi kehancuran UMNO? Siapakah yang bercita-cita besar untuk mendapatkan kuasa secara tidak sabar? Siapakah yang bermain politik songsang sehingga UMNO lemah dan hampir kehilangan kuasa? Tidakkah orang itu ialah Anwar bin Ibrahim.
Kumpulan ex-ABIM ini dulunya masuk UMNO bukanlah kerana tertarik kepada perjuangan atau ideologi UMNO tetapi mereka masuk UMNO kerana di situlah terletaknya lubuk kuasa. Dalam lain perkataan, UMNO hanyalah batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka tidak menyertai PAS kerana mereka tahu agak sukar mendapat kuasa melalui PAS dalam masa terdekat. Mereka tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu lebih lama untuk mendapatkan kuasa. Maka strategi menyertai UMNO adalah langkah yang paling tepat untuk mendapatkan kuasa dengan lebih cepat dan pantas. Memang perancangan elok tetapi pengakhiran belum tentu elok. Sejarah telah menceritakan segala-galanya.
Dalam hal ini, PAS perlu pelajari dari apa yang berlaku kepada UMNO. Sekarang ini, manusia yang begitu gila kuasa sedang mempergunakan PAS untuk mencapai cita-cita politiknya selepas gagal untuk menjadi Perdana Menteri dalam parti UMNO. PAS hanya alat untuknya. PAS hanya batu loncatan untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri. PAS tidak lebih dari penghampar permaidani kepada Anwar untuk merentas ke takhta Perdana Menteri.
Itulah sebab apabila PKR ditubuhkan, tidak semua orang kuat Anwar masuk PKR. Mereka telah mengatur strategi yang begitu licik. Sebahagian masuk PKR, sebahagian masuk PAS dan sebahagian kekal dalam UMNO. Anwar masih perlukan orangnya berada dalam UMNO untuk tujuan tertentu. Begitu juga orang kuatnya seperti Kamaruddin Jaafar yang kini sangat berpengaruh dalam PAS. Nampaknya suara Anwar sudah menjadi suara keramat dalam PAS melalui Kamaruddin Jaafar.
Percayalah cakap Wak. PAS akan hancur seperti mana yang berlaku kepada UMNO. Anwar sedang merangka strategi supaya orang kuatnya akan dapat menguasai PAS. Dengan ini, PAS akan terpaksa ikut telunjuk Anwar.
Dalam kalangan PAS, memang mereka menyedari perkara ini. Tapi apakan daya. Mereka terpaksa ikut kerana pengaruh Anwar dalam PAS terlalu kuat. Golongan ulama yang menjadi teras kekuatan PAS selama ini sudah semakin lemah akibat permainan puak-puak ini.
Akhirnya…PAS akan menerima nasib yang sama dengan UMNO; perpecahan demi perpecahan.
Wak percaya beberapa pihak dalam PAS sudah pun menyedari akan perkara ini. Mereka juga sedang merancang strategi untuk menyekat kumpulan pro Erdogan. Kita sama-sama tunggu apa pengakhiran episod ini.
Wak percaya beberapa pihak dalam PAS sudah pun menyedari akan perkara ini. Mereka juga sedang merancang strategi untuk menyekat kumpulan pro Erdogan. Kita sama-sama tunggu apa pengakhiran episod ini.
WAK – Ke mana sahaja Anwar pergi, pasti berlaku keributan. ‘Kuasa didahului, Negara Diketepi,’.
3 comments:
Erdogan ke, Anwar ke, Kamarudin Jaafar ke semuanya berkerja untuk Islam tetapi Wak Sapu kerjanya menabur fitnah untuk menghancurkan Islam.
Anwar menari dengan perempuan bukan muhrim pun untuk Islam juga ke wahai adik. Cuba bezakan fitnah dengan fakta.
Lihatlah dengan mata hati.
Sabar,
jangan ISA kan tulisan waksapu, tulisan beliau OK jika dibandingkan dengan sebahagian dari tulisan-tulisan dari blog umno dalam penggabung suara tu.
sahabat wak dalam Islam
'Pendokong tegar PAS'
Post a Comment