Wak rasa lucu dan ketawa sorang-sorang bila membaca kenyataan Ahli Parlimen Gombak (PKR), Mohamad Azmin Ali yang mahu larangan Utusan Malaysia membuat liputan di Dewan Rakyat kerana mendakwa Utusan menjadi ejen propaganda UMNO. Wak tak pasti apa maksud propaganda. Adakah kerana pendapat Utusan yang selari dengan kerajaan dianggap sebagai propaganda. Kalaulah itu maksudnya, maka pada Wak itu tak ada apa-apa masalah. Kan negara kita bebas untuk mengeluarkan pendapat. Kan inilah yang selama ini diperjuangkan oleh Keadilan. KEBEBASAN BERSUARA.
Tapi bila pandangan Utusan tak selari dengan PKR, maka jangan benarkan Utusan buat liputan. Jadi apa maksudnya kebebasan bersuara yang dilaungkan selama ini. Wak cukup bimbang dengan situasi ini. Wak bimbang kerana jika PKR belum dapat kuasa pusat sudah pun mempunyai mentaliti sebegini, nanti jika memerintah Malaysia pasti banyaklah syarikat akhbar akan ditutup. Inilah nama kebebasan suara PKR.
Wak rasa Azmin Ali tak payahlah cakap tentang kebebasan bersuara kalau setakat benda yang kecil sebegini pun dah nak melalut. Cuba kita lihat akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Apa yang mereka tak kata kepada kerajaan? Lebih dahsyat dari Utusan. Malah akhbar tersebut satu ketika dulu pernah mengaitkan dengan kenyataan Anwar diracun dengan racun Arsenik. Tapi Wak lihat Anwar masih hidup sihat sekarang. Itulah fitnah yang lagi dahsyat.
Pada Wak, kenyataan Azmin Ali ternyata memperlihatkan sikap tidak matang walaupun parti itu mendabik dada mahu menjuarai kebebasan media. Malah mereka bersikap seperti keanak-anakan dengan memboikot media dan memperlekehkan soalan wartawan akhbar yang tidak selari dengan pendirian mereka. Itu belum ada kuasa memerintah. Bayangkan jika PKR memerintah. Entahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment