Wednesday, November 12, 2008

BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT

Wak tak tahu motif sebenar atau rasionalnya Rafidah mahu menyerahkan ‘tongkat’ Ketua Wanita kepada Sharizat pada Jun 2009. Mengapa tidak diselaraskan sahaja pada Mac 2009 yang selari dengan UMNO pusat, Pemuda dan Puteri. Apa ertinya selepas 3 bulan baru serah jawatan? Jika diserahkan pada Jun, maka Sharizat hanya bertaraf Pemangku Ketua Wanita. Bila bertaraf memangku, sudah tentu ia kelihatan tidak kemas dan merumitkan keadaan kemudian hari.

Wak nak tanya, apa sukarnya jika peralihan dipercepatkan? Mengapa Rafidah mahu sulitkan keadaan?

Inilah dunia politik. Setiap manusia mempunyai kepentingan. Wak percaya Rafidah berbuat demikian kerana ada kepentingannya. Tetapi Wak nak ingatkan Rafidah, utamakan kepentingan parti dari kepentingan diri. Tak payah syok sendiri atau masih dalam alam khayalan bahawa aku masih kuat pengaruh dan siapa yang cabar aku akan tersungkur. Jumlah pencalonan yang diterima oleh Sharizat sudah cukup untuk membuktikan bahawa Rafidah kini sudah tidak sepopular mana.

Pada Wak, jika Rafidah masih berkeras tidak mahu berganjak, maka penyelesaian terbaik ialah melalui pertandingan dan biarkan Wanita yang menentukan siapa yang mereka mahu. Wak bimbang Rafidah akan mendapat malu besar jika kalah dalam pertandingan merebut Ketua Wanita. Jadi, untuk mengelak malu besar, Wak rasa eloklah Rafidah undur diri secara terhormat dan disanjung sebagai pemimpin wanita tersohor.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Wanita pun macam pemuda juga. Suka bergaduh :-)













Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Blog Pilihan Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com