Friday, November 21, 2008

HENTIKAN FITNAH

Wak bukan seorang penyokong kuat Najib. Tapi dalam masa yang sama Wak tidak juga penentang kuat beliau. Wak hormati Najib kerana beliau seorang pemimpin Negara. Tetapi sebagai manusia biasa, Wak juga biasa bedal beliau dalam beberapa hal. Itu biasalah bagi Wak kerana Wak dah kata, kalau sesiapa yang Wak nampak buat tak betul, Wak akan bedal.

Semalam Wak berpeluang mendengar luahan hati Razak Baginda mengenai apa yang dialaminya. Seperti biasa Wak dah standby akal dan minda Wak untuk tidak mempercayai apa yang akan diperkatakan oleh beliau. Tetapi Wak tetap nak dengar juga kerana kalau kita tak dengar, kita akan ketinggalan berita terkini berhubung dengan kes beliau. Wak cuba untuk berlaku adil kepada beliau walaupun Wak dah label beliau dengan label tertentu.

Wak cuba tidak menutup akal dan deria akan kata-kata yang diluahkan Razak Baginda. Wak terus mendengar dari ayat ke ayat akan pengakuan beliau. Dan akhirnya, Wak dah mula rasa bersalah pada diri Wak kerana Wak terlalu naif mengenai kes ini. Wak tak tahu siapa yang benar atau tidak. Tetapi Wak terlalu awal menghukum Razak dan Najib.
Selama ini Wak terpengaruh dan mempercayai cakap pembangkang tentang penglibatan Najib dengan kes Altantuya. Mula-mula tak percaya juga. Tapi bila dah beribu-ribu kali mendengar, maka terdetik juga di hati Wak untuk mempercayai bahawa Najib memang ada kaitan dengan kes tersebut. Tapi bila Razak Baginda membuat sidang media petang tadi, Wak mula menyesal akan pegangan Wak selama ini.

Sebenarnya Wak mempercayai penglibatan Najib bila mendengar hujah pembangkang. Tetapi pembangkang tidak mengemukakan bukti kukuh. Hanya gambar illusi Najib bersama Altantuya sahaja yang Wak lihat. Selain dari itu tidak ada. Wak mula bingung. Islam tidak membenarkan kita mencemuh seseorang secara melulu dan tanpa bukti.

Tiba-tiba badan Wak terasa seram sejuk. Astagfirullah. Jika perkara ini tidak benar, maka ini bermakna Wak dah termakan fitnah. Dalam Al-Quran, fitnah sangat besar dosanya. Tetapi Wak terasa lega kerana Wak tak sebarkan fitnah. Wak hanya mendengar dan mempercayai fitnah. Wak dah dapat satu pengajaran besar. Lain kali kalau nak mempercayai sesuatu perkara, selidiki dulu dan setelah bukti terserlah, barulah boleh percaya. Jangan percaya dulu dan cari bukti kemudian.

Wak tak tahu apa akan terjadi diakhirat nanti kepada mereka yang melempar fitnah kepada Najib. Fitnah yang dilempar telah dipercayai oleh berjuta-juta orang. Wak salah seorang yang mempercayai fitnah tersebut. Tidakkah mereka takut kepada seksaan Tuhan kelak? Cuba perkara itu berlaku kepada kita. Apa yang akan kita rasa? Terseksa dan menderitalah jawabnya.
Wak secara rasmi ingin memohon maaf kepada Najib kerana mempercayai fitnah tersebut. Wak tak tahu benar atau tidak perkara ini. Kalau benar, Wak tak dapat apa-apa. Kalau tak benar, Wak akan berdosa. Wak tak mahu menanggung dosa di akhirat kelak. Wak dah tak mahu lagi bersubahat dengan puak-puak yang tak takut dosa walaupun mereka mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.
Demi kepentingan politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Wak pun dah dengar pengakuan dan sumpah Najib "Wallahi, Wabillahi, Wattallahi" bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. Orang yang tuduh Najib tak berani sumpah pula. Wak nak percaya kepada siapa?? Kepada mereka yang berani bersumpah dengan nama Tuhan atau kepada mereka yang mencari seribu satu helah untuk tidak mahu bersumpah. Astagfirullahhalazim. Astagfirullahhalazim. Astagfirullahalazim.

Maafkan Wak Najib.



Bersama ini Wak sertakan bersama kenyataan penuh Razak Baginda kepada pihak Media. Wak tak kisah kalau ada pihak yang tidak mempercayai kata-kata Razak Baginda. Tapi tak rugi jika kita memohon maaf kepada Najib daripada terus menanggung dosa memfitnah dan menerima azab diakhirat kelak. Kalau Najib buat dosa, beliau juga akan menerima habuan diakhirat kelak.


lzinkan saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada sdr/sdri sekalian di atas kehadiran sdr/sdri pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu sdr/sdri sebelum ini. lzinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdullah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara sdr/sdri sebagai seorang yang bebas.
Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.
Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan. Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan.
Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sungguh bertuah. Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang rnenjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir.
Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum dipenjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad. Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda bermakna kepada saya dan keluarga saya.
Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah berkerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri.
Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas. Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna. Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya.
Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisma yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka. Tidak ada perkataan yang rnarnpu rnenyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang di lalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar. Beberapa pihak telah membuat yang bersepadu untuk rnemutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap.
Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya".Saya akui saya sendiri merasa terperanjat rnenyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesungkan pandangan sedemikian ramai orang. Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini.
Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Orangramai diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya. Saya terperangkap dalam situasi "dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu".
Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apapun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun di ceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.
Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawap menegakkan kebenaran rnengatasi kepalsuan. Bagi saya, rnengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggung jawap. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan". Ahli Media Sekalian, Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Dato Sri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri dan isterinya.
Saya tahu bahawa Dato Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilernparkan kepada TPM dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Sdr/Sdri mungkin cukup mengenai perbicaraan kes masih berlangsung.
Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak rnenyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin rnenjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga simati keatas kehilangan rnereka.

Wednesday, November 12, 2008

BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT

Wak tak tahu motif sebenar atau rasionalnya Rafidah mahu menyerahkan ‘tongkat’ Ketua Wanita kepada Sharizat pada Jun 2009. Mengapa tidak diselaraskan sahaja pada Mac 2009 yang selari dengan UMNO pusat, Pemuda dan Puteri. Apa ertinya selepas 3 bulan baru serah jawatan? Jika diserahkan pada Jun, maka Sharizat hanya bertaraf Pemangku Ketua Wanita. Bila bertaraf memangku, sudah tentu ia kelihatan tidak kemas dan merumitkan keadaan kemudian hari.

Wak nak tanya, apa sukarnya jika peralihan dipercepatkan? Mengapa Rafidah mahu sulitkan keadaan?

Inilah dunia politik. Setiap manusia mempunyai kepentingan. Wak percaya Rafidah berbuat demikian kerana ada kepentingannya. Tetapi Wak nak ingatkan Rafidah, utamakan kepentingan parti dari kepentingan diri. Tak payah syok sendiri atau masih dalam alam khayalan bahawa aku masih kuat pengaruh dan siapa yang cabar aku akan tersungkur. Jumlah pencalonan yang diterima oleh Sharizat sudah cukup untuk membuktikan bahawa Rafidah kini sudah tidak sepopular mana.

Pada Wak, jika Rafidah masih berkeras tidak mahu berganjak, maka penyelesaian terbaik ialah melalui pertandingan dan biarkan Wanita yang menentukan siapa yang mereka mahu. Wak bimbang Rafidah akan mendapat malu besar jika kalah dalam pertandingan merebut Ketua Wanita. Jadi, untuk mengelak malu besar, Wak rasa eloklah Rafidah undur diri secara terhormat dan disanjung sebagai pemimpin wanita tersohor.

Saturday, November 8, 2008

KEADILAN DAN KEBEBASAN AKHBAR

Wak rasa lucu dan ketawa sorang-sorang bila membaca kenyataan Ahli Parlimen Gombak (PKR), Mohamad Azmin Ali yang mahu larangan Utusan Malaysia membuat liputan di Dewan Rakyat kerana mendakwa Utusan menjadi ejen propaganda UMNO. Wak tak pasti apa maksud propaganda. Adakah kerana pendapat Utusan yang selari dengan kerajaan dianggap sebagai propaganda. Kalaulah itu maksudnya, maka pada Wak itu tak ada apa-apa masalah. Kan negara kita bebas untuk mengeluarkan pendapat. Kan inilah yang selama ini diperjuangkan oleh Keadilan. KEBEBASAN BERSUARA.

Tapi bila pandangan Utusan tak selari dengan PKR, maka jangan benarkan Utusan buat liputan. Jadi apa maksudnya kebebasan bersuara yang dilaungkan selama ini. Wak cukup bimbang dengan situasi ini. Wak bimbang kerana jika PKR belum dapat kuasa pusat sudah pun mempunyai mentaliti sebegini, nanti jika memerintah Malaysia pasti banyaklah syarikat akhbar akan ditutup. Inilah nama kebebasan suara PKR.

Wak rasa Azmin Ali tak payahlah cakap tentang kebebasan bersuara kalau setakat benda yang kecil sebegini pun dah nak melalut. Cuba kita lihat akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Apa yang mereka tak kata kepada kerajaan? Lebih dahsyat dari Utusan. Malah akhbar tersebut satu ketika dulu pernah mengaitkan dengan kenyataan Anwar diracun dengan racun Arsenik. Tapi Wak lihat Anwar masih hidup sihat sekarang. Itulah fitnah yang lagi dahsyat.

Pada Wak, kenyataan Azmin Ali ternyata memperlihatkan sikap tidak matang walaupun parti itu mendabik dada mahu menjuarai kebebasan media. Malah mereka bersikap seperti keanak-anakan dengan memboikot media dan memperlekehkan soalan wartawan akhbar yang tidak selari dengan pendirian mereka. Itu belum ada kuasa memerintah. Bayangkan jika PKR memerintah. Entahlah.

Wednesday, November 5, 2008

TINDAKAN PEMBANGKANG MERUGIKAN RAKYAT DAN NEGARA

Wak merasa pelik melihat gelagat pihak pembangkang yang keluar beramai-ramai semasa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion di parlimen semalam. Wak bukan nak membela Menteri Kewangan tetapi Wak rasa tindakan pembangkang jelas memperlihatkan betapa mereka tidak profesional dan tidak ada kesabaran untuk membahaskan ucapan Menteri Kewangan sehingga akhirnya mereka langsung tidak memberi apa-apa sumbangan dan komitmen terhadap apa yang dibangkitkan. Pada Wak, ini merupakan satu tindakan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembangkang yang konstruktif dan bertanggungjawab

Pada Wak, biarlah Menteri Kewangan habis dulu pembentangan tersebut kerana jika tidak dibentangkan secara penuh, maka kita tidak akan faham pakej ini dalam konteks menyeluruh. Ini sangat penting kerana kita perlu tahu secara menyeluruh apakah usaha kerajaan untuk mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar. Tindakan pembangkang yang tidak sabar dan sibuk membuang masa membangkitkan soal peraturan sidang Dewan Rakyat telah mengganggu pembentangan tersebut.

Tindakan pembangkang yang diketuai oleh DSAI yang keluar dari sidang dewan selepas yang Dipertua Dewan Rakyat memerintah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu Tian Chua keluar kerana terus menerus ingkar pada arahannya serta mengganggu ucapan Menteri Kewangan jelas memperlihatkan apakah mereka ini berjuang untuk rakyat atau hanya melayan emosi sikap degil dan kepentingan politik sempit. Alasan mereka ialah kerana tidak berpuas hati kerana tidak diberikan kebenaran untuk mencelah penggulungan yang dibuat oleh Najib. Dato Seri Najib di awal penggulungannya telah menjelaskan, beliau hanya akan memberi laluan kepada Ahli Parlimen meminta penjelasan setelah beliau selesai membentangkan langkah-langkah tambahan Bajet 2009. Bukan tak bagi laluan, tapi biarlah selesai pembentangan.

Itulah mentaliti dan imej sebenar pembangkang di Malaysia. Wak kecewa kerana pembangkang masih membawa cara lama dalam berpolitik. Kalaulah ini caranya, sampai bila kita nak jadi warga pemikir dan pejuang rakyat kelas pertama. Wak nak seru kepada semua Ahli parlimen sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang supaya mengubah cara berfikir semasa berbahas. Janganlah membiarkan rakyat keletihan dengan terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan kepentingan rakyat. Tindakan berpolitik secara berlebihan sudah tentu akan merugikan rakyat dan negara. Fokuslah kepada suara dan kehendak rakyat kerana rakyat yang meletakkan mereka di Parlimen. Elakkan daripada memperjuangkan isu-isu yang tidak relevan dengan rakyat.