Monday, August 31, 2009

ISA MASIH RELEVAN

Ekoran insiden mengarak kepala lembu ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam beberapa hari yang lalu, terdapat beberapa pihak dalam pembangkang dan juga blog pro pembangkang mahukan supaya pihak yang terlibat perarakan tersebut dikenakan ISA. Misalnya, pemimpin pembangkang merangkap Exco Selangor, Rodziah Ismail telah mengesyorkan supaya mereka ini dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Wak dah mula pening dengan tindakan pembangkang yang tidak konsisten. Kejap minta ISA dimansuhkan. Kejap mahu ISA dikekalkan. Kalau kena kat geng dia, ISA itu zalim. Tapi bila kena kat geng musuh dia, oh..ISA itu baik. Begitulah realitinya dunia politik.

Wak percaya, jika pembangkang dapat membentuk kerajaan pada 2004 atau 2008, ISA tidak akan dihapuskan. Negara kita masih memerlukan ISA. Kalau tidak kerana ISA, negara yang kita bina ini sudah lama hancur, terutama dalam isu-isu yang melibatkan perkauman. Hari ini dunia liberal Barat juga mengakui akan pentingnya undang-undang pencegahan dalam memelihara keselamatan. Sejarah telah menunjukkan bahawa ISA telah menyelamatkan negara kita beberapa kali dari api perkauman.

Cuba kita renung sekejap. Jika ISA sudah tiada, sudah tentu puak-puak tertentu akan bermaharajalela. Mereka tidak lagi takut untuk melakukan sesuatu yang lebih besar jenayahnya. Undang-undang pencegahan sudah tidak wujud lagi.

Wak selalu dengar pesan doktor. Kalau kita tidak mahu dijangkiti dengan sesuatu penyakit, kita kena mengambil tindakan pencegahan. Jangan sampai dah kena baru nak cegah. Pada masa itu tak ada apa yang boleh dibuat lagi.

Dalam konteks ‘penyakit’ negara, pun perlu kepada langkah pencegahan. Bagi mereka yang suka menimbul kekacauan atau mencetus konflik berpanjangan untuk mencapai cita-cita tertentu, maka mereka akan terus menerus akan cuba membangkitkan kekacauan demi kekacauan. Jika keadaan ini berterusan, maka ini akan mendatangkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan kehidupan rakyat dan negara. Oleh itu perlu ada ubat untuk mencegah penyakit tersebut. Ubatnya pencegahannya ialah ISA.

AlMaunah contohnya. Jika tidak ada ISA, Wak tak tahu apa akan terjadi. Mungkin kita sekarang ini dah jadi macam Indonesia dengan siri pengeboman.

Sekarang dengan adanya ISA pun ada pihak sudah tunjuk ’samseng’ dengan berani melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dan perlembagaan negara. Jika tidak ada ISA, sudah tentu sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku.

Jika tanpa ISA selepas ini, mungkin ada pula gerakan untuk mansuhkan Islam sebagai agama Persekutuan dan jadikan semua agama adalah agama negara atau pun gerakan mansuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa ini, barulah rakyat sedar betapa perlunya ISA.

Kita kena ingat bahawa ISA diwujudkan demi keamanan dan ketenteraman negara. ISA mampu menyekat ataupun mengelakkan sesuatu perkara yang boleh membahayakan rakyat dan negara.

Pada Wak mudah saja. Orang yang takut dengan akta ini adalah orang yang selalu menimbulkan masalah.

Sunday, August 23, 2009

KEMANA NIK AZIZ NAK BAWA AGAMA ISLAM?

Semakin banyak Nik Aziz bercakap, semakin terdedah siapa sebenarnya Nik Aziz. Semakin hari semakin ramai yang terkeliru dan mula mempersoal apakah Nik Aziz ini seorang ulama yang sejati atau ulama politik. Kenyataan yang dibuatnya kebelakangan ini cukup mengelirukan. Apatah lagi kenyataan tersebut dibuat menjelang pilihan raya di Permatang Pasir.


Nampaknya nafsu politiknya sudah tidak dapat dibendung Semakin jelas bahawa Nik Aziz lebih utamakan kuasa dari melakukan sesuatu yang boleh memberi impak positif terhadap agama Islam sepertoi pertautan persaudaraan dalam kerajaan perpaduan.


Hati Nik Aziz sekarang ini sudah terlalu keras. Dendamnya sudah tidak berkesudahan. Wak rasa sudah tiba masanya pemimpin PAS yang lain untuk tidak memperdulikan lagi apa-apa msaranan Nik Aziz yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.


Biarkan Nik Aziz dengan dunianya. Marilahlah kita perkuatkan lagi tali persaudaraan sesama Islam yang selama ini cukup mendukacitakan. Kembalilah kita kepada seruan memperkukuhkan tali persaudaraan sesuai dengan ajaran Islam yang sebenar yang berbunyi:


“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Ali Imran: 103);


”Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.” (Ali Imran: 105)’


“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu (Muhammad) terhadap mereka.” (al-An’am: 159).


وَلاَ تَخْتَلِفُوْا فَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ اخْتَلَفُوْا فَهَلَكُوْا.
“Dan janganlah kamu berselisih, karena sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah berselisih, maka dari itu mereka binasa.” (Shahih Bukhari, hadits no. 2410).


Wak yakin tanggapan bahawa Nik Aziz adalah ulama tersohor adalah salah. Mustahil ulama tersohor tidak mahu melihat umat Islam bersatupadu. Jauh lagi kalau nak cakap benda merepek seperti Tuhan Mencarut, boleh kawan dengan syaitan, penyokong UMNO tak masuk syurga dan terakhir berkonfrantasi dengan Majlis Fatwa.

Tak payahlah lagi kita melayan orang yang tak mahu mengikut ke jalan Islam sebenarnya walau apapun statusnya kini.

Waalahualam.

Saturday, August 22, 2009

LAKONAN, TIPU DAYA DAN MUSLIHAT DALAM POLITIK

Kebelakangan ini Wak lihat politik Malaysia nie macam dengan cerita Hindustan. Macam-macam ada. Wak seakan-akan sedang menyaksi pelakon-pelakon sedang beraksi dalam sebuah filem yang hebat. Dalam menyaksikan filem tersebut,ada masanya Wak rasa sedih, ada masanya Wak ketawa dan ada masanya Wak marah. Apapun, inilah realiti dunia politik hari ini. Penuh dengan lakonan.

Dalam politik, lakonan adalah sebahagian dari strategi. Lagi baik lakonan seseorang, lagi dekat dia akan mencapai matlamatnya. Biasanya dalam politik, matlamat seseorang atau sesebuah pertubuhan siasah ialah untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepadanya. Jika lakonannya hidup dan menarik, maka rakyat akan memberi sokongan kepadanya. Jika tidak, siapa akan peduli.

Pada satu ketika dulu, seorang jeneral sebuah parti politik telah berjaya memperdayakan rakyat dengan lakonannya yang begitu berkesan. Beliau memggambarkan dirinya sedang sakit tenat sehingga hendak berdiripun kena papah. Rakyat mengalir airmata kerana melihat betapa sengsaranya pemimpin tersebut. Sakit belakangnya hanya boleh diubat di luar negara. Jeneral tersebut juga dikatakan terkena racun arsenik. Dikhalayak ramai, sakitnya bertambah menjadi-jadi. Tapi yang hairannya, bila berada dalam biliknya, boleh pula berdiri sendiri, boleh berjalan kesana kemari tanpa bantuan dan boleh ketawa lagi.

Hari ini, lakonan jeneral tersebut telah diwarisi oleh anak-anak buah dan rakan seangkatan dengannya. Ada yang jatuh sendiri tetapi kata orang lain yang menyebabkan dia terjatuh. Lepas itu, cakap patah tangan dan berbalut lengan ke mahkamah menggunakan kerusi roda untuk mendapat simpati dan publisiti.

Tak sampai seminggu, datang lagi ke mahkamah terhencut-hencut menggunakan bantuan alat sokongan kaki. Tapi kali ini lakonannya tidak berapa hidup. Sebahagian besar kawan Wak yang menyaksikan peristiwa tersebut dalam TV ketawa terbahak-bahak. Bukan apa. Sepatutnya dia kena belajar dari mentornya dulu bagaimana nak menjiwai sesuatu watak dengan berkesan. Wataknya amat kaku dan dilihat berpura-pura sakit. Tapi tak kelihatan sakitpun. Cara dia berjalan menggunakan alat bantuan pergerakan kakipun dan nampak temberangnya. Mana mungkin orang sakit kaki jalan pantas. Mungkin dia tak boleh melakukan sebagaimana mentornya lakukan. Lakonannya gagal. Ramai yang menyampah melihatnya.

Wak percaya, lakonan ini akan berterusan. Terserahlah kepada orangramai sama ada nak melihatnya sebagai suatu lakonan atau kebenaran. Wak rasa rakyat dah cukup matang untuk menilai sesuatu.

Tuesday, August 18, 2009

NIK AZIZ WAL MARAPU AL MERACAU

Wak rasa Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dah bekerjasama dengan kawannya yang bernama syaitan. Kan dia kata boleh kawan dengan syaitan. Wak kata macam tu pasal akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi Nik Aziz membuat 'fatwa' yang menyeleweng. Terakhir, beliau berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya lagi terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno. "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Siapa awak wahai Nik Aziz yang boleh menentukan seseorang itu boleh masuk ke syurga atau neraka? Yang boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka hanya Allah swt. Nik Aziz pun belum tentu masuk syurga. Banyak dosa yang Nik Aziz buat. Tak payah tanya apa dosa-dosa Nik Aziz. Bacalah tulisan Wak yang lalu.
Wak rasa sudah sampai masanya Jabatan Agama Islam mengambil tindakan kepada Nik Aziz yang sudah melampaui batas-batas agama. Wak berharap pihak berkuasa agama janganlah pilih bulu atau takut mendakwa Nik Aziz atas tuduhan mencemarkan kesucian agama Islam. Tuduhan yang dibuatnya terhadap UMNO amat serius dan berbentuk pembohongan serta pendustaan. Jika kita masih takut nak ambil tindakan terhadap Nik Aziz, maka percayalah cakap Wak. Nik Aziz akan lebih banyak melakukan pendustaan dan lebih banyak merapu.
Ya Allah ya Tuhanku. Bukalah hati Nik Aziz. Kembalikanlah beliau ke pangkal jalan. Janganlah biarkan dia terus menerus melakukan sesuatu yang merugikan agamamu yang suci ini seperti kenyataanya bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam. Berikanlah kepadanya kekuatan untuk kembali ke ajaran agama Islam yang sebenar. Janganlah biarkan dia terus menerus melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan perpecahan demi perpecahan dalam kalangan penganut agamamu. Bukalah hati pengikutnya supaya tidak menurut kata-katanya yang dusta itu. Perkuatkanlah perpaduan antara kami umat Islam supaya boleh kami junjung agamamu dan perkembangkan syiar Islam. Elakkanlah kebencian kami sesama Islam kerana ini akan membawa bencana. Amin.

Saturday, August 15, 2009

Kenyatan Nik Aziz Boleh Jadi Punca Rusuhan Kaum

Wak semakin pening dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz. Terakhir, Mursyidul Am Pas itu tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana menurutnya parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Wak nak Tanya Nik Aziz, apakah jika kefahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam tidak mendalam maka ini membolehkan mereka terus menerus menghuna Islam? Ayat mana yang Nik Aziz petik dalam Al Quran dalam hal ini? Tolong buktikan.

Kenyataan ini jika disambut oleh orang-orang bukan Islam dengan terus mempertikai dan mmenghina agama Islam, maka sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang hati di kalangan orang Islam yang cintakan agama suci ini. Akhirnya apa akan berlaku????

Wak sendiripun kalau orang bukan Islam menghina agama Wak, menghina Nabi Wak, pasti Wak akan melenting. Takkan nak tengok macam tu saja. Kesabaran ada hadnya. Tapi kalau sampai orang bukan Islam nak menghina agama, Wak dah tak boleh tahan. Wak sanggup mati jika orang mempersendakan dan menghina agama Wak. Mana boleh menghina Tuhan Wak. Perkara ini jika tidak dibendung, sudah pasti akan berlaku rusuhan kaum dan agama.

Wak percaya ramai lagi orang yang sependapat dengan Wak. Kenyataan Nik Aziz boleh memberi kesan terhadap perpaduan kaum yang selama ini hidup hormat menghormati antara satu sama lain. Kenyataan Nik Aziz boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Kalau masing-masing kaum menyambut kenyataan Nik Aziz, maka negara yang dibina berasaskan tolak ansur antara kaum akan musnah sekelip mata.

Nik Aziz perlu ingat. Isu yang melibat agama amat sensitif. Jangan bermain dengan api. Kalau apa-apa berlaku nanti, Nik Aziz perlulah bertanggungjawab. Jangan lepas tangan. Nik Aziz perlu bertanggungjawab sama ada di dunia mahupun diakhirat. Ingat...kerana pulut santan binasa. Kerana mulut Nik Aziz, negara boleh binasa.

Nik Aziz inilah sebenarnya yang banyak menghina agama Islam. Hari ini dia kata DAP boleh menghina agama Islam. Dulu dia kata Tuhan mencarut, boleh berkerjasama dengan syaitan dan banyak lagi. Wak nak nasihatkan Nik Aziz. Banyak berigtifar dan kembalilah ke landasan agama Islam yang sebenar. Jangan kelirukan lagi umat Islam dengan kenyataan karut dan tidak berfaedah. Janganlahlah bekerjasama dengan syaitan seperti mana kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini. Ingatlah kepada Allah banyak-banyak.

Wednesday, August 12, 2009

1MALAYSIA NAJIB DAN KEKACAUAN PEMBANGKANG

Sebagai pemimpin kepada rakyat berbilang kaum di negara ini, DS Najib sedang berusaha gigih untuk mempromosikan konsep 1Malaysia. 1Malaysia bermakna negara yang bersatu padu; bermakna perpaduan erat rakyat berbilang kaum dan agama. Seperti mana dijelaskan beberapa kali oleh DS Najib, perpaduan ini akan dicapai berdasarkan Perlembagaan Malaysia, berpandukan prinsip dan matlamat Rukun Negara.

Perpaduan merupakan teras utama dalam mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. DS Najib mempunyai impian yang tinggi iaitu mahu melihat rakyat yang dipimpinnya hidup dalam suasana aman dan damai, bersatu padu, maju dan sejahtera. Jika Malaysia ingin berjaya, agenda perpaduan perlu diberi keutamaan. Dengan perpaduanlah akan mewujudkan kestabilan negara dan diikuti dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi serta akan memberi faedah kepada rakyat jelata. Dalam lain perkataan perpaduan rakyat berbilang kaum ini merupakan pemangkin kepada pembangunan rakyat dan negara.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat pihak-pihak tertentu yang nampaknya cuba untuk menimbulkan suasana tegang dan ketidaktentuan dalam masyarakat. Bersikap kontra dengan apa yang dilaksanakan oleh DS Najib, kumpulan ini dilihat cuba untuk meretakkan perpaduan dalam rakyat Malaysia dengan menimbulkan pelbagai isu dan spekulasi. Dari kekacauan demonstrasi GMI, diikuti spekulasi kematian Teoh Beng Hock dan serangan kepada isteri DS Najib, kini pembangkang sudah sampai ke tahap memainkan isu peringkat zon bahaya iaitu menggunakan isu perkauman dan agama seperti yang disuarakan oleh Jeff Ooi, Loke Siew Fook dan Ronnie Liu.

Tatkala DS Najib melakukan sesuatu yang positif melalui satu konsep 1Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia dengan penuh harapan dan kegembiraan, pihak pembangkang dilihat cuba untuk terus menerus menimbulkan kekecohan, kekalutan, kesangsian, huru hara, dan ketegangan dalam kalangan masyarakat. DS Najib ajak rakyat buat baik. Pembangkang ajak rakyat melakukan sesuatu yang boleh membawa bencana dan kesengsaraan kepada rakyat dan negara.

Wak faham bahawa kebelakangan ini pembangkang terasa tertekan kerana rata-rata rakyat sudah menunjukkan reaksi positif, terutama konsep 1Malaysia. Maka ini sudah tentu akan merugikan pembangkang, kerana pengaruh mereka di kalangan rakyat terutama yang di atas pagar semakin merosot. Jadi untuk meneruskan survival politik mereka, maka sesuatu harus dilakukan. Dan sesuatu itu dilihat sebagai matlamat menghalalkan cara.

Wak Cuma nak bagi tahu pembangkang. Jika sekalipun nak berpolitik, janganlah berpolitik sepanjang masa yang boleh memudaratkan rakyat dan negara. Selepas pilihan raya, rakyat telah buat keputusan. Biarlah kerajaan yang dibentuk melaksanakan program pembangunan negara. Jika hari-hari nak berpolitik, bila masa pula nak tumpukan usaha menjaga rakyat dan usaha pembangunan negara. Kalau nak dapatkan kuasa, tunggulah pilihan raya umum akan datang. Berkempenlah sepuas-puasnya.