Nampaknya Nik Aziz dah naik angin satu badan berhubung dengan kerajaan perpaduan. Semalam angin Nik Aziz sekali lagi berangin. Kali ini dia ajak Najib berdebat pula menerusi apa yang disebutkan sebagai 'mujadalah'.
Wak rasa sudah sampai masanya Nik Aziz untuk tidak lagi menyalahkan UMNO 100 peratus berhubung kegagalan melaksanakan sesuatu yang dianggap Islamik oleh PAS. Nik Aziz pun sedia maklum bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, adakah mampu PAS selaku parti gabungan pakatan tersebut melaksanakan sistem Islam dalam pemerintahan tersebut.
Wak nak ambil sedikit ayat yang keluar dari mulut Nik Aziz sendiri dalam harakah online bertarikh 29 Jun 2009. "Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam” (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya). Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah.
Wak amat kagum dengan kesungguhan Nik Aziz mempertahankan Islam. Tetapi yang wak nak tanya Nik Aziz, fasal apa nak tegakkan Islam hanya UMNO saja yang jadi sasaran? Apakah selama ini UMNO langsung tidak mencuba atau melakukan sesuatu yang dilihat Islamik? Mengapa Nik Aziz tak serang DAP yang senantiasa mempermainkan Islam seperti kata Karpal singh ‘langkah mayat aku dulu jika nak buat undang-undang Islam dan tubuh negara Islam di Malaysia’? Mengapa Nik Aziz tak hentam PKR yang tidak guna Islam dalam perjuangannya dan tidak menyatakan secara jelas untuk menyokong undang-undang Islam.
Pernah kah Nik Aziz memuji apa yang UMNO lakukan untuk Islam selama ini?. Sedarkah Nik Aziz bahawa Kerajaan yang diterajui oleh UMNO telah melakukan banyak perkara untuk Islam tetapi tidak mencanang seperti yang PAS canang. Bukankah kerajaan UMNO telah mendirikan beribu-ribu masjid dan surau di seluruh negara. Jika tak buat, PAS akan cakap UMNO tak prihatin. Bila buat, lain pula tohmahan di buat.
Kerajaan UMNO juga telah bertindak melaksanakan banyak perkara yang boleh membantu dan meningkatkan syiar Islam seperti menubuhkan Tabung Haji, Institusi Baitulmal, JAKIM, IKIM, Muzium Islam, Pusat Islam bahkan membina masjid yang indah di beberapa tempat seperti Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah Persekutuan dan lain-lain.
Begitu juga dengan Sistem Perbankan Islam dan insurans Islam dan beberapa instrumen Islam dalam beberapa bidang tertentu, menjadikan telah Malaysia model rujukan negara Islam lain. Sistem perbankan contohnya, 21 produk bank Islam telah berjaya diwujudkan antaranya al-Wadiah, al-Mudharabah, al-Musyarakah, al-Murabahah, al-Bai bithaman ajil, Bai’ul-salam, al-Ijarah, al-Bai al-ta’jiri, al-Wakalah, al-Rahn, al-Qardhul hassan dan al-Kafalah. Begitu juga Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Adakah kerajaan PAS,DAP atau PKR yang buat semua ini?
Begitu juga dalam sistem pendidikan. Bukankah kerajaan UMNO telah mewujudkan sekolah berasrama penuh bantuan kerajaan seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah dirancakkan lagi dengan lahirnya kolej-kolej dan Pusat–Pusat Pengajian Tinggi Islam milik kerajaan negeri dan swasta seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada 1980, Kolej Islam Melaka (KIM) pada 1994, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) ada 1996, Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI) pada 1997 dan Jamiah Islamiah Sultan Ismail Petra (JAIPETRA) juga pada 1997.
Kerajaan UMNO juga telah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang ditubuhkan pada 1983 merupakan mercu pendidikan Islam di Malaysia. Pusat Pengajian Tinggi Islam ini mengadunkan pelbagai disiplin ilmu dengan kemantapan iman dan kefahaman Islam yang jelas, luas dan dinamik. Graduannya yang datang dari 73 buah negara melambangkan betapa mutu pendidikan dan kualiti tenaga pengajarnya diterima dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Dalam konteks penghayatan Al-Quran, Kerajaan pimpinan UMNO juga telah menubuhkan Darul Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan bagi melahirkan para hafiz dari kalangan lelaki dan wanita. Objektif jangka panjang kerajaan dengan terbinanya Darul Quran yang bernilai RM26 juta ini adalah untuk membekalkan para hafiz sebagai imam-imam masjid di seluruh negara. Apa yang lebih menariknya ialah institusi pengajian tinggi dalam bidang tahfiz al-Quran ini menerusi Diploma Tahfiz Al-Quran telah berjaya menyatupadukan semua maahad dan madrasah tahfiz al-Quran sama ada milik kerajaan negeri atau swasta di seluruh Malaysia khususnya dari segi kurikulum dan tempoh pengajian.
Aktiviti penghayatan al-Quran yang dilaksanakan oleh Kerajaan yang diterajui oleh UMNO ialah dengan menganjurkan Musabaqah Tilawah Al-Quran dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan juga Peringkat Antarabangsa. Penyertaan peserta dari negara-negara asing yang semakin bertambah dari tahun ke tahun menunjukkan sambutan yang menggalakkan dari masyarakat antarabangsa dan betapa Malaysia mendapat pengiktirafan dan penghormatan tertinggi di persada antarabangsa.
Apa yang lebih penting ialah perjalanan proses pemilihan qari dan qariah di Malaysia yang melalui peringkat kampung, mukim, daerah, negeri seterusnya kebangsaan sudah pasti disertai oleh ratusan qari dan qariah yang baik bacaan dan kefasihannya. Proses yang memakan masa berbulan-bulan ini sebenarnya telah memenuhkan ruang langit negara Malaysia dengan kemerduan bacaan ayat-ayat al-Quran. Begitu juga buminya dibasahi dan disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran. Suasana seperti ini sebenarnya mendekatkan negara kita dengan keberkatan daripada Allah s.w.t. lantaran menyuburkan ruang angkasa dan bumi permainya dengan mukjizat al-Quran.
Dalam konteks peningkatan syiar islam, kerajaan UMNO juga telah menganjurkan pelbagai acara sambutan dan perayaan setiap tahun seperti Majlis Sambutan Ma’al Hijrah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Nuzul Al-Quran, Israk Mikraj, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban, Musabaqah Tilawah Al-Quran, Pertandingan Menghafaz Al-Quran, Pesta Lagu-Lagu Dakwah dan sebagainya sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Program-program yang mencetuskan kesedaran dan keagungan kepada agama Islam yang seumpama ini sangat penting terutama bagi perjuangan ummah memartabatkan Islam di muka bumi ini.
Program dan aktiviti seperti ini adalah unsur pendidikan tidak formal yang sangat penting bagi menimbulkan rasa cinta kepada Allah, kasihkan Rasulullah s.a.w. dan semangat untuk mematuhi ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Usaha membangun kekuatan ekonomi Melayu yang dibuat oleh kerajaan UMNO contohnya adalah suatu usaha yang berterusan dan menepati tuntutan Islam. Islam melihat aspek kekuatan ekonomi adalah sesuatu keperluan yang sangat penting. Tanpa kekuatan ekonomi, bangsa Melayu yang juga Islam akan pincang dan akan dipinggirkan. Dan ini akan sekaligus menjadi agama Islam itu sendiri tidak dilihat sebagai agama yang berwibawa untuk membangun tamadun manusia. Islam adalah agama untuk umat manusia. Justeru itu jika bangsa Melayu menghayati pendekatan Islam dalam membangun ekonominya, ia sekaligus mampu memberi kesan yang positif kepada kesemua ahli masyarakat.
Pendekatan Islam yang dibawa oleh kerajaan UMNO adalah dalam membangun kekuatan ekonomi mengambil pendekatan pembangunan manusia secara syumur dan sepadu (harmoni) dalam kesemua aspek keperluan pembangunan manusia seperti kerohanian dan kebendaan; kepentingan individu dan tanggungjawab individu kepada masyarakat; kepentingan generasi sekarang dan keperluan generasi masa hadapan; menghayati akhlak dalam kegiatan ekonomi dan sebagainya. Pendekatan ini membolehkan kejayaan ekonomi dicapai secara mantap dan mampu memperoleh kejayaan secara berterusan kerana pencapaian tersebut dijayakan melalui fitrah kemanusiaan.
Sebenarnya selama ini terlalu banyak usaha-usaha kerajaan UMNO yang telah dibuat dan disokong bagi membawa pembangunan kepada umat Islam di Malaysia seperti penubuhan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Pusat-pusat Rawatan Islam, Kolej Kejururawatan Islam, Perpustakaan Awam Islam, Sijil Pengesahan Halal, Darul Sa’adah, Yayasan-Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam, Biro Bantuan Guaman, Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) dan sebagainya.
Sesungguhnya masa depan Islam di Malaysia sudah menampakkan cahaya kecemerlangannya dibawah kepimpinan UMNO. Rata-rata umat Islam negara ini merasa terjamin dan berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Islam yang sedang rancak dilaksanakan.
Tetapi pembangunan dan kemajuan umat tidak akan tercapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam. Bila ura-ura kerajaan perpaduan hendak dilaksanakan, berjuta-juta umat islam amat bergembira kerana dengan penyatuan ini sudah tentu akan memberi satu kesan terhadap keseluruhan umat Islam. Tapi sayang seribu kali sayang. Nik Aziz telah merencat dan menggagalkan usaha murni ini. Wak tak tahu mengapa Nik Aziz tak mahu melihat masa depan yang cemerlang umat islam di Malaysia.
Nah…Wak dah beri berbagai-bagai maklumat bahawa UMNO banyak melakukan untuk pembangunan Islam. Sebenarnya banyak lagi perkara yang Wak tak sentuh di sini apa yang kerajaan UMNO buat untuk kemajuan umat Islam di Malaysia. Sekarang kita nak dengar apa yang Nik Aziz buat untuk Islam. Adakah sama banyak dengan UMNO? Yang Wak tahu ialah konsep negara Islam yang dicanangkan oleh parti PAS kerap berubah dan lari dari tujuan asal kerana terpaksa tunduk kepada tuntutan pakatan Rakyat.
Lihatlah apa yang Nizar jawab semasa jadi MB Perak? Nizar dalam persidangan DUN Perak dilaporkan mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Isu penubuhan negara Islam ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan negara Islam.
Jawapan yang diberikan oleh Nizar ialah “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,”.
Kalaulah Pas dah tak nak lagi mendirikan negara Islam, tak perlulah menyalahkan UMNO.
Jika PAS kata UMNO tak laksanakan ajaran Islam sepenuhnya, mengapa Nik Aziz tak laksanakan dulu di negeri Pakatan Rakyat. PAS boleh cuba dulu di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Nak buat macam mana. Di Kelantan pun masih banyak maksiat berlaku.
Wak berharap Nik Aziz akan berhenti membuat tuduhan yang tidak berasas. Betullah kata Rais Yatim, buang masa saja jika berdebat dengan Nik Aziz. Tak payah cabar orang berdebatlah. Muhabah diri lebih baik dari melakukan sesuatu yang boleh merugikan lagi umat Islam di Malaysia.
Monday, June 29, 2009
Tuesday, June 16, 2009
UNTUK RENUNGAN SEMUA UMAT ISLAM
Dari Abi Zaid ra mengatakan : Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Pada hari kiamat nanti seorang laki-laki dihadapkan dan kemudian dilemparkan kedalam api neraka. Maka keluarlah segala isi perutnya dan ia berputar-putar seperti seekor khimar di putaran penggililingannya, kemudian berkumpul lah seluruh penghuni neraka dan bertanya padanya,
Ahli neraka : Hai Fulan, apa gerangan yang terjadi dengan dirimu? Bukankah kamu telah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari perbuatan jahat?
Ulama : Benar, aku telah menyuruh kepada kebaikan akan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya". (HR. Bukhari-Muslim).
Para ulama jahat ini dijadikan tontonan menarik bagi para penghuni neraka disebabkan oleh kedudukan mereka sewaktu didunia sebagai pewaris para nabi akan tetapi mereka mempermalukan nabi-nabi karena perbuatan mereka berlainan dengan ucapan mulut mereka.
Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". (QS. Ash-Shaf : 2-3).
WAK – BERSATULAH MELALUI KERAJAAN PERPADUAN
AMAN DI DUNIA, SEJAHTERA DI AKHIRAT
Kisah Ulama yang Fajir dan ‘Abid yang Jahil
Oleh : Al-Ustadz Abu Muhammad Harist
Siapa saja yang sudah mengenal al-haq tapi tidak mengamalkannya bahkan menyelisihinya, maka dia serupa dengan Yahudi. Dan siapa saja yang menginginkan kebaikan, beribadah tetapi tanpa didasari ilmu, maka dia serupa dengan Nashara. Sufyan Ats-Tsauri rahimahullahu berkata:
Siapa saja yang sudah mengenal al-haq tapi tidak mengamalkannya bahkan menyelisihinya, maka dia serupa dengan Yahudi. Dan siapa saja yang menginginkan kebaikan, beribadah tetapi tanpa didasari ilmu, maka dia serupa dengan Nashara. Sufyan Ats-Tsauri rahimahullahu berkata:
مَنْ فَسَدَ مِنْ عُلَمَائِنَا فَفِيْهِ شَبَهٌ بِالْيَهُوْدِ، وَمَنْ فَسَدَ مِنْ عُبَّادِنَا فَفِيْهِ شَبَهٌ بِالنَّصَارَى
“Siapa yang rusak di antara ulama kita maka dia serupa dengan orang Yahudi, dan siapa yang rusak di antara ahli ibadah kita, maka dia serupa dengan orang Nashara.”
Hal itu dikarenakan orang-orang Yahudi melakukan penyelisihan (penyimpangan) sesudah datang ilmu dan keterangan pada mereka; sudah mengetahui al-haq tapi tidak mengamalkannya. Sedangkan orang-orang Nashara tersesat karena kebodohannya; mereka beramal tanpa ilmu.
Di antara bentuk kerusakan ulama adalah berakhlak dengan akhlak orang-orang Yahudi, seperti:-
1) Mentafsir (mengubah-ubah) ayat/ hadits dari makna yang sebenarnya,
2) Menyembunyikan apa-apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, apabila di dalamnya terdapat sesuatu yang menghalangi ambisi/tujuan mereka,
3) Dengki kepada orang yang diberi karunia oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ingin membunuhnya,-
4) Membunuh orang-orang yang selalu menganjurkan bersikap adil di antara manusia dan yang mengajak kembali kepada Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka,-
5) Melakukan tipu muslihat (hilah) untuk meraih sesuatu yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan berbagai cara,-
6) Mencampuradukkan al-haq dengan kebatilan dan lain-lain.
Sedangkan kerusakan ahli ibadah seperti orang-orang Nashara– ialah dengan:-
1)Beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan hawa nafsunya, bukan dengan sesuatu yang dibawa oleh Rasul-Nya ‘alaihissalam,-
2) Melampaui batas (ghuluw) terhadap para tuan guru (masyayikh) sehingga menempatkan mereka pada posisi rububiyah (memiliki sifat-sifat dan kemampuan layaknya Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti mengetahui perkara ghaib, memberi keselamatan, karunia, dan sebagainya, pen.)
Walhasil, orang yang berilmu, apabila dia melakukan penyelewengan atau penyimpangan berdasarkan pengetahuan dan pemahamannya, berarti dia telah mengenal al-haq tapi menentangnya. Bisa jadi karena mengikuti hawa nafsu, atau mencari dunia, atau karena mengkhawatirkan dirinya sendiri. Sedangkan ahli-ahli ibadah yang tersesat, mereka itu tidak mengenal al-haq, mengada-adakan bid’ah lalu menambah dan mengurangi sebagian dari ajaran Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Friday, June 12, 2009
RENUNGILAH AYAT-AYAT ALLAH WAHAI NIK AZIZ – JANGAN TERLALU MENGIKUT NAFSU
“Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Ali Imran:103)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujuraat: 10)
“Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)
“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Hadith
Hadis Nabi saw bermaksud: “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)...” (Muttafak ‘alaihi)
وَلاَ تَخْتَلِفُوْا فَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ اخْتَلَفُوْا فَهَلَكُوْا.
“Dan janganlah kamu berselisih, karena sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah berselisih, maka dari itu mereka binasa.” (Shahih Bukhari, hadits no. 2410).
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ.
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, niscaya Dia menjadikannya faqih di dalam agama”. (Shahih Bukhari, hadits no. 7312)
KARPAL SINGH TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA
Wak tak tahu sama ada Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh sudah fikir masak-masak sebelum mengeluarkan kenyataan yangi meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Nampaknya Karpal seakan-akan sudah hilang kesabaran dengan kenyataan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Hj. Hadi Awang. Karpal juga cuba memperkecilkan keupayaan dan kekuatan parti PAS dengan menyatakan bahawa “Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.
Wak nak ingatkan Karpal Singh, jangan terlalu angkuh. Karpal mungkin dah lupa bahawa kemenangan Pakatan Rakyat baru-baru ini di beberapa negeri banyak disumbangkan oleh kekuatan jentera PAS. Tanpa sokongan PAS, apakah mungkin Pakatan Rakyat boleh menakluki Kedah, Kelantan, Perak dan P.Pinang dalam pilihan raya umum yang lalu?
Walaupun PAS menang 24 kerusi, namun kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah atas ihsan pengundi dan penyokong PAS. Kalau tidak kerana penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak ke mana. PKR langsung tidak mempunyai kekuatan grassroot. Semua kemenangan PKR adalah atas pengaruh PAS. Kalau tak percaya, dalam pilihan raya umum akan datang, cubalah lawan 3 penjuru antara BN, PAS dan PKR di semua kawasan pilihan raya yang majoriti Melayu. Sudah pasti PKR akan hanyut. Apa maksudnya?
Begitu juga di kawasan yang ditandingi DAP. Terdapat kawasan yang 50-50 antara Melayu dan bukan Melayu yang mana kawasan tersebut dimenangi oleh DAP. Jika PAS tidak membantu DAP, dah lama DAP hanyut. Cuba buka balik keputusan pilihan raya sebelum kewujudan Pakatan Rakyat. Hanya Kelantan dan Terengganu sahaja yang mampu dikuasai oleh pembangkang. Tetapi setelah termeterai perjanjian yang tidak diinstitusi sehingga wujudnya Pakatan Rakyat, maka Kedah, Perak, P.Pinang dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur dapat ditawan.
Ini bermakna pengaruh dan kekuatan PAS amat besar. Jika tidak kerana PAS, usah fikirlah DAP akan menang besar dalam pilihan raya yang lalu. Maka, apa perlunya Karpal Singh mahu memperkecil dan mengeluarkan kenyataan yang agak kasar terhadap PAS?
Pada Wak, sudah tiba masanya PAS bangun untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti yang kebelakangan ini diperkecilkan oleh DAP dan PKR. Balik lah kepada landasan awal yang memperjuangkan ke jalan Allah s.w.t. Jangan lah terikut-ikut sangat dengan rentak politik DAP dan PKR. Apakah PAS dah tidak boleh berdikari lagi? Sampai bila PAS nak mengikut telunjuk DAP dan PKR?
Saturday, June 6, 2009
TAHNIAH HJ HADI – IDEA KERAJAAN PERPADUAN
WAK INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA TOK GURU HAJI HADI YANG TELAH BERANI SECARA TERUS TERANG MEMPERTAHANKAN IDEA ATAU GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN YANG MENJADI TOPIK AGAK PANAS DALAM MUKTAMAR PAS.
SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR YANG LAIN, HJ HADI DILIHAT MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG PROFESIONAL DAN BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA. WALAUPUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG WAK TAK BERAPA SETUJU DENGAN HJ HADI, TAPI DALAM HAL INI WAK SOKONG 150%. WAK DAH KATA DARI AWAL-AWAL LAGI. JIKA PERKARA KEBAIKAN, WAK AKAN SOKONG. TAK KISAH SIAPA ATAU MANA PARTI POLITIK PUN.
WAK AMAT BERSETUJU DENGAN KERAJAAN PERPADUAN ANJURAN HJ HADI KERANA INI SAHAJA KAEDAH DAN CARANYA YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH NEGARA DAN MASALAH PERPADUAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DINEGARA INI. WAK MELIHAT GAGASAN INI BOLEH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA PIHAK.
RAKYAT SUDAH MUAK DAN BOSAN DENGAN PELBAGAI KERENAH DAN PERMAINAN POLITIK YTANG MELANDA NEGARA. DAH PENING KEPALA. DAH LETIH. ITULAH ANTARA KELUHAN RAKYAT. SEKARANG RAMAI YANG MAHUKAN SUPAYA NEGARA KEMBALI SEPERTI DULUKALA - AMAN, DAMAI DAN SEJAHTERA.
TAPI WAK TAK TAHU SAMPAI BILA IDEA KERAJAAN PERPADUAN INI DAPAT DILAKSANAKAN. HUSAM ( KRONI ANWAR) NAMPAKNYA AKAN LAWAN HABIS-HABISAN IDEA INI. MENGAPA? KERANA JIKA KERAJAAN PERPADUAN INI DIBENTUK, ANWAR TAK MUNGKIN JADI PERDANA MENTERI. NAMPAKNYA KEPENTINGAN PERIBADI MELEBIHI SEGALA-GALANYA. ORANG SEPERTI INILAH YANG HARUS KITA TOLAK.
SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR YANG LAIN, HJ HADI DILIHAT MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG PROFESIONAL DAN BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA. WALAUPUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG WAK TAK BERAPA SETUJU DENGAN HJ HADI, TAPI DALAM HAL INI WAK SOKONG 150%. WAK DAH KATA DARI AWAL-AWAL LAGI. JIKA PERKARA KEBAIKAN, WAK AKAN SOKONG. TAK KISAH SIAPA ATAU MANA PARTI POLITIK PUN.
WAK AMAT BERSETUJU DENGAN KERAJAAN PERPADUAN ANJURAN HJ HADI KERANA INI SAHAJA KAEDAH DAN CARANYA YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH NEGARA DAN MASALAH PERPADUAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DINEGARA INI. WAK MELIHAT GAGASAN INI BOLEH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA PIHAK.
RAKYAT SUDAH MUAK DAN BOSAN DENGAN PELBAGAI KERENAH DAN PERMAINAN POLITIK YTANG MELANDA NEGARA. DAH PENING KEPALA. DAH LETIH. ITULAH ANTARA KELUHAN RAKYAT. SEKARANG RAMAI YANG MAHUKAN SUPAYA NEGARA KEMBALI SEPERTI DULUKALA - AMAN, DAMAI DAN SEJAHTERA.
TAPI WAK TAK TAHU SAMPAI BILA IDEA KERAJAAN PERPADUAN INI DAPAT DILAKSANAKAN. HUSAM ( KRONI ANWAR) NAMPAKNYA AKAN LAWAN HABIS-HABISAN IDEA INI. MENGAPA? KERANA JIKA KERAJAAN PERPADUAN INI DIBENTUK, ANWAR TAK MUNGKIN JADI PERDANA MENTERI. NAMPAKNYA KEPENTINGAN PERIBADI MELEBIHI SEGALA-GALANYA. ORANG SEPERTI INILAH YANG HARUS KITA TOLAK.
Tuesday, June 2, 2009
Jangan Takut Gempar Anwar
Cerita bagaimana Anwar cuba mengumpan Anifah dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti mana yang didedahkan oleh Anifah telah mengundang saman RM100 juta. Anwar nampak sungguh marah kepada Anifah yang menurutnya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Wak tak tahu apa perkara sebenar berlaku. Apakah Anifah atau Anwar di pihak yang betul. Tetapi pada firasat Wak, tujuan Anwar menyaman RM100 juta hanyalah semata-mata retorik politik sahaja bagi menunjukkan dirinya bersih. Beliau cuba menggambarkan dirinya bersih dan tak pernah melakukan sesuatu yang tak selari dengan undang-undang negara. Apakah Anwar seorang yang terlalu ‘kudus’ dan tak pernah melakukan sebarang kesalahan dan tak pernah berbohong?
Wak masih ingat lagi bagai mana Anwar menguar-uarkan bahawa pada 16 September, kerajaan baru akan dibentuk apabila 30 orang Ahli Parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat (mungkin termasuk Anifah). Darihal kalau ikut Ahli-ahli Parlimen dari BN, mereka masih setia dengan BN. Pada 15 September, Anwar masih tetap konfiden dan membuat kenyataan bahawa keesokannya akan ada kerajaan baru.
Semua orang percaya.
Tapi bila 16 September muncul, habuk pun tak ada. Tidak ada kerajaan baru. Tidak ada Perdana Menteri Baru. Tidak ada kabinet baru. Tidak ada apa-apa berlaku. Yang ada hanya satu penipuan dahsyat yang dilakukan oleh Brother Anwar bin Ibrahim.
Pada peringkat awal, semua percaya cakap-cakap Anwar. Tapi selepas 16 September, semua tahu Anwar seorang pembohong besar.
Oleh itu, dalam kes Anwar saman Anifah, Wak percaya Anifah sedikit pun tak rasa takut. Mungkin saman ini hanya taktik gempar Anwar sahaja. Mereka kenal satu sama lain bukan setakat sehari dua. Masing-masing mengetahui rahsia antara satu sama lain.
Wak tak tahu apa perkara sebenar berlaku. Apakah Anifah atau Anwar di pihak yang betul. Tetapi pada firasat Wak, tujuan Anwar menyaman RM100 juta hanyalah semata-mata retorik politik sahaja bagi menunjukkan dirinya bersih. Beliau cuba menggambarkan dirinya bersih dan tak pernah melakukan sesuatu yang tak selari dengan undang-undang negara. Apakah Anwar seorang yang terlalu ‘kudus’ dan tak pernah melakukan sebarang kesalahan dan tak pernah berbohong?
Wak masih ingat lagi bagai mana Anwar menguar-uarkan bahawa pada 16 September, kerajaan baru akan dibentuk apabila 30 orang Ahli Parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat (mungkin termasuk Anifah). Darihal kalau ikut Ahli-ahli Parlimen dari BN, mereka masih setia dengan BN. Pada 15 September, Anwar masih tetap konfiden dan membuat kenyataan bahawa keesokannya akan ada kerajaan baru.
Semua orang percaya.
Tapi bila 16 September muncul, habuk pun tak ada. Tidak ada kerajaan baru. Tidak ada Perdana Menteri Baru. Tidak ada kabinet baru. Tidak ada apa-apa berlaku. Yang ada hanya satu penipuan dahsyat yang dilakukan oleh Brother Anwar bin Ibrahim.
Pada peringkat awal, semua percaya cakap-cakap Anwar. Tapi selepas 16 September, semua tahu Anwar seorang pembohong besar.
Oleh itu, dalam kes Anwar saman Anifah, Wak percaya Anifah sedikit pun tak rasa takut. Mungkin saman ini hanya taktik gempar Anwar sahaja. Mereka kenal satu sama lain bukan setakat sehari dua. Masing-masing mengetahui rahsia antara satu sama lain.
Cuma Anwar ini bijak sikit. Bila dia saman Anifah, maka persepsi orangramai melihat seakan-akan Anwar seorang yang berani kerana benar.
Tapi kita kena ingat, kes saman di mahkamah bukan dalam masa sehari dua ini. Mungkin dalam masa 4 atau 6 tahun lagi. Kalau kes ini berjalan cepat, pastinya Anwar akan gelabah juga rasanya. Wak nampak Anifah begitu relax dan tenang seakan-akan tidak sedikit pun takut dengan saman RM100 juta tersebut. Anifah tahu apa yang Anwar cuba buat. Dan yang pastinya, Anifah tahu di mana kelemahan Anwar.
Apa pun, sama-samalah kita tunggu.
Apa pun, sama-samalah kita tunggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)