Wak amat geli hati melihat satu artikel Anwar dalam blognya hari ini. Artikelnya berkisar dirinya yang terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group dan mesyuarat lembaga sepanjang hari. Seperti biasa Anwar cuba mengangkat dirinya dengan memberi gambaran dirinya amat penting diperingkat dunia.
Di samping mengangkat dirinya (masuk bakul angkat sendiri) dengan propaganda ciptaannya, beliau juga sempat menghentam Najib dengan menyifatkan Najib “tidak sabar lagi menunjukkan belang dan keangkuhan”.
Apa yang Wak kata menggelikan hati ialah diakhir para artikel tersebut, Anwar menulis: Saya turut menerima emel seorang teman mengatakan “begitu sukar sekali rakan-rakan perwakilan UMNO melupakan anda.”
Hahahaha…begitulah psywar Anwar. Pada pendapat Wak, sebenarnya Anwar yang sukar melupakan UMNO dan rindu dengan keriuhan perhimpunan Agong UMNO. Keinginan Anwar untuk kembali kepada UMNO sangat kuat kerana hanya dengan menyertai UMNO akan membolehkan Anwar dapat semula kuasa yang dicita selama ini. Tapi sayangnya UMNO sudah tidak mahu menerima Anwar.
No comments:
Post a Comment