Monday, March 30, 2009

PILIHAN RAYA DAN PUSING MEMUSING

Di Batang Ai, 2 calon akan bertanding. Di Bukit Selambau 15 calon turut mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat. Manakala di Bukit Gantang, menyaksikan pertandingan 3 penjuru.

Bagi penganalisis politik, mereka sedang membuat congakan siapa yang akan menang dalam pilihanraya ini. Bagi pengundi, mereka sedang memikir kepada siapa undi hendak diberi. Bagi petugas dan perayu parti, mereka akan bertungkus lumus untuk memastikan calon mereka menang.

Bagi kaki ekor, mereka juga sedang membuat percaturan dalam pilihan raya ini. Tetapi apa kaitan mereka dalam pilihanraya ini? Mereka juga ada tugas tetapi tugas mereka ialah untuk memusing nombor. Bukan nombor calon bertanding tapi nombor ekor.

Mereka sedang memusing-musing nombor untuk dijadikan pertaruhan judi ekor. 2 calon di Batang Ai, 15 calon di Bukit Selambau, 3 calon di Bukit Gantang. Mungkin nombor yang akan naik ialah 2153. Atau kalau dipusing jadi 3152. Atau jika dipusing lagi jadi 1532 atau 1523.

Apapun, jangan kepala jadi pusing sudahlah.

AMARAN DAN PERINGATAN: JUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM

ANWAR DAN UMNO - SIAPA YANG RINDU SIAPA

Wak amat geli hati melihat satu artikel Anwar dalam blognya hari ini. Artikelnya berkisar dirinya yang terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group dan mesyuarat lembaga sepanjang hari. Seperti biasa Anwar cuba mengangkat dirinya dengan memberi gambaran dirinya amat penting diperingkat dunia.

Di samping mengangkat dirinya (masuk bakul angkat sendiri) dengan propaganda ciptaannya, beliau juga sempat menghentam Najib dengan menyifatkan Najib “tidak sabar lagi menunjukkan belang dan keangkuhan”.

Apa yang Wak kata menggelikan hati ialah diakhir para artikel tersebut, Anwar menulis: Saya turut menerima emel seorang teman mengatakan “begitu sukar sekali rakan-rakan perwakilan UMNO melupakan anda.”

Hahahaha…begitulah psywar Anwar. Pada pendapat Wak, sebenarnya Anwar yang sukar melupakan UMNO dan rindu dengan keriuhan perhimpunan Agong UMNO. Keinginan Anwar untuk kembali kepada UMNO sangat kuat kerana hanya dengan menyertai UMNO akan membolehkan Anwar dapat semula kuasa yang dicita selama ini. Tapi sayangnya UMNO sudah tidak mahu menerima Anwar.

Thursday, March 26, 2009

KHAIRY – MENANG KETUA PEMUDA UMNO TAPI KALAH DI HATI RAKYAT

Wak amat hairan. Kemana sahaja yang Wak pergi, ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kemenangan Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Wak tak tahu sejauh mana luahan perasaan ini boleh dijadikan maklumbalas umum atau ianya hanya bersifat setempat sahaja. Jika ianya bersifat setempat, maka tidak ada apa-apa masalah kepada Khairy. Tetapi jika rata-rata rakyat tidak menyenangi Khairy atas jawatan Ketua Pemuda, maka UMNO akan menghadapi masalah besar.

Wak kata masalah besar kerana UMNO perlu memperkasa dan memperkuat kedudukannya setelah mengalami tsunami politik dalam pilihan raya yang lalu. Apa yang perlu dibuat ialah untuk mendapat semula kepercayaan orang ramai terutama golongan muda untuk terus menyokong UMNO dan kerajaan.

Jika Ketua Pemudanya sudah tidak disukai dan disenangi, macam mana Khairy nak tarik sokongan orang ramai kepada UMNO. Malah kemungkinan besar mereka akan menjauhkan lagi diri daripada UMNO atas faktor bencikan Khairy. Kalau rakyat sudah menjauh diri dari UMNO, maka UMNO akan terus kehilangan pengaruh dan sokongan dan akhirnya hanya akan tinggal sejarah.

Wak berharap pembaca yang melayari blog ini dapat memberi respon melalui komen. Soalan yang Wak nak tanya, adakah tuan-tuan dan puan-puan bersetuju pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kerjasama anda amat diharap. Terima kasih.

KHAIRY – MENANG KETUA PEMUDA UMNO TAPI KALAH DI HATI RAKYAT

Wak amat hairan. Kemana sahaja yang Wak pergi, ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kemenangan Khairy Jamaluddin dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Wak tak tahu sejauh mana luahan perasaan ini boleh dijadikan maklumbalas umum atau ianya hanya bersifat setempat sahaja. Jika ianya bersifat setempat, maka tidak ada apa-apa masalah kepada Khairy. Tetapi jika rata-rata rakyat tidak menyenangi Khairy atas jawatan Ketua Pemuda, maka UMNO akan menghadapi masalah besar.

Wak kata masalah besar kerana UMNO perlu memperkasa dan memperkuat kedudukannya setelah mengalami tsunami politik dalam pilihan raya yang lalu. Apa yang perlu dibuat ialah untuk mendapat semula kepercayaan orang ramai terutama golongan muda untuk terus menyokong UMNO dan kerajaan.

Jika Ketua Pemudanya sudah tidak disukai dan disenangi, macam mana Khairy nak tarik sokongan orang ramai kepada UMNO. Malah kemungkinan besar mereka akan menjauhkan lagi diri daripada UMNO atas faktor bencikan Khairy. Kalau rakyat sudah menjauh diri dari UMNO, maka UMNO akan terus kehilangan pengaruh dan sokongan dan akhirnya hanya akan tinggal sejarah.

Wak berharap pembaca yang melayari blog ini dapat memberi respon melalui komen. Soalan yang Wak nak tanya, adakah tuan-tuan dan puan-puan bersetuju pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kerjasama anda amat diharap. Terima kasih.

Tuesday, March 24, 2009

SAH…PAS SEMAKIN BERPECAH

Wak rasa ada sesuatu yang besar berlaku dalam PAS. Sepanjang Wak mengikuti perkembangan politik PAS, Wak tak pernah melihat pemimpin-pemimpin PAS menunjukkan ketidaksepakatan secara terang-terang. Biasanya jika terdapat perbezaan pendapat antara mereka, ianya akan diselesaikan dalam ‘kelambu’ PAS sahaja. Tetapi kebelakangan ini dah nampak masalah mereka sudah tidak dapat diselesai dalam ‘kelambu’ lagi.

Sudah jelas antara Murshidul Am PAS yang mendakwa dirinya sebagai ‘Nakhoda’ dan Hj Hadi yang juga Presiden PAS ( yang sebenarnya Nakhoda) sudah tidak sehaluan lagi. Misalnya dalam konteks cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS-UMNO dalam memantapkan kedudukan orang Melayu telah dipersetujui oleh Hj. Hadi tetapi telah ditolak bulat-bulat oleh Nik Aziz.

Yang terakhir ialah pemilihan calon PAS Bukit Gantang. Nik Aziz awal-awal lagi tidak setuju untuk mencalonkan bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin. Tetapi semalam tiba-tiba Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Padang Kota, Taiping telah mengumumkan Nizar sebagai calon PAS.

Ini jelas melanggar arahan Tok Guru Nik Aziz. Nampaknya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah bertekad untuk tidak tunduk lagi kepada Nik Aziz. Mungkin beliau berpendapat apa gunanya jadi Presiden PAS jika tidak boleh buat keputusan. Selama manakah beliau akan dikongkong oleh Mursyidul Am Pas?. Apakah Presiden PAS hanya jadi posmen sahaja?

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS mungkin ada betulnya. Beliau sudah tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan Nik Aziz selama ini yang menunjukkan seolah-oleh beliau amat berkuasa dan berpengaruh dalam PAS serta mahukan arahannya sahaja diikuti.

Tetapi risiko Datuk Seri Abdul Hadi Awang cukup besar dalam perkara ini. Misalnya, jika Nizar kalah dalam pilihanraya Bukit Gantang, maka ahli-ahli PAS akan menyalahkan beliau kerana tidak ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz. Tetapi jika PAS menang, sudah pasti imej dan kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meningkat dan beliau boleh membuat keputusan dalam lain-lain perkara tanpa memperdulikan lagi Nik Aziz.

Sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti. Yang pastinya…PAS semakin retak kerana antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz mempunyai penyokongnya masing-masing.

Sunday, March 22, 2009

NAK BOHONG PUN BIARLAH LOGIK

Kenyataan Dalam Harakahdaily (22.3.09)

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.

Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.
"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya DSAI.

Dalam Malaysiakini (22.3.09)

Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut."Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.

KENYATAAN SIAPA YG BETUL? SATU KATA NAK LANJUT PELAJARAN. KALAU BEBENAR NAK LANJUT PELAJARAN, BIAR LETAK SEMUA JAWATAN. TAKKAN NAK MAKAN GAJI BUTA KOT SEBAGAI ADUN.

SATU LAGI KATA KONSPIRASI. SIAPA YANG BERKONSPIRASI??? ADAKAH UMNO JUGA??? HAHAHAHA

TOLONG LAH JAWAB WAHAI JUAK-JUAK PAKATAN RAKYAT.

Guan Eng Pun Kaki Belit-Belit Juga

Semalam Guan Eng kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang hanya bercuti biasa dan akan bertugas semula pada Isnin ini. Guan Eng nafikan FairusKhairuddin letak jawatan walaupun diasak oleh pemberita. Semua orang percaya cakap Guan Eng kerana beliau adalah Ketua Menteri dan selalu kata beliau bercakap benar. Yang cakap tak benar hanya orang UMNO dan BN.

Tapi Wak pening kepala akan cakap-cakap pusing Guan Eng. Hari ini tak sampai pun 24 jam, beliau umumkan bahawan Fairus telah meletak jawatan. Nampaknya Guan Eng sudah mula kena penyakit menafikan yang benar. Beliau seringkali kata, kita kena cakap benar. Kita kena integriti. Kita kena cakap berdasarkan fakta. New Strait Time selalu bohong. Itu sebab dia boikot.

Nah...sekarang dah terbukti siapa yang bohong. Mari kita boikot Guan Eng kerana cakap tak benar. Dulu Anwar berbohong mengenai 16 September. Sekarang penyakit bohong Anwar telah berjangkit kepada Guan Eng.

Itulah Pemimpin Pakatan Rakyat. Bohong dah jadi makanan seharian nampaknya.

Saturday, March 21, 2009

Monday, March 9, 2009

ANTARA DUA DARJAT

Pagi nie Wak nak berkongsi dengan para pembaca tentang dua peristiwa penting yang berlaku ditempat yang sama dan sambutan terhadap majlis yang dianjurkan.

Pada 7 Mac 2009, bertempat di Masjid Negara telah diadakan satu perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurut akhbar Harakah Online, seramai 150, 000 orang telah hadir dalam perhimpunan tersebut.

Perhimpunan yang dianjur oleh GERAKAN MEMANSUHKAN PPSMI yang disokong (dan juga turut didalangi) oleh pakatan pembangkang telah berjaya menarik kehadiran audiens yang begitu ramai. Dengan ini mereka berjaya membuktikan kepada dunia bahawa pengaruh mereka amat kuat dan tidak boleh dibendung oleh kerajaan. Peristiwa ini diakhiri dengan pertempuran di antara mereka dengan pihak polis. Ini mengakibatkan seluruh Kuala Lumpur sesak sehingga mengganggu orang ramai yang berurusan di ibu kota dan menimbulkan ketakutan orang ramai.

Pada 8 Mac 2009, bertempat di Masjid negara, satu majlis ceramah Maulidur Rasul telah diadakan. Ceramah ini diadakan untuk menghayati perjalanan dan perjuangan baginda Rasullah s.a.w. dalam membawa misi agama Allah s.w.t. untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Dalam ceramah tersebut hanya 500 orang sahaja yang hadir (bukan 5,000, 15,000, 50,000 atau 150,000).

Wak amat sedih. Sepatutnya jika sesuatu yang bersangkutan dengan agama, prioriti perlu diberikan oleh umat Islam. Jika fasal demonstrasi, satu negara sanggup berkumpul di masjid negara. Mengapa fasal ceramah maulidur rasul hanya 500 orang sahaja yang hadir? Apakah agama sudah tidak lagi penting bagi kita? Apakah tajuk ceramah maulidur rasul tidak penting? Apakah pesanan dan pengorbanan baginda sudah dipandang sepi oleh orang ramai sehingga tidak ramai yang hadir?

Atau alasan terlalu jauh untuk pergi ke Masjid Negara maka mereka tidak hadir? Pepatah Melayu ada berkata, mahu seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih. Jika dalam hal demonstrasi, kita masih ada masa. Tapi dalam hal agama, kita dah tak ada masa.

Itulah yang menyebabkan Wak terfikir panjang. Apakah parti-parti yang berlebelkan agama hanya lebih mementingkan cara untuk dapat kuasa adalah lebih penting dari mempraktikkan ajaran agama. Wak amat sedih bila Nik Aziz kata lain-lain agama boleh guna Allah untuk rujukan kepada Tuhan. Adakah ini tindak populis Nik Aziz hanya untuk mendapat sokongan politik kaum-kaum lain? Atau ada udang disebalik batu. Wak berpendapat Nik Aziz telah banyak buat kesilapan yang boleh membawa kepada kesan negatif kepada negara dan rakyat termasuk lah kes kata Tuhan Mencarut, Tuhan Samseng dan lain lain.

Wak doakan semoga Tuhan akan membuka kembali hati dan minda umat Islam di Malaysia supaya kembali ke jalan yang benar. Ikutlah ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. Nik Aziz contohnya, walaupun beliau banyak mengetahui tentang hal ehwal agama, namun ini bukan beerti beliau seorang maksum. Beliau juga melakukan banyak kesalahan.

Tetapi kesalahannya seakan-akan dihalalkan dan dilindungi oleh penyokong fanatiknya. Tapi ingat, hukum Tuhan tetap sama samaada kepada Nik Aziz atau kepada sesiapa sahaja. Tuhan tidak memilih dalam hukumannya. Nik Aziz juga tidak terkecuali akan dihumban ke dalam neraka jika beliau mengingkari akan hukum dan peraturan Allah s.w.t. Dalam hal ini hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu akan niat sebenar Nik Aziz. Bersedialah di akhirat kelak. Janganlah anggap diri kebal. Mungkin kekebalan hanya di dunia tetapi tidak di akhirat.

Mungkin ramai yang marah kepada Wak kerana menyentuh Nik Aziz dalam perkara ini. Wak tak kisah. Kerana Wak juga dah lama mengikuti perkembangan Nik Aziz. Cakapnya dah tak konsisten. Hari ini kata lain, esok kata lain. Boleh berubah-ubah mengikut selera politik, dan bukan mengikut hukum agama. Kalaulah Nik Aziz boleh cakap yang benar, maka Wak akan respek beliau seumur hidup.

Tapi kalau cakap politik, tak payah percayalah. Ulama tak boleh ikut selera politik tapi kena ikut kebenaran seperti mana yang ditunjukkan oleh alquran dan hadis. Adakah Nik Aziz juga terikut-ikut dengan kedah matlamat menghalalkan cara?

Apakah benar Tuhan Samseng? Tuhan Mencarut? Tanyalah Datuk Harussani. Jika benar Tuhan Samseng, Tuhan mencarut, siapa yang nak percaya bahawa agama Islam boleh membawa kepada kesejahteraan?

Jika kita benar-benar ikhlas dalam menghayati dan memuliakan agama Islam, sepatutnya kehadiran ceramah maulidur rasul di masjid negara semestinya mencecah 150,000 orang juga sebagaimana yang hadir dalam demonstrasi PPSMI. Mengapa mereka tidak boleh menggunakan pengaruh mereka yang kuat ini untuk menarik orang ramai hadir ke majlis anjuran Masjid Negara itu?

Renung-renungkanlah.

Saturday, March 7, 2009

USAH ROSAKKAN NEGARA

Wak dah rasa bosan dan meluat dengan apa yang berlaku di Negara kita semenjak lepas pilihan raya Mac 2008. Wak ingat bila dah habis pilihan raya, maka habislah perang politik. Tapi nampaknya tak habis lagi.

Itulah kuasa. Dahsyat sungguh apa yang dinamakan kuasa. Kerana kuasa manusia dah tak menghiraukan apa akan berlaku kepada rakyat dan Negara. Kerana kuasa, manusia sanggup berbunuhan. Kerana kuasa manusia boleh jadi gila. Kerana kuasa juga manusia sanggup mempertaruhkan dan menggunakan apa sahaja cara dan kaedah asalkan dapat mencapai hasrat dan kehendak.

Dosa dan pahala? Ah... pedulikan. Aku mempunyai tafsiran tersendiri dan pasti Tuhan akan merestui perbuatan dan tindakan aku. Atau...pedulikan Tuhan. Kalau aku ikut peraturan agama yang lurus dan luhur, sampai bila pun aku tak akan dapat kuasa. Kalau aku tak bohong, tak fitnah, tak kelentong, tak dusta, tak tipu...macamana rakyat nak membenci sipolan dan sipolan. Kalau orang tak benci dia, susahlah aku nak dapat kuasa. Dalam politik, tak boleh ikut agama. Dasyat sungguh penanganKUASA.

Wak terima hakikat bahawa Negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Semua orang ada hak bersuara dan lain-lain hak. Tapi adakah demokrasi menyarankan kita untuk bebas sebebasnya hingga boleh memfitnah, menipu, dusta yang akan menghancurkan rakyat dan kemusnahan Negara?

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Wak nampak bahawa dalam mengejar kuasa, terdapat segelintir individu yang nampaknya dah tak menghiraukan kesan dari tindakan mereka kebelakangan ini. Mereka ini sangat bijak mengatur strategi untuk menimbulkan kekacauan demi kekacauan seperti demonstrasi, menuduh tanpa fakta dan lain-lain tindakan untuk menimbulkan ketidakstabilan Negara dan dengan cara ini mereka boleh mengambil alih kepimpinan Negara.

Wak amat sedih kerana segelintir individu ini, negara jadi kelam kabut. Bagi Wak, sebenarnya mereka inilah yang sewajar digelar CELAKA. Kerana mereka ini membawa kecelakaan kepada rakyat dan negara. Dalam Islam, apakah hukuman selayaknya diterima olehnya? Wak minta ulama buka balik kitab-kitab untuk mencari penyelesaian.

Kalaulah mereka ini benar-benar mahu merosakkan negara, Wak rasa polis bolehlah guna kuasa untuk bertindak jika cukup bukti. Mereka ini dah sah gila. Gila segilanya. Jangan lagi berkompromi kerana kesannya amat dahsyat nanti. Jangan biarkan orang gila memerintah negara tercinta ini.

Tuesday, March 3, 2009

KEMARUK KUASA – BERSIDANG DI BAWAH POKOK

Wak dah tak tahu apa dah jadi kepada politik Malaysia. Adakah ahli-ahli politik di Malaysia masih waras atau dah semi-gila. Wak terpaksa berkata dengan perkataan yang agak pedih dan kasar kerana Wak dah tak tahan tengok gelagat mereka yang dah jadi macam budak-budak main pondok-pondok. Masa main pondok-pondok, semua orang nak jadi raja. Bila dah berebut nak jadi raja, maka berkelahi dan berlaku cubit mencubit dan akhirnya salah seorang akan menangis dan balik rumah.

Kisah budak-budak main pondok-pondok dah menular kepada ahli politik pula. Sekarang mereka main pokok-pokok pula. Tak boleh bersidang dalam DUN, mereka bersidang di bawah pokok pula. Maka kedengaranlah ayat sebegini “Maka, dibawah pokok yang mulia ini, kami menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara. Disaksikan oleh pokok Ketapang dan pokok Mengkudi, maka Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara” Semua pokok-pokok mengangguk dahan dan berkata yes…yes…yes…

Hai…apa dah nak jadi wahai Malaysiaku. Tak malu kah kita kepada dunia luar? Tak malukah kita kepada pemerhati-pemerhati asing? Tak malukah kita kepada rakyat kita sendiri? Tidak adakah lagi maruah dan tatasusila kita sebagai bangsa Malaysia? Dewan Perundangan kita hanya bertaraf di bawah pokok? Hari ini undang-undang boleh diluluskan di bawah pokok. Esok di bawah jambatan. Lusa di kedai kopi. Dan akhirnya undang-undang boleh dibuat di kedai pajak gadai dan pasar minggu. Begitulah murahnya maruah, kredibiliti dan mentaliti ahli-ahli politik Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, Wak minta supaya dapat berfikir secara waras. Apakah kepada mereka kita nak serah kuasa untuk mentadbir Negara? Apakah kepada mereka kita nak suruh buat dasar-dasar penting Negara? Jika setakat menghadapi cabaran sebegini pun dah nampak sangat kebodohan, apakah kita nak mengharap sesuatu yang istimewa dalam pemerintahan mereka? Kalau persidangan dibuat di bawah pokok, maka hasilnya juga adalah ibarat daun-daun kering yang jatuh melayang-layang dan akhirnya menjadi sampah dan dipijak-pijak oleh rakyat.

Pada Wak, mereka langsung tidak mempunyai kredibiliti. Dan amat memalukan.