Tuesday, December 2, 2008

HARGAI KEAMANAN NEGARA

Wak rasa amat terharu bila warganegara Malaysia yang pulang dari Mumbai dan Thailand baru-baru ini menceritakan betapa gerun dan takutnya semasa berhadapan dengan serangan pengganas dan demonstrasi di negara tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar dari negara tersebut memijak kaki di KLIA, mereka melafazkan kesyukuran yang teramat sangat kerana terlepas dari azab derita semasa di negara tersebut.

Wak amat memahami perasaan mereka. Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah menghadapi situasi genting sebegitu. Mereka tidak pernah pun melihat suasana yang menakutkan itu. Perasaan dan pemikiran mereka pada masa itu dah jadi tak tentu arah dan diselubungi perasaan takut. Hanya satu yang ada di benak fikiran mereka, iaitu melepaskan diri dan melarikan diri secepat mungkin dari Negara tersebut.

Negara kita terlalu aman dan damai. Malah nak dengar bunyi tembakan pun hanya sekali sekala, itupun bunyi tembakan pemburu burung gagak. Selain itu bunyi letupan pun hanya kedengaran sekali sekala yakni tayar kereta yang habis bunga meletup. Hidup kita amat bertuah sekali. Itulah sebab bila rakyat Malaysia berhadapan dengan suasana sebegitu, mereka teringat nak balik ke Malaysia secepat mungkin. Hati dah tak tenteram.

Bagi negara yang terlibat dalam suasana ini, pembunuhan dan kemusnahan adalah sesuatu yang terpaksa dilalui dan dihadapi dengan tangisan dan kekecewaan. Ramai jiwa terkorban atau cedera. Ramai pihak yang lemah lagi tidak bersalah, orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa. Ramai isteri akan menjadi janda, ramai suami menjadi duda, ramai anak yang menjadi yatim, ramai ibu dan ramai ayah yang kehilangan anak, ramai abang dan kakak yang kehilangan adik dan ramai adik yang kehilangan abang dan kakak.

Bila Wak renung-renung, Wak rasa bersyukur tinggal di Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, Wak juga mula bimbang kerana kebelakangan ini sudah ada bunga-bunga perpecahan dengan perbahasan terbuka mengenai perkara-perkara sensitif seperti mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu atau menafikan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, seperti yang termaktub dalam Perlembagaann Persekutuan.
Wak harap janganlah peristiwa 13 Mei berulang lagi di negara kita kerana kesannya cukup dahsyat. Bawalah berbincang secara aman dan damai. Tidak ada perkara yang tak boleh diselesaikan. Kan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita boleh duduk semeja dan berbincang dengan baik. Janganlah lupa sejarah. Sejarah banyak mengajar kita.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

jagalah negara kita seperti kita menjaga rumah kita :-)







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com