Friday, February 6, 2009

CUKUPLAH ANWAR

Wak percaya peranan Anwar sebagai pakar ‘Gerakan Massa’ akan terus menerus mencipta ketegangan dan membuat kacau di Perak dengan mengapi-apikan rakyat untuk bangun menentang kerajaan Perak yang baru ditubuhkan. Sesiapa yang mengenali Anwar, sudah pasti tahu bentuk permainan Anwar yang sungguh licik.

Apa sahaja yang dilakukannya, beliau pasti mengaitkan atas nama kepentingan rakyat. Seakan-akan hanya beliau yang berjuang dan menjadi pelindung untuk rakyat. Tapi sebenarnya, penggunaan istilah atas kepentingan rakyat hanya alasan basi yang sering digunakan oleh Anwar. Nawaitu sebenar ialah AKU INGIN BERKUASA. Rakyat hanya menjadi alat untuk beliau memperoleh kuasa.

Wak percaya Anwar akan terus membuat kacau. Demonstrasi demi demonstrasi akan dibuat. Sepanduk dan risalah mengapi-apikan rakyat akan diedarkan di merata-rata tempat. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS akan diguna untuk menghasut rakyat. Dan berbagai strategi akan dilancar.

Itulah Anwar Ibrahim. Dari dulu hingga sekarang perangainya tidak berubah. Anwar sebenarnya tak pun fikir masalah rakyat. Beliau tak peduli kesan yang mungkin timbul akibat perbuatannya. Yang penting aku dapat jadi PM. Itulah Anwar.

Bagi Wak, orang sebegini hanya layak duduk di penjara sahaja daripada menjahanamkan Negara. Biar dia jadi PM dalam penjara saja. Cukuplah Anwar.

MASIH WARASKAH NIZAR?

"Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi. Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN. Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. - Sumber Detikdaily

Wak rasa Nizar nie sudah kena penyakit gila kuasa. Orang yang dah pernah rasa sedikit kuasa yang diberi Allah, apabila diambil balik kuasa, terus hilang pertimbangan dan pedoman. Apa yang dimaksudkan oleh beliau hingga ke titisan darah terakhir??? Sanggup mati ke? nak lawan Raja ke?? Susah nak tafsir maksud yang dilafazkan.

Orang Melayu pantang biadap terhadap Raja apatah lagi derhaka. Wak nak ingatkan Nizar, bawalah bersabar. Teguhkan iman. Kalau nak lawan, ikutlah peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang. Lawanlah di mahkamah, bukan dengan cara mengapi-apikan rakyat.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMMPaduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Wednesday, February 4, 2009

TEORI DOMINO TERBALIK KONG

Wak rasa momokan pembangkang bahawa mereka sedang menuju kejayaan demi kejayaan dalam usaha menakluki pemerintahan pusat sudah terbalik kong. Hasrat Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan pusat tidak kesampaian seperti mana yang mereka harapkan melalui teori Domino. Pakatan Rakyat bukan sahaja semakin lemah akibat perbuatan melompat ahlinya, malahan telah kehilangan kuasa di Perak. Inilah yang dinamakan politik.

Minggu lepas kita lihat BN seperti dalam keadaan nazak. Tapi hari ini, BN kembali memerintah Perak. Minggu lepas kita lihat Pakatan Rakyat gah, kuat dan takbur kerana wakil BN melompat ke kem Pakatan Rakyat. Tapi hari Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa di Perak.

Politik adalah seni serba kemungkinan. Hari ini kawan, esok boleh jadi lawan, dan lusa boleh jadi kawan balik. Itu lah realitinya dunia politik. Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Yang kekal ialah kepentingan.

Apapun, Wak harap tidak akan wujud kekacauan yang serius yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Nak berpolitik, berpolitiklah. Janganlah sampai hilang kewarasan.

Wednesday, January 28, 2009

TOK GURU YANG TAK KONSISTEN

Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim melompat dari BN ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, terdapat pelbagai reaksi dari pemimpin politik dan orang ramai. Sudah tentu ada pro dan kontra. Pemimpin pembangkang nampaknya begitu teruja membuat kenyataan yang wakil rakyat sudah menunjukkan gelombang sehingga tukar parti yang mungkin akan membuka jalan kepada wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut langkah beliau. Manakala BN hanya menganggap itu hanya isu terpencil dan usaha terdesak pembangkang untuk mempertahan kuasa di Perak.

Apapun, marilah kita lihat apa pendapat Tok Guru Nik Aziz dalam perkara ini.

Tajuk: Tiada Maruah Lompat Parti – Nik Aziz
Written by Syah (Malaysia Today)
Friday, 12 September 2008 14:35

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan usaha untuk menarik wakil rakyat melompat parti bagi menjatuhkan sesuatu kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat merupakan sesuatu perbuatan yang tidak bermaruah. Beliau berkata perkara tersebut telah berlaku sejak dari dahulu lagi dan PAS cukup berpengalaman dengan perkara tersebut. "Apabila melompat mana ada maruah. Daripada zaman Datuk Ibrahim Fikri dan Datuk Asri Muda lagi, wakil rakyat Pas berdepan ajakan lompat meninggalkan Pas dan masuk Umno.

Tajuk: Lompat Parti Kerja Orang Tak Bermaruah - Nik Aziz
Laman WEB PAS KUBANG PASU
Saturday, March 22, 2008

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

"Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah... Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Tajuk: Tak Salah Lompat Parti – Nik Aziz
Written by Syah
Wednesday, 17 September 2008 15:36

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendapat beliau bahawa tidak salah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan dengan cara memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti. Beliau mendakwa ianya selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan. "Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut memaklumkan tarikh penubuhan kerajaan baru tidak penting dan apa yang penting ialah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Ianya berikutan kegagalan Anwar membentuk kerajaan baru semalam. –Malaysia Today


WAK SAPU = CELARU DAN KELIRU DENGAN KENYATAAN TOK GURU YANG TAK KONSISTEN. KEJAB BOLEH, KEJAB TAK BOLEH.
WAK HARAP INI BUKAN FATWA AGAMA.

Friday, January 23, 2009

MENGINGATI HAMZAH ABU SAMAH

Wak rasa terharu, terhiris, sedih, pilu, sayu, duka, hiba, muram, sugul dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia bola sepak Malaysia. Tak payah Wak cerita apa yang berlaku. Semua dah tahu.

Bila Wak duduk sorang-sorang, Wak teringat balik akan kecemerlangan dan kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Hamzah Abu Samah sehingga membawa Malaysia ke Sukan Olimpik. Kejayaan skuad Malaysia layak ke Sukan Olimpik pada 1972 dan 1980 adalah detik kegemilangan bola sepak negara yang masih belum mampu lagi untuk diulangi sehingga ke hari ini.

Bilakah Negara akan dapat melahirkan pemimpin bolasepak seperti Tan Sri Hamzah Abu Samah? Dan bilakah Malaysia dapat melahirkan pemain-pemian seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Ghani Minhad, R. Arumugam dan lain-lain pemain yang menunjukkan kehebatan sama ada di padang tempatan dan antarabangsa pada masa dulu?

Wak... Tunggu dan terus tunggu dan terus tunggu dan terus tunggu dan terus tunggu

PAKATAN RAKYAT DAN PRINSIP PERJUANGAN

Wak masih ingat desakan pembangkang pada masa dulu (PAS, DAP DAN PKR) yang berulang kali mendesak pemimpin-peminpin negara meletak jawatan jika mereka menghadapi dakwaan atau dilihat melakukan sesuatu yang tidak betul yang melibatkan kuasa yang dipegang oleh mereka dalam pentadbiran negara atau negeri.

Pada pembangkang, ini sesuatu yang perlu dilakukan untuk melicinkan proses siasatan di samping memastikan pentadbiran kerajaan bebas dari unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dan memastikan ketelusan dan integriti. Walaupun mahkamah belum memutuskan seseorang itu bersalah atau tidak, tetapi pihak pembangkang ini terus menerus mendesak pemimpin tersebut meletak jawatan.

Itu dulu masa mereka belum dapat kuasa. Itu sebelum mereka dapat merasa kerusi empuk dalam kerajaan. Itu sebelum mereka merasai nikmat jadi pemimpin yang dikelilingi dengan pelbagai kemudahan dan ganjaran. Sekarang apa dah jadi?

Wak lihat berbagai dakwaan berserta bukti dikemukakan terhadap pemimpin-pemimpin pakatan rakyat. Di Perak misalnya, didakwa berbagai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah berlaku yang melibatkan pemimpin kerajaan negeri.

Begitu juga di Selangor, berbagai cerita yang kita dengar mengenai kisah Menteri Besarnya. Yang terakhir ialah laporan yang dibuat oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Abdul Khalid kerana didakwa menyalahgunakan dana kerajaan negeri berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Menteri Besar Selangor nampaknya amat bermurah hati kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk diberi kepada orang luar Selangor yakni dikawasan Parlimen Tun Razak Wilayah Persekutuan. Tapi mengapa kat kawasan Parlimen Tun Razak saja. Wak dan kawan Wak di Parlimen Sik Kedah, Parlimen Bukit Gelugor,Penang, Parlimen Rompin Pahang, Parlimen Setiu Terengganu mahu juga lembu itu jika kerajaan negeri Selangor nak sedekah.

Menteri Besar Selangor pada awalnya menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut. Tetapi apabila Datuk Seri Khir Toyo muncul dengan bukti bersurat, Khalid dah tak boleh pusing-pusing lagi. Barulah alasan demi alasan di dicari untuk menutup cerita.

Wak nak tanya pemimpin Pakatan Rakyat, mahukah mereka atas dasar prinsip untuk meletak jawatan apabila menghadapi pelbagai tuduhan dan dakwaan seperti mana yang mereka perjuangkan dulu? Mahukah mereka bercuti atau mengosongkan sementara waktu kerusi yang diduduki sehingga siasatan selesai?

Wak bawa cerita ini bukan apa. Wak nak kasi tahu kat semua orang supaya merenung balik akan janji-janji pembangkang masa kempen pilihan raya dulu. ADAKAH MEREKA CAKAP SERUPA BIKIN?
Kalaulah Anwar Ibrahim betul-betul seorang pemimpin yang berpegang kepada integriti dan anti penyelewengan, mengapa tiada apa-apa tindakan dibuat terhadap pemimpin-pemimpin PKR yang didakwa melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Walaupun mereka belum dihukum oleh mahkamah, tetapi atas dasar ketelusan dan integriti yang sering diperjuangkan oleh PKR serta prinsip amal makruf dan nahi mungkar (yang sering diuar-uar oleh Anwar semasa dalam ABIM) perlu dilaksanakan.
Kalau dulunya jika pemimpin BN menghadapi sesuatu dakwaan dan belum dihukum, mereka riuh rendah suruh letak jawatan, mengapa kini perkara yang sama berlaku dilupakan? Atau sengaja dilupai kerana mereka kroni atau sama aliran perjuangan? Jadi di mana prinsip perjuangan pembangkang??? Atau adakah Pakatan Rakyat tidak konsisten dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan penyelewengan, rasuah dan integriti? Adakah isu ini hanya terpakai kepada pemimpin BN dan tidak terpakai apabila melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat????