Wednesday, June 13, 2012

BELAJARLAH MENGHORMATI ULAMA WAHAI NIK AZIZ

Nik Aziz apabila berceramah agama, beliau selalu menasihatkan umat Islam supaya menghormati ulama. Ulama adalah pewaris Nabi.

Tapi masalah yang timbul ialah Nik Aziz cakap tarak serupa bikin. Lihatlah apa yang beliau kata kepada Mufti Perak. Katanya Mufti Perak gatal mulut. Ini ekoran teguran Mufti Perak kepada umat Islam yang tidak mahukan perpaduan sesama Islam.

Sempit sungguh pemikiran Nik Aziz. Jangan salah jika ada orang sudah tidak menghormati ulama kerana ulama sendiri pun gagal berbuat demikian.

Nik Aziz.... kembalilah ke ajaran Islam yang sebenar

Sunday, June 10, 2012

Pemikiran Presiden Yang Tak Cerdik

Haji Hadi menyatakan kemungkinan PRU akan datang pada musim haji untuk menyelamatkan BN kerana di waktu itu ramai ahli PAS mengerjakan haji.

Hahahaha... sah.. kenyataan ini dibuat untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Tp apakah kerajaan mempunyai pemikiran sebodoh Haji Hadi?

Apakah hanya orang PAS atau penyokong PAS saja yg pergi Haji?

Orang UMNO serta penyokong UMNO lebih ramai dari orang PAS yg akan menunaikan Haji.

Masakan Najib akan buat pilihanraya pada musim Haji yg akan merugikan UMNO?

Haji Hadi silap strategi..... Kan dah kantoi... rakyat Malaysia lebih bijak pemikiran dari presiden PAS.

SENYAP ITU TANDA PENAKUT

Ramai yang menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Nampaknya Anwar sampai hari ini senyap sepi aje mengenai kes ini.

Kalau anak dara yang dipinang orang, jika ditanya mahu atau tidak menerima pinangan tersebut, kalau dia senyap tandanya bersetuju. Adakah Anwar juga begitu?

Tidak. Anwar diam kerana dia seorang yg PENAKUT dan BACUL. Beliau hanya berani baling batu dan sembunyi tangan.

Tapi yg Wak heran ialah SPRM. Mengapa duduk diam???????

Polis... mengapa terus diam dalam isu China Doll? kata dah hantar pita video tu ke Amerika dan Korea.

Pegua Negara: Ambilah tindakan segera. Kan Anwar dah buat laporan polis palsu mengatakan dia bukan pelakon video tu.

Pening kepala Wak melihat semua pihak tak buat keje.

MENGAPA ANWAR SUKA BERDEMONSTRASI DI KAWASAN AWAM?

JAWAPANNYA

1) KALAU BUAT KAT TEMPAT BUKAN AWAM, ORANG YG DATANG TAK RAMAI

2) CUBA MEMPERLIHATKAN BAHAWA SEMUA ORANG AWAM SOKONG DIA WALHAL MEREKA (ORANG AWAM)  MEMPUNYAI URUSAN LAIN DI SITU

3) NAK MENGGAMBARKAN RAMAI ORANG DATANG CERAMAH DIA

POODDAHHH ANWAR

Thursday, May 24, 2012

KETEMU LAGI KITA

SALAM SEMUA. DAH LAMA WAK TAK AKTIF DALAM DUNIA BLOG. KEMELUT POLITIK YANG BERLAKU KEBELAKANGAN INI DI NEGARA TERCINTA INI MEMBUAT WAK KEMBALI KE DUNIA BLOG. DAH TAK TAHAN DENGAN MACAM-MACAM PUNYA HAL DAN KERENAH PIHAK TERTENTU YANG CUBA MENGUCAR-KACIR KEAMANAN NEGARA DAN YANG PALING WAK TAK BOLEH TAHAN IALAH PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN YANG DILAKUKAN OLEH PUAK DESPERADO YANG KEMARUK KUASA.

WAK AKAN KEMBALI MENULIS.
 TUNGGU....

Wednesday, October 7, 2009

PELUKLAH ISLAM WAHAI GOBALAKRISNAN

WAK TAK SALAHKAN GOBALAKRISNAN BILA BELIAU MULA MEMETIK AYAT-AYAT SUCI ALQURAN DALAM CERAMAHNYA. PADA PENDAPAT WAK, MUNGKIN GOBALA SUDAH MULAI MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK BAHAWA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH AYAT-AYAT ALQURAN PENUH DENGAN KEBENARAN DAN FAKTA YANG JELAS. BELIAU MEMETIK AYAT ALI IMRAN AYAT 54 YANG BERMAKSUD Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

WAK PERCAYA GOBALA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH AYAT-AYAT TERSEBUT. KALAU TIDAK MASAKAN BELIAU MAHU DAN DENGAN PENUH YAKIN MENYEBUT AYAT-AYAT SUCI TERSEBUT. JIKA BELIAU SUDAH SEPENUH HATI MENGAKUI AKAN KEBENARAN AKAN AYAT-AYAT SUCI INI, MAKA WAK NAK MENYARANKAN KEPADA GOBALA SUPAYA CEPAT-CEPATLAH PELUK ISLAM. ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR, INDAH LAGI ADIL.

JANGAN BERLENGAH-LENGAH LAGI WAHAI GOBALA. KALAU BOLEH HARI INI JUGA PELUKLAH ISLAM. HIDAYAH SUDAH TERPANCAR DI HADAPAN. SERU SUDAH TIBA. KEYAKINAN TERHADAP ISLAM SUDAH MENEBAL.
KALAU GOBALA TIDAK YAKIN DENGAN ISLAM, MASAKAN BELIAU MAHU MENYEBUT AYAT-AYAT SUCI TERSEBUT. INI BERMAKNA BELIAU AMAT YAKIN DENGAN APA YANG TERKANDUNG DENGAN AYAT-AYAT ALQURAN. AYUH…MENGUCAPLAH DUA KALIMAH SYAHADAH.

Tuesday, September 29, 2009

PAKATAN RAKYAT TERIMA DIVIDEN SAHAM YANG DILABUR

Wak ketawa besar bila melihat kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam baru-baru ini.
Demonstrasi tersebut dilakukan kerana penternak yang terlibat dalam tragedi ladang ternakan dihempap runtuhan sampah mendakwa kerajaan negeri Selangor dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram yang telah mengorbankan ternakan mereka.
Penternak tersebut juga amat kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa musibah. Mereka juga turut mendesak Exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.

Wak ketawa besar bukan kerana penternak membawa lembu dalam lori pergi ke SUK tetapi kerana kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat yang selama ini selalu mengajak rakyat untuk melakukan demonstrasi kini sudah terjerat dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat adalah juara demonstrasi. Sikit-sikit demonstrasi. Tujuan pakatan Rakyat mengajak rakyat untuk keluar ke jalanan untuk berdemonstrasi adalah untuk menyemai perasaan benci rakyat kepada kerajaan BN. Mudah sahaja analoginya. Kalau rakyat dah benci kepada Kerajaan BN, maka mudahlah Pakatan Rakyat mendapat kuasa.

Apa yang dilakukan oleh Pakatan rakyat memanglah berbaloi. Selangor, Perak, Kedah dan W.Persekutuan Kuala Lumpur telah dikuasai oleh mereka. Maka bersorak riuh rendahlah Pakatan Rakyat. Maka mereka meneruskan agenda mengajak rakyat untuk berdemonstrasi dengan harapan akan dapat menawan satu Malaysia (bukan 1Malaysia) dan menerajui kerajaan pusat.

Tetapi langit tak selalu cerah. Senjata jika tidak bijak bermain akan memakan diri sendiri. Kini apa yang mereka canangkan sudah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat.
Rakyat diajar jika tak puas hati, maka kita kena berdemonstrasi. Maka penternak-penternak pun berdemonstrasi kerana tak puas hati. Tercungap-cungap juga kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu ini. Esok lusa ada lagi isu… demonstrasi lagi dan lagi dan lagi.

Begitulah akibatnya jika rakyat diasuh dan dididik dengan cara yang tak betul akhirnya akan berbalik kepada diri sendiri. Jika pemimpin dah ajar benda yang tak betul, maka rakyat pun terikut jadi tak betul sama.
Hari ini kerajaan pakatan Rakyat baru tahu bukan mudah untuk menguruskan dan mentadbir negara. Cakap cukup mudah tapi nak melaksanakan bukan seperti bercakap yang menggunakan modal air liur. Kalau dulunya cakap semua apa yang kerajaan BN buat tak betul. Hari ini bila dah memerintah baru tahu. Bila dah kena batang hidung sendiri baru tersentak.

Hari ini orang ramai sudah mula mempermainkan dan mempersendakan kerajaan Selangor. Kerajaan negeri Selangor kini di cap sebagai kerajaan lembu kerana kebelakangan ini sebahagian besar isu yang melanda Selangor adalah berkaitan dengan lembu. Lembu sudah jadi macam badi kepada kerajaan Selangor.
Wak masih ingat masa mula-mula Khalid Ibrahim jadi MB, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak. Kemudian pada bulan Ogos baru-baru ini, sekali lagi lembu jadi isu apabilai kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu.

Kini 75 ahli Persatuan Penternak berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lembu. Lepas ini apa lagi? Tungguuuuu…..