Friday, July 10, 2009

MENGATA PAKU DULANG SERPIH

Isu mengenai rumah Khir Toyo nampaknya dah sampai ke Manik Urai. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim nampaknya tak melepaskan peluang menyelar bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, yang dikatakan memiliki rumah bernilai puluhan juta ringgit.

Dalam ceramahnya di Chuchoh Puteri Manek Urai Kelantan Anwar menyatakan "Tunjuk rumah sewa ketua Menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno. Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? Mereka datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat."
Wak hanya senyum bila Anwar bercakap tentang kekayaan pemimpin UMNO. Bak kata orang tua-tua ‘telunjuk lurus keliking berkait’. Anwar dulu asal parti mana? Adakah Anwar melihat dirinya dulu sebelum melemparkan tuduhan kepada orang lain? Adakah Anwar dan sahabat-sahabat baiknya adalah orang miskin? Adakah Anwar hanya pakai kereta Proton Saga? Adakah nilai rumah yang dimiliki oleh Anwar di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur merupakan rumah kos sederhana yang berharga RM 50,000?
Mustahil rumah tersebut dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam berharga RM 50,000. Begitu banyak penghawa dingin dipasang.
Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Ada pihak mendakwa bahawa Anwar juga telah membeli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru. Juga Anwar dikatakan memiliki rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya,yang dijadikan pejabat peribadinya. Terdapat juga pihak yang mendakwa Anwar mempunyai Kondomium misteri yang bernilai RM2.2 juta. Kalaulah dakwaan ini benar, banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR, Anwar memiliki wang semewah itu.

Kita jangan mudah lupa cerita lama semasa Anwar berada dalam kabinet. Dalam mykmu.net menyimpan data-data lama mengenai kroni-kroni Anwar yang menjadi kaya raya. Di sini Wak petik sedikit artikel dalam mykmu.net mengenai Anwar.

Kroni serta kawan rapat Anwar Ibrahim hidup mewah hasil daripada peruntukan saham beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Senarai pegangan saham syarikat yang diberikan khas untuk Bumiputera yang dikeluarkan menjelang perhimpunan UMNO tahun 1998 menunjukkan ramai kroni Anwar Ibrahim yang menikmati peluang tersebut.
Kamaruddin Jaafar, tahun 1994 mendapat 300,000 saham dalam Industronic Berhad, dan tahun 1996 mendapat peruntukan saham Wesmont Land (Asia) Bhd sebanyak lebih 4 juta, Malaysia Mosaics Bhd lebih 7 juta. Dato’ Hj. Ibrahim Abdul Rahman pula diperuntukan sebanyak 2 juta saham dalam IOI tahun 1993, lebih 3 juta saham dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd pada tahun 1997 dan menjadi Pengerusi IOI.

Syarikat – syarikat tersenarai memperoleh projek – projek pembinaan utama kerajaan. Contohnya, Linkhorst Pancabumi Contractors Bhd, anak syarikat Lingkhorst Bhd, yang Dato’ Kamaruddin Jaafar adalah Pengerusi Eksekutifnya mendapat beberapa projek pembinaan di KLIA seperti pembinaan landasan kapal terbang, Terminal Bunga Raya, balai polis dan balai bomba. Realmild pula memperoleh projek pembinaan IPP Melawa Sabah bernilai RM 120 juta dan Perkhidmatan Sokongan Hospital.
Manakala IOI pula ditawarkan projek pembangunan semula Hospital Permai di Johor Bahru. Antara projek lain yang dilaksanakan sekutu DSA mempunyai kepentingannya ialah pembinaan Hubungan Rel Ekspres di Bandaraya Kuala Lumpur bernilai antara RM 3-4b (Dr. Abdul Rahim Ghouse, Ketua Pemuda Pulau Pinang) dan KL Lincar City bernilai RM 10b (Dato’ Kamaruddin Jaafar).

Dengan mengambil kira perolehi keuntungan sebanyak 5% daripada nilai projek tersebut, sudah pasti nilai yang diperolehi adalah jutaan RM. Hal yang sama juga pemilikan saham mencecah 1 juta unit pada harga RM 4 sesaham. Bolehkah mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat tersenarai dan memperoleh projek pembinaan bernilai puluhan juta RM tanpa dasar DEB atau DSA tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan! Amat jelas selepas menjawat Menteri Kewangan, sekutu DSA mempunyai kedudukan yang kukuh dalam beberapa syarikat tersenarai selain menguasai media arus perdana negara.


Sebagai Menteri Kewangan, DSA mempunyai kedudukan untuk campur tangan dalam perniagaan syarikat yang ada kaitan dengan UMNO. Sudah ada penulisan tempatan yang mengupas hal ini. Majalah Asiaweek, Januari 20,1993 dan bulanan Aliran Monthly 1993 (3) mengupas dengan jelas bagaimana syarikat – syarikat yang ada kaitan dengan parti khususnya UMNO bertukar milik. “When Anwar became finance minister, Halim and his companies were investigated for possible violations. “Nobody’s above the law,” the Minister told Asiaweek”, (Asiaweek, 20 Januari 1993).
Halim Saad (Tan Sri), akauntan terlatih dari New Zealand adalah pengerusi Renong yang menikmati banyak peluang perniagaan daripada dasar – dasar DEB. Melalui Renong, Halim menguasai beberapa buah syarikat terkemuka seperti Faber Group, United Engineer, Home Industries, Time Engineering, The New Straits Times Press, TV3 Broadcasting, PLUS, Southern Steel, Cement Industries of Malaysia (CIMA) dan T.H Loy Oil and Gas Service. Melalui MRSB, sebuah syarikat baru ditubuhkan iaitu Realmild Sdn. Bhd dengan modal berbayar RM 100,000 untuk membeli TV3 dan NST daripada Renong dengan pinjaman sejumlah RM 800 juta.


Kepentingan DSAI menguasai Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (YBPP) juga tidak berakhir walaupun dia dilantik menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991. YBPP mempunyai kepentingan sebanyak 11.85% dalam Setron Bhd, sebuah syarikat tersenarai di bursa saham. Jawatannya sebagai Pengerusi YBPP diambil alih oleh Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung ABIM. Idris Hydraulic yang dikuasai oleh Kumpulan Semangat 46 diambil alih oleh Bahagia Permatang Pauh yang DSA adalah ketuanya.
September 1992 Ishak Ismail menjadi pengarah Grand Care Sdn. Bhd yang mempunyai saham yang banyak dalam Wembly Industries Holdings Bhd. Anggota pengarah lain Grand Care ialah Mohamed Sarit Hj. Jusoh juga bekas setiausaha politik DSA. Pada bulan Oktober 1992, Ishak Ismail dan Mohamed Sarit dilaporkan telah menguasai 32 % saham dalam sebuah syarikat tersenarai, Golden Plus. Golden Plus Holdings Bhd (asalnya Dayapi Industries) adalah syarikat tersenarai yang digunakan untuk menguasai kepentingan KFC Holdings Bhd syarikat makanan segera.


Pesan Wak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, eloklah bila mahu bercakap ingat pesanan orang tua-tua dahulu, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Takut nanti “kerana pulut santan binasa, kerana mulut Anwar binasa pula." Semua rekod mengenai pengagihan kekayaan termasuk kepada kroni-kroninya semasa Anwar ada kuasa dulu tidak mudah dilupakan oleh rakyat. Bila pergi ke Manek Urai, berlakon di depan rakyat sebagai pejuang rakyat. Bila di belakang…..hantam segala-galanya.

Thursday, July 2, 2009

BILA BABI MENGAMUK

Wabak yang dikaitkan dengan babi telah mengamuk di seluruh dunia. Kesannya:-

1) Beratus nyawa melayang
2) Berpuluh ribu kes jangkitan
3) Beribu sekolah ditutup
4) Ekonomi negara dunia semakin terjejas
5) Tempoh krisis ekonomi global berpanjangan
6) Peningkatan kos - bukan sahaja kepada kos rawatan, tetapi ia juga melibatkan kos
a) pencegahan
b) penguatkuasaan undang-undang
c) kesedaran kepada masyarakat
7) Negara terpaksa melaksanakan pelan penyelamat Influenza A yang melibatkan wang
berjuta-juta - menggandakan kos ekonomi yang ditanggung
8) Industri pelancungan dunia merudum - menyumbang kerugian besar kepada negara.

Perkembangan terakhir akibat amukkan babi

DAP KEDAH KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT


SEDIKIT CERITA LAWAK


Ada 4 ekor binatang buat konsert. Kucing nyanyi lagu ISABELLA, penonton tepuk tangan. Anjing nyanyi lagu ENJIT2 SEMUT, penonton ikut terhenjit-henjit. Happy dan tepuk tangan. Katak nyanyi lagu LOMPAT SI KATAK LOMPAT, penonton pun melompat-lompat sama, happy dan tepuk tangan juga. Tiba giliran si babi nyanyi...penonton marah-marah dan baling kerusi kat dia...nape yek??????????. ....Pasal dia nyanyi lagu "KITA SERUPA"........"KITA SERUPA"........